Monday, May 18, 2015

Social problems: community, policy, and social action






Penulis: Anna Leon-Guerrero
Tahun: 2014
Penerbit: SAGE Publications, Inc, Thousand Oaks, California, USA.
Muka Surat: 531

Buku ini mengandungi lima bahagian dengan 17 bab. Dalam edisi keempat ini, penulis membuat tiga penambahbaikan iaitu meluaskan perspektif sosiologikal, mengekalkan isu terkini dan kemas kini data.

Pengalaman masyarakat dunia dalam masalah sosial wajar dikongsi bersama. masalah sosial yang khusus dibincangkan dari perspektif global seperti sistem penjejakan pendidikan Jepun, maquiladoras di Mexico, pertubuhan berita antarabangsa wanita di India dan ketagihan arak di Scotland.

Selain itu buku ini juga memberi tumpuan kepada dasar sosial dan tindakan sosial yang dibincangkan dalam setiap bab. Ia juga memberi perhatian kepada bagaimana setiap individu atau kelompok menjadikan mereka berbeza dalam komuniti masing-masing. Bab-bab ini menghidangkan kisah peribadi, aktiviti pendidikan dan tindakan-tindakan sosial yang membolehkan pembaca mendapat idea untuk bertindak.

Akhir sekali, setiap bab menyediakan soalan atau aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh kumpulan kecil sebagai refleksi diri. Kedua-dua soalan dan aktiviti ini bakal membawa pembaca keluar dari lingkungan bilik kuliah dan terlibat dengan komuniti.


No comments:

Post a Comment