Ireland merupakan negara ke-19 yang
membenarkan perkahwinan sejenis. Majoriti penduduk yang keluar mengundi telah
memutuskan negara itu bersedia menerima konsep lelaki atau peremuan boleh
berkahwin sesama jantina. Keputusan itu juga menolak dominasi gereja dalam
masyarakat.
Satu per satu negara Barat yang berasa diri
mereka hebat dan lebih maju daripada orang lain memilih nilai-nilai dan cara
hidup kaum Nabi Lut a.s yang bertentangan dengan fitrah kemanusiaan. Gereja
tidak lagi berupaya mengekang asakan sekularisme yang mencengkam pemikiran
masyarakat khususnya golongan muda Ireland. Pemikiran sekularisme telah menjadi
ideologi yang menyerap masuk dalam setiap aspek hidup masyarakat Barat sama ada
dalam politik, pendidikan, perundangan, budaya atau amalan hidup seharian.
Dalam kes Ireland, sekularisme telah menjadi
budaya dan sistem hidup masyarakat khususnya golongan muda. Mereka tidak lagi
memandang nilai dan ajaran agama sebagai keutamaan dan sempadan hidup
sebaliknya kehendak dan keinginan manusia dipenuhi atas nama hak-hak asasi
manusia. Ireland menjadi contoh sebuah negara yang didominasi oleh gereja
tetapi akhirnya masyarakat membuat keputusan menolak peranan geraja dalam hidup
mereka.
Banyak analisis yang dibuat untuk mejelaskan
keputusan undi tersebut namun satu analisis yang menarik dikaitkan dengan
golongan muda. Analisis itu menyifatkan undi popular yang dilaksanakan itu
tidaklah menunjukkan masyarakat Ireland benar-benar mahu menghalalkan
perkahwinan sejenis sebaliknya sebagai tanda bantahan mereka yakni orang muda
terhadap gereja.
Ureland dan 18 buah negara lagi menjadi bukti
bahawa pengikut kaum Nabi Lut a.s semakin bertambah pada zaman moden. Nilai dan
fitrah kemanusiaan sudah luntur dalam masyarakat ini. Generasi muda yang sedang
berkembang sudah pasti mendapati definisi perkahwinan telah berubah. Definisi
baru ini akan mencengkam pemikiran mereka dan kesannya ialah mengubah peranan
keluarga. Pada masa yang sama, struktur masyarakat akan berubah, dasar sosial
akan memasukkan bentuk perkahwinan baru ini dan program kemasyarakatan turut
berubah.
Golongan yang menyokong perkahwinan sejenis
akan terus melobi dan mempengaruhi dasar kerajaan terhadap mereka. Mungkin akan
muncul negara ke-20 dan seterusnya yang membenarkan perkahwinan sejenis. Di
Malaysia, semua pihak wajar bekerjasama berganding bahu menambah kefahaman
masyarakat terhadap ancaman ini. Maklumat berkaitan impak kewujudan perkahwinan
ini perlu disebarluaskan supaya masyarakat benar-benar mengambil langkah
kawalan dan menghalangnya daripada berkembang di negara ini.
No comments:
Post a Comment