Penduduk dunia mula bertambah dengan pesat pada kurun ke-20, suatu keadaan yang digelar sebagai ledakan populasi. Hal ini bukannya fenomena seluruh dunia sebaliknya berlaku di kebanyakan negara membangun di Afrika, Asia dan Amerika Latin. Wujud pertentangan pertumbuhan penduduk antara negara membangun dan negara maju setiap masa. Hari ini, 97 peratus penduduk dunia berada di negara membangun.
Contohnya, penduduk di negara membangun menyumbang 80 juta orang setiap tahun berbanding sejuta orang yang disumbangkan oleh negara maju. Pada tahun 2050, 86 peratus penduduk dunia dijangka berada di negara dunia ketiga. Afrika Tengah, diikuti Afrika barat dijangka menjadi rantau yang paling pesat berkembang dalam tempoh pertengahan abad ke-21 dengan pertambahan sebanyak 193 peratus pada tahun 2050.
Cabaran lain pada abad ini ialah migrasi antarabangsa. Pada 2010, dianggarkan 214 juta pendatang di seluruh dunia, meningkat dari 191 juta pendatang pada 2005. Konflik politik, kemusnahan alam, pelarian dan pencari suara politik, persekitaran dan perubahan iklim serta krisis ekonomi telah menyumbang kepada pertambahan bilangan pendatang.
Dianggarkan 75 peratus daripada jumlah ini berada di 12 peratus negara di dunia yang bergerak dari negara dunia ketiga ke negara lain yang lebih baik. Kedua- dua negara, negara asal dan negara yang dituju, pergerakan ini menimbulkan isu-isu utama dalam sosioekonomi. Jumlah ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan pendatang asing peringkat global yang merangkumi pelarian, pekerja kontrak dan pendatang asing tanpa izin.
Cabaran seterusnya ialah perbandaran, trend lama yang menghantui negara mundur yang tidak berupaya menghadapi cabaran. Di negara maju, 90 peratus penduduk tinggal di bandar. Hari ini, satu per tiga penduduk dunia tidak mempunyai pendapatan untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti air bersih dan sistem kumbahan yang berkesan.
Contohnya, di Mumbai, bandar raya paling besar di India, mempunyai 20.1 juta penduduk. Pada 2025, ia bakal menjadi metropolis kedua terbesar di dunia dengan 27.4 juta orang. Di Mumbai, antara 200 hingga 250 keluarga tiba setiap hari dengan harapan untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Ramai yang memulakan kehidupan di sini sebagai penghuni kaki lima disebabkan tidak ada tempat untuk tinggal. Tanah semakin terhad dan kediaman seperti aparment dan bilik biasanya sudah penuh didiami. Mereka yang baru tiba akan terus berada di kaki lima atau tinggal di kawasan setinggan. Dalam sesetengah kes, air bersih, bekalan elektrik, laluan terbuka atau jalan serta tandas awam hampir tiada. Biarpun kehidupan setinggan menunjukkan mobiliti yang lebih baik di kebanyakan negara membangun, mereka kerap merungut tentang kumpulan kongsi, sewa tinggi, dadah, jenayah, kumbahan dan banjir.
Cabaran-cabaran tentang pertambahan penduduk di bandar sentiasa bertambah. Nasib pelarian atau pendatang ini khususnya berkaitan AIDS, tidak berumah, penagih dadah dan hilang tempat tinggal akibat bencana alam menambahkan lagi kepada masalah-masalah yang sedang dihadapi.
No comments:
Post a Comment