Monday, May 11, 2015

Professional training college in Japan






Professional Training College Japan diasaskan pada tahun 1976 telah berkembang menjadi sebuah institusi teras pendidikan vokasional yang praktikal dan bersesuaian dengan perubahan masyarakat yang menggunakan ciri-ciri fleksibel dan berdaya tahan. Kini, dengan 650,000 pelajar, ianya menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang penting di Jepun.

Professional Training College Japan melaksanakan pendidikan vokasional yang mana ianya menyediakan pengetahuan kemahiran yang berguna dalam lapan pengkhususan iaitu teknologi, pertanian, khidmat perubatan, penjagaan diri dan pemakanan, pendidikan dan kebajikan, perniagaan, fesyen dan ekonomi rumah tangga, budaya dan pengajian am.

Pada masa kini, daripada budaya pop yang dipanggil "cool-japan" seperti komik, animasi, permainan dan fesyen yang mendapat perhatian dunia, sehingga kepada tenaga alam sekitar, IT, infrastruktur masyarakat dan lain-lain, ianya mendidik graduan berkemahiran yang berpotensi untuk menyokong industri yang dijangka berkembang untuk pasaran dunia pada masa akan datang.

Di Jepun, Professional Training College  dikenali sebagai kolej yang melahirkan graduan yang diharapkan boleh menyokong masyarakat yang mana graduannya menjadi individu yang mempunyai kemahiran vokasional yang tinggi.

Juga, ianya mempunyai kadar pekerjaan yang sangat tinggi tanpa mengira keadaan ekonomi khususnya banyak syarikat Jepun di seluruh dunia yang beroperasi di luar negara memerlukan sumber manusia yang boleh menjadi penghubung antara Jepun dan negara-negara luar. Harapan ini diletakkan kepada pelajar asing di Professional Training College yang mempelajari budaya dan kepakaran teknikal.

Dengan belajar di Professional Training College, diharapkan pelajar dapat menjadi seorang profesional yang mempunyai kemahiran vokasional yang praktikal dan mampu berkhidmat secara global.

No comments:

Post a Comment