1.0 Pengenalan
Pada era moden yang serba mencabar
ini, Malaysia telah menuju ke satu tahap yang lebih kompetitif bertunjangkan
sains dan teknologi. Kemajuan tersebut sudah tentu dapat memudahkan kehidupan
seharian kita dan perubahan tersebut sememangnya akan mendatangkan kesan
positif dan negatif.
Objektif kajian ini
adalah untuk mengkaji perkembangan
pengangkutan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti
faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan pengangkutan dalam kalangan
masyarakat, mengenal pasti kesan-kesan yang berlaku kepada kehidupan seharian
masyarakat dari aspek perkembangan pengangkutan, mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan seperti kereta, bas dan
motosikal, mengenal pasti kepentingan jaringan sistem pengangkutan serta mencadangkan
langkah penyelesaian untuk mengurangkan kesan perkembangan jaringan sistem
pengangkutan.
2.0 Sorotan Literatur
Sebelum wujudnya sistem perhubungan
dan pengangkutan yang moden di Tanah
Melayu, corak perhubungan rata-ratanya berdasarkan
air. Pada masa itu sungai dan laut memainkan peranan utama sebagai jalan
penghubungan antara satu sama lain. Perhubungan melalui sungai ini juga
mempunyai keburukannya, terutama pada musim tengkujuh. Untuk pengangkutan,
terdapat perahu-perahu yang memudik dan hilir anak-anak sungai dan kapal-kapal
besarnya pula melayari lautan sebuah pelabuhan ke sebuah pelabuhan lain.
Kereta lembu merupakan warisan
pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan Melaka. Diperkenalkan
sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 oleh saudagar-saudagar
India. Bentuk kereta lembu Melaka menyerupai “Wagon” di Amerika pada zaman
dahulu yang ditarik oleh kuda. Kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada
empat bahagian iaitu badan, roda, gandar dan kajang. Kini, penggunaan kereta
lembu tidak digalakkan di kawasan bandar kerana ia boleh menyebabkan kesesakan
lalu-lintas. Walau bagaimanapun ia tetap digunakan di kawasan-kawasan luar
bandar untuk mengangkut padi, kayu api, rumput, perabut dan sebagainya. Sekali-sekala
apabila pesta kebudayaan diadakan kita berpeluang menyaksikan kereta-kereta
lembu yang dihiasi indah lengkap dengan gong dan tambor melintasi Bandar Melaka
menuju ke tempat pesta.
Kereta kerbau didapati masih digunakan sehingga ke
pertengahan abad ke-20. Ia dimonopoli oleh orang Cina yang tinggal di
Bandar Melaka, bagi tujuan menarik barang-barang seperti papan, beras,
batu-bata dan sebagainya di dalam lingkungan perbandaran sahaja. Di kawasan
kampung-kampung dalam kalangan petani Melayu, kereta ini tidak digunakan. Pada
asalnya sebelum wujudnya kereta-kereta yang beroda dalam kalangan masyarakat
petani di kampung, mereka telah tahu menggunakan sejenis sistem pengangkutan
yang dipanggil “bentang”. Kereta bentang ini tiada roda dan ditarik oleh
binatang seperti kerbau dan lembu. Penggunaan sistem pengangkutan ini bertujuan
untuk faedah diri sendiri seperti menarik padi, kayu api dan barang lain yang
berat-berat. Kenderaan ini biasanya dapat dilihat di sawah padi dan dusun
terutama dalam tahun-tahun 1880-an. Sekarang ini kereta kerbau atau pedati
kerbau tidak lagi digunakan.
Kini, perhubungan ini bertukar melalui
jalan darat. Penggunaan water-routes
dan footpaths ini berkekalan hingga
ke akhir abad ke-19, apabila secara beransur-ansur jalan-jalan kereta api dan
jalan raya moden dibina oleh Inggeris untuk mengambil alih fungsi perhubungan
dan pengangkutan air. Perkembangan ini berlaku peringkat demi peringkat. Dari
lorong-lorong dan denai yang melalui hutan rimba, ia berubah menjadi
jalan-jalan kereta yang berlubang-lubang dan bengkang-bengkok. Dengan campur
tangan Inggeris dalam pentadbiran Tanah Melayu, jalan-jalan kereta telah dimodenkan
sehingga membentuk satu sistem perhubungan yang amat berkesan. Fungsi sungai
mulai tercabar dan secara beransur-ansur kepentingannya telah merosot.
2.1 Perkembangan Pengangkutan Di
Malaysia
Banyak faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia adalah
bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi Malaysia yang rata dan mempunyai daratan
yang lebih banyak berbanding lautan memudahkan pembinaan jalan raya dijalankan.
Kebanyakan jaringan pengangkutan darat tertumpu di pantai barat Semenanjung
Malaysia. Ini kerana tanah pamahnya yang rata dan luas sesuai untuk pembinaan
jalan raya dan jalan kereta api. Kos pembinaan jalan pengangkutan adalah lebih
murah berbanding dengan kawasan tanah tinggi. Di Pantai Timur dan bahagian
tengah Semenanjung pula, pembinaan jalan raya adalah sukar kerana keadaan
permukaan bumi yang berbukit-bukau. Di Sabah dan Sarawak, kawasan pedalaman
yang bergunung-ganang dan berpaya menyukarkan pembinaan jalan darat. Oleh itu, jaringan
pengangkutan lebih tertumpu di daratan pantai.
Faktor lain adalah kemajuan teknologi pada masa kini. Kemajuan teknologi telah
meningkatkan penghasilan pembuatan kenderaan. Contohnya Sistem Rel Bersepadu
dibina dengan menggunakan teknologi dan kepakaran yang tinggi. Lebuh raya
bertingkat pula dibina untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di pusat bandar.
Sebagai contoh yang lain, Lebuh Raya Kerinchi Link yang menghubungkan Lembah
Pantai dengan Damansara, jambatan Pulau Pinang pula dibina untuk menghubungkan
tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang. Pembinaan terowong SMART
di Kuala Lumpur pula merupakan hasil teknologi terkini yang dibina untuk
mengatasi masalah banjir kilat dan mengurangkan kesesakan lalu-lintas di pusat
bandaraya Kuala Lumpur dan banyak lagi. Hal ini sekali gus telah membuka
laluan dalam bidang automotif untuk lebih berkembang.
Selain itu, dasar kerajaan juga merupakan faktor yang menjadikan jaringan
pengangkutan semakin berkembang dari masa ke masa. Dasar kerajaan yang telah
meneroka dalam bidang automotif dan menghasilkan kenderaan nasional telah
mempengaruhi lebih banyak sistem jaringan pengangkutan. Antaranya ialah Dasar
Pembangunan Negara dan Rancangan Malaysia Ke-9. Kerajaan telah menyediakan
peruntukan yang besar untuk memajukan sistem pengangkutan ini. Kerajaan telah
membina banyak jaringan jalan raya dan menaiktarafkan jalan-jalan utama seperti
menurap jalan-jalan di pedalaman, melebarkan jalan raya, menambah lorong jalan
raya dan membina lebuh raya. Selain itu, Sistem Rel Bersepadu yang disediakan
di Lembah Klang juga adalah antara usaha kerajaan untuk memodenkan sistem
pengangkutan negara. Malahan permintaan yang semakin meningkat daripada
pengguna juga adalah merupakan faktor yang menyebabkan bidang automotif negara
berkembang pesat.
Kerajaan telah membuka laluan dalam bidang automotif dalam Dasar Ekonomi
Baru (DEB) dan telah menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam bidang ini.
Justeru, pada tahun 1970 lahirlah dasar pengimportan kenderaan bermotor secara
terkawal melalui pengeluaran AP yang diperuntukkan sepenuhnya kepada syarikat
kepunyaan Bumiputera. Syarikat-syarikat ini telah mengimport kereta-kereta
terpakai atau dikenali dengan “re-conditioned cars”, terutamanya jenama dari Jepun
yang telah mencapai usia antara lima hingga tujuh tahun. Modal pusingan adalah
terhad antara RM50,000 hingga RM100,000 untuk membeli kereta berharga sekitar
RM5 ribu hingga RM8 ribu seunit. Peruntukan AP adalah sekitar 30 hingga 200
unit setahun kepada lebih kurang 269 syarikat pengimport.
Pada tahun 1981, syarikat-syarikat ini telah bersepakat menubuhkan sebuah
persatuan yang dinamakan “Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu
Malaysia” atau dikenali dengan singkatan nama PEKEMA. Bermula dengan 48
syarikat ahli, PEKEMA terus berkembang, dan kini jumlah keahliannya mencecah
210 syarikat.
Pada era awal 80-an, pelbagai model kereta import dari Jepun dan Eropah
seperti Honda, Toyota, Nissan, Mercedes dan BMW mula membanjiri jalan raya di
seluruh negara. Hal ini merupakan petanda yang baik bagi pasaran yang lebih
kompetitif dan memberi pilihan yang lebih luas kepada pengguna kenderaan di
Malaysia.
Penubuhan Proton pada tahun 1983 dan kemudiannya Perodua pada 1993 membuka
lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat Bumiputera menjadi pengedar
kereta nasional tersebut, selain pelantikan oleh syarikat pemasang kenderaan
dalam negeri yang tidak seberapa jumlahnya. Pengimport-pengimport bebas
kenderaan terpakai sedikit demi sedikit mengumpul dana hasil keuntungan dan
dilaburkan untuk mengimbangi peningkatan harga belian kereta dari semasa ke
semasa. Lebihannya diguna untuk mengembangkan operasi dan perniagaan
masing-masing.
Motosikal merupakan sejenis kenderaan beroda dua yang berenjin serta
berupaya membawa seorang penunggang dan seorang pembonceng. Motosikal lazimnya digerakkan
oleh enjin petrol kecil sama ada dua lejang atau empat lejang dengan kapasiti
enjin antara 50cc sehingga sebesar 2000cc. Sejarah motosikal bermula apabila manusia cuba untuk memasang enjin pada
basikal.
Honda merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada
tahun 1946. Produk awal Honda ialah motosikal 50cc dengan setengah kuasa kuda
yang dikenali sebagai “Jenis–A”. Pada tahun 1980-an, Honda mula memasang sistem
penyalaan nyahcas kapasitor (CDI) untuk menggantikan sistem penyalaan titik
sesentuh. Model 100cc yang dikenali sebagai Honda Dream di Thailand dan Honda
EX5 di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1986.
Suzuki adala sebuah perbadanan multinasional yang mempunyai kepakaran dalam
bidang pengilangan kenderaan. Suzuki A100 merupakan motor Suzuki pertama yang
diperkenalkan oleh Suzuki di Indonesia bersama dengan FR 70 pada tahun 1970.
Yamaha merupakan syarikat automobil yang terkenal dari Jepun. Pengasas
syarikat Yamaha adalah Torakusu Yamaha. Pelbagai produk telah dihasilkan dalam
syarikat ini termasuk alat-alat muzikal, perkakasan elektrik rumah dan litar
elektronik bersepadu.
Bermula dengan FZR1000 pada tahun 1987, Yamaha menjadi perintis kepada
beberapa inovasi kejuruteraan. Pembaharuan yang dilakukan menjadikan model motosikal
ini sebagai “tour de force” serta telah diundi sebagai “motosikal terbaik
sepanjang dekad” bagi ramai pengkritik yang mendapati kemampuannya di kedua-dua
jalan raya dan jalan tanah merah.
Modenas juga dikenali sebagai Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd. Syarikat
ini ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model
motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Modenas Kriss
merupakan model pertama yang dilancarkan oleh syarikat ini pada tahun 1996. Motosikal
ini digerakkan oleh enjin 111cc yang dibangunkan oleh Kawasaki. Model ini
menjadi model motosikal yang paling laris di Malaysia.
Sejarah syarikat bas di Melaka seperti syarikat-syarikat Patt Hup
Transport, Malacca Omnibus Service, Bas Tai Lye Sdn Bhd, Batang Bas dan Town
Bus sudah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Syarikat-syarikat bumiputera seperti
SKA, Salira, Baswira. Tuah Bus dan Roda Juara hanya wujud selepas 13 Mei 1968.
Pada mula operasi dulu, ramai orang menggunakan perkhidmatan bas dan pendapatan
pun menguntungkan. Namun apabila keadaan bertukar menjadi lebih parah dengan
lambakan permit yang menggila dan harga alat ganti melambung tanpa dikawal,
maka segala keuntungan yang lalu terhakis sama sekali.
Pada tahun 2012, syarikat bas di negeri Melaka perlu bergabung di bawah satu konsortium
supaya Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan bantuan dengan lebih berkesan dan
sistematik. Dengan itu, berakhirlah perkhidmatan bas berhenti-henti di negeri
Melaka. Sebanyak sepuluh buah syarikat bas berhenti-henti, lima syarikat
bumiputera dan lima lagi bukan bumiputera ditutup secara rasminya. Kesemua
perkhidmatan ini serta laluannya diambil alih oleh sebuah anak syarikat milik
kerajaan negeri Melaka iaitu PM Cultural & Tours Sdn Bhd. Pengambilan alih
ini bukan diambil begitu sahaja tetapi telah dibayar pampasan oleh kerajaan Melaka.
Kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan ini kerana masalah pengangkutan
awam telah tidak mendapat perhatian kerajaan pusat ataupun SPAD.
Syarikat-syarikat bas perlu bergabung dan membentuk sebuah konsortium di bawah
satu bumbung supaya proses pemantauan dan pemberian bantuan dapat dilakukan
dengan lebih berkesan.
Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari sesuatu tempat ke sesuatu
tempat. Selain itu, pengangkutan juga bermaksud kenderaan. Oleh itu,
pengangkutan berfungsi sebagai media
yang menghubungkan satu lokasi dengan satu lokasi yang berlainan dan membolehkan melakukan pergerakkan. Jaringan
sistem pengangkutan sangat penting dalam kehidupan seharian untuk bergerak dan
dapat memudahkan kita melakukan sesuatu perkara. Perkhidmatan pengangkutan
memainkan peranan penting dalam membangunkan sesuatu negara. Terbahagi daripada
tiga aspek iaitu ekonomi, sosial dan yang terakhir ialah dari segi pertempatan
dan alam sekitar.
Pertama, dari segi ekonomi yang mana ianya dapat memberi banyak kelebihan
seperti dapat mengangkut hasil perlombongan dan pertanian. Selain itu, dapat
mengembangkan sektor pembalakan di negara. Sektor perlancongan dan perdagangan
dapat dibangunkan secara terancang. Kita juga dapat menjalankan hubungan antara
negara luar dengan megeksport kereta di luar negara. Oleh itu, pelaburan negara
dapat ditingkatkan.
Seterusnya, dari segi sosial ialah dapat meningkatkan pergerakan penduduk.
Jurang sosial antara penduduk dapat dikurangkan di mana sistem komunikasi
antara sesama masyarakat sejagat dapat
dibentuk. Pergerakan penduduk juga tidak terbatas dan mudah bergerak ke sesuatu
tempat. Ianya juga dapat meningkatkan pergerakan penduduk. Peningkatkan
integrasi nasional dapat berkembang dengan luas.
Pertempatan dan alam sekitar dapat menujudkan pertempatan baru dan bandar
baru. Utiliti dapat disediakan di kawasan perumahan seperti bas persiaran, bas
sekolah, teksi dan sebagainya yang dapat meberi banyak kemudahan kepada
penduduk. Di samping itu, dengan kehadiran jaringan sistem pengangkutan, sektor
pelancongan negara akan bertambah maju. Ianya juga dapat memudahkan urusan
ekonomi untuk menjadi cekap dan pantas.
Perkembangan jaringan sistem pengangkutan akan menyebabkan kesan positif
and juga kesan negatif. Hal ini akan memanfaatkan kehidupan kita dan juga akan
member impak kepada kita. Kesan positif jelas yang dapat dilihat adalah dapat
menjimatkan masa. Masa merupakan harta yang tidak boleh dinilai. Perkembangan
jaringan sistem pengangkutan akan dapat membantu kita menjimatkan masa kita.
Contohnya kita dapat sampai ke satu destinasi pada masa yang singkat.
Seturusnya ialah dapat menjimatkan wang. Hal ini kerana kita boleh pilih sistem
pengangkutan yang kita suka dan murah. Tambahan pula pengangkutan lebih murah
berbanding kita memandu kereta ke sesuatu tempat seorang diri. Selain itu, ia
juga dapat mengurangkan kesesakan jalan
raya. Contohnya pembinaan lebuh raya bertingkat MRR2, jalan raya tiga lorong
dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas kerana ia membenarkan kenderaan yang
banyak lalu pada masa yang sama.
Selain kesan positif ia juga mendatangkan kesan negatif. Contohnya
kepupusan flora dan fauna. Perkembangan jaringan sistem pengangkutan memerlukan
penerokaan hutan yang banyak dan hal ini akan menjejaskan habitat flora dan
fauna yang akhirnya akan menyebabkan kepupusan.
Selain kepupusan flora dan fauna, ia juga menyebabkan kes kemalangan jalan
raya meningkat. Hal demikian kerana perkembangan jaringan pengangkutan menyebabkan
kenderaan seperti kereta, bas dan motosikal bertambah dan menyebabkan peratusan
berlakunya kemalangan meningkat. Akhirnya ia juga akan menyebabkan tahnah
runtuh. Hal ini demikian kerana jika
hendak mengembangkan jaringan sistem pengangkutan banyak tanah tinggi perlu
diteroka dan hal ini akan menyebabkan tanah runtuh kerana banyak pokok akan
ditebang.
Perkembangan jaringan sistem pengangkutan telah membawa banyak faedah
kepada masyarakat tetapi juga terdapat kesan negatif terutamanya masalah alam
sekitar. Demi menyelesaikan masalah –masalah ini, banyak tindakan telah diambil
oleh pihak tertentu.
Penghijauan bandar juga merupakan langkah yang amat baik. Penghijauan
bandar adalah usaha penataan lingkungan dengan tanaman sebagai materi pokoknya dan mempunyai upaya yang dapat mengurangkan
degradasi dan kualiti persekitaran. Penanaman tumbuh-tumbuhan dapat
mengurangkan pencemaran udara dan boleh menyerap gas karbon dioksida dalam
proses fotosintesis.
Kenderaan elektrik sememangnya mesra alam kerana tidak menggunakan sumber
petroleum yang semakin berkurang pada masa kini. Ia juga dapat mengawal kualiti
udara agar tidak dicemari oleh gas-gas yang dikeluarkan oleh asap kenderaan
yang boleh membahayakan kesihatan. Teknologi ini telah dipraktikkan di Negara
Eropah, Jepun dan Korea
Selatan. Di Korea, kenderaan bas yang
menggunakan elektrik sepenuhnya untuk beroperasi seperti bas yang membawa
penumpang ke menara telekomunikasi di Seoul yang juga menjadi pusat
pelancongan. Penggunaan kereta solar juga boleh dipertimbangkan kerana dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi.
3.0 Metodologi Kajian
Data mengenai perkembangan pengangkutan awam diperolehi daripada sumber
kedua iaitu melalui buku, majalah dan jurnal. Analisis dokumen yang dilakukan
ini telah membantu menambah maklumat berkaitan pengangkutan di Malaysia.
4.0 Hasil Kajian
Daripada
soal selidik yang telah diedar, didapati terdapat 55% daripada 40 orang tidak
tahu model kereta yang terdapat di Malaysia pada 70-an hingga 80-an. Peratusan
ini menunjukkan hampir separuh daripada keseluluhan responden tahu model-model kereta
yang terdapat di Malaysia.
Dari
segi model motosikal, didapati terdapat 67% daripada responden yang tidak tahu
model motosikal yang terdapat di Malaysia pada tahun 70-an hingga 80-an. Hal
ini kerana masyarakat zaman sekarang tidak berminat dengan motosikal 70-an
hingga 80-an. Mereka mungkin lebih minat dengan motosikal yang lebih bergaya.
Selain itu, didapati
sebanyak 73% daripada responden yang tidak tahu model bas yang terdapat di
Malaysia dari tahun 70-an hingga 80-an. Hal ini mungkin disebabkan masyarakat
sekarang kurang minat dengan penggangkutan awam yang terdapat pada masa itu dan
juga kurang pengetahuan tentang zaman dulu.
Terdapat
68% responden yang tidak tahu syarikat penggangkutan bas yang terdapat di
Malaysia pada tahun 70-an hingga 80-an. Hal ini kerana masyarakat ketika itu
lebih minat menggunakan basikal dan mereka hanya akan menggunakan bas jika
mereka hendak ke tempat yang sangat jauh. Oleh itu masyarakat zaman sekarang
juga tidak tahu syarikat bas yang terdapat pada masa itu.
Sebanyak
95% responden tahu model kereta yang terdapat di Malaysia sekarang. Hal ini
kerana masyarakat sekarang lebih gemar memandu kereta sendiri. Masyarakat zaman
sekarang berfikiran bahawa memandu kereta sendiri lebih mudah dan selesa jika
hendak ke sesuatu tempat. Contohnya pergi melancong, mereka boleh melancong
dengan sukahati tanpa mempunyai had masa. Malahan 85% responden tahu syarikat
bas yang terdapat di Malaysia. Contohnya Rapid dan Panorama. Hal ini kerana
kerajaan sentiasa menyeru rakyat Malaysia menaiki pengangkutan awam untuk
mengurangkan pencemaran dan kesesakan jalan raya.
Lebih
daripada separuh daripada responden tidak tahu model motosikal yang terdapat di
Malaysia. Hal ini demikian adalah kerana masyarakat sekarang lebih suka memandu
kereta jika dibandingkan dengan menaiki motosikal. Mereka berfikiran bahawa
kereta lebih selamat jika dibandingkan dengan menunggang motosikal.
Kajian
tentang model bas mendapati 78% responden tidak tahu model bas yang terdapat di
Malaysia. Hal ini kerana masyarakat sekarang tidak berminat tentang model bas,
mereka hanya berminat tentang model kereta. Hal ini kerana mereka berfikiran
bahawa kereta lebih bergaya.
Berkaitan
kemajuan pengangkutan di Malaysia, didapati 85% responden berpendapat bahawa
pengangkutan di Malaysia semakin maju. Contohnya Kuala Lumpur mempunyai LRT,
Monoral, MRT dan sebagainya yang memudahkan masyarakat Malaysia. Selain itu
Pulau Pinang dan Melaka juga mempunyai “Rapid Penang” dan Paranoma yang dapat
mengambil masyarakat ke destinasi yang dikehendaki.
Terdapat 55% responden puas hati dengan perkembangan pengangkutan di
Malaysia dan 45% tidak puas hati. Mereka tidak puas hati dengan perkembangan
tersebut kerana mereka berpendapat bahawa pengangkutan di Malaysia masih
mempunyai ruang perkembangan yang luas. Mereka juga berpendapat bahawa
perkembangan di negeri Kedah, Perlis, Selangor dan Kelantan masih perlu diusaha
lagi.
5.0
Kesimpulan
Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan orang tidak tahu tentang sistem pengangkutan
yang terdapat di Malaysia dari semasa ke semasa. Negara ini mempunyai banyak sistem pengangkutan sejak tahun 70-an. Antara sebab-sebab responden
tidak tahu perkembangan sistem pengangkutan di Malaysia adalah sikap tidak
mengambil tahu. Walau bagaimanapun ramai yang bersetuju tentang kemajuan sistem
pengangkutan di Malaysia. Hal ini telah membuktikan teknologi pengangkutan sedang
ditambah baik di Malaysia. Selain mengembangkan sistem pengangkutan, Malaysia
juga dapat mengurangkan kes kemalangan dan masalah lalu-lintas. Sistem jaringan pengangkutan telah membawa banyak
faedah seperti mengurangkan masalah kesesakan, mewujudkan lanskap yang menarik
dan sebagainya. Namun begitu, perkembangan sistem ini juga membawa kesan
negatif terutamanya alam sekitar.
Rujukan
Abdul Jamal Abdul Halim. (2012).
Reka Bentuk dan fabrikasi struktur badan
mobaliti pengangkutan peribadi (electronic resource).
Abu Bakar Md Jelas.
(2008). Automotif kenderaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aminuddin Ab Ghani.
(2008). Pengurusan sungai mapan dari
perspektif kejuruteraan pengangkutan endapan. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Badrul Amri Abdul Rahman.
(2006). Merekabentuk konsep dan model jek
kereta jenis mekanikal. Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia.
Mohd Syafiq Radzali.
(2009). Kajian awal tentang sistem
rantaian kuasa untuk kereta elektrik hidbrid.
Muhammad Zaidan Abdul
Manaf. (2012). Permodelan motosikal hybrid
roda tenaga untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga. Kuala Lumpur:
Universiti Putra Malaysia.
Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Motosikal
http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka_Sentral
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bas-di-melaka-bakal-lumpuh-1.17049
http://www.pekema.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=79&Itemid=229&lang=bm
MZ Zainudin, Tew Huei Theng, Yap Sin Yin, Noor Azmalina Asmira Mazlan, Farah
Hanum Suzaim
No comments:
Post a Comment