Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang;
“Nun. Demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan! Dengan rahmat Tuhanmu, (Ya Muhammad) engkau bukanlah seorang yang gila. Sesungguhnya untukmu ada pahala yang tidak putus-putus. Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia. Nanti engkau akan melihat dan mereka juga akan melihat. Siapakah di antara kamu yang sebenarnya gila? Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Surah Al Qalam: 1-7)
Ismaiza Ismail, penyusun buku Why I Embraced Islam menyenaraikan 49 orang saudara baru dari pelbagai negara yang telah menerima hidayah Allah swt melalui pelbagai cara yang menakjubkan. Antara nama besar yang disenaraikan termasuklah Jemima Khan, Malcolm X dan Yusuf Islam. Bab pertama dimulakan dengan kisah Sister Hedayah dari Filipina yang telah membuat keputusan untuk memeluk Islam menyebabkannya hilang kesemua rakan karibnya. Keluarganya juga turut tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Sister Hedayah memilih Islam setelah dibesarkan dan diberi didikan sempurana sebagai seorang penganut Khatolik.
Satu hari beliau bertemu dan berkawan dengan keluarga dari Afhanistan seterusnya berbincang mengenai agama masing-masing. Oleh kerana inginkan kefahaman yang jelas mengenai Islam, beliau mendapatkan sebuah Al Quran terjemahan bahasa Inggeris dan seterusnya mengkaji kandungan Al Quran sehinggalah mengambl keputusan menjadi seorang muslimah.

“Sesiapa yang mendapat petunjuk, ia hanya mendapat petunjuk untuk
dirinya. Sesiapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya hanya ke atas dirinya
pula. Orang yang memikul dosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kami tidak
menyiksa (sesuatu kaum) sehingga Kami utus seorang Rasul”. (Surah Al Isra: 15)
Seterusnya Amirah, seorang wanita berkulit putih dan dilahirkan di Arkansas, Amerika Syarikat dalam keluarga Kristian serta hidup dalam persekitaran yang aman damai di ladang keluarganya. Pada mulanya bertemu dengan seorang wanita Palestin yang mematuhi ajaran Islam sepenuhnya dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Perbincangan demi perbincangan mengenai Islam telah membuka hati Amirah untuk menerima Islam sebagai cara hidupnya. Cubaan demi cubaan yang diterimanya hanya menguatkan jiwa dan hati untuk terus teguh beriman kepada Allah swt. Kehilangan kawan, putus pertunangan dan dituduh pengganas adalah ujian dari Allah swt untuk menguatkan lagi azamnya bersama dengan Islam.

Kisah-kisah yang dimuatkan di dalam buku ini sangat menyentuh hati kerana
hidayah Allah swt adalah untuk mereka yang terpilih. Kejayaan Rasulullah saw
menyampaikan dakwah kepada seluruh umat manusia telah mengetuk pintu hati mereka
yang inginkan kepada Tuhan yang Esa. Kejayaan ini tidak datang dengan mudah
malah diiringi dengan akhlak yang mulia.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw itu teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)”. (Surah Al Ahzab : 21)
Seluruh kehidupan Baginda saw adalah termasuk aspek sosial, kemanusiaan, peribadi dan kemasyarakatan. Perilaku yang mulia, berhikmah dan menggunakan segala kemampuannya untuk menyampaikan risalah.

Keajaiban dan mukjizat ketika
menjelangnya kelahiran Nabi Muhammad saw mengesahkan bahawa risalah yang
dibawanya adalah untuk seluruh umat. Ketika Baginda saw dilahirkan, dinding
istana Kisra menjadi retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi
padam secara tiba-tiba manakala air di tasik sawah menjadi kering. Berhala di
sekeliling Kaabah tumbang dan cahaya yang terpancar daari tubuh Baginda saw
naik ke langit dan menerangi alam.
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Arab dahulu untuk meminta seseorang wanita dari kawasan kampung untuk menyusu anak-anak mereka. Dua orang wanita yang diberi pernghormatan untuk menyusukan Nabi saw ialah Suwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab dan Halimatus Saadiah dari suku Bani Saad. Selain menguatkan sistem imun badan, kanak-kanak yang disusu ini turut belajar bahasa dan adab yang murni kerana bebas dari pengaruh perilaku di kota. Dengan menyusu Rasulullah saw, nama Halimatus Saadiah dikenang sehingga kini. Inilah kemuliaan yang diperolehinya.

Beliau bukanlah seorang yang kaya mahupun banyak susu pada
badannya kerana beberapa orang terdahulu yang ingin menyusukan Baginda saw
telah mengetahui bahawa Baginda saw adalah anak yatim dan tidak ada sesiapa
yang akan membayar kerja mereka. Tetapi dengan hati yang ikhlas, Halimatus
Saadiah telah menerima tugas menyusukan Nabi Muhammad saw dengan senang hati.
Pengormatan yang diperolehi oleh Halimatus Saadiah ialah namanya dikenang
sepanjang zaman kerana jasanya ke atas seorang nabi yang tidak pernah melihat
wajah ayahnya ketika lahir ke dunia.
Ramai tokoh bukan Islam telah meletakkan peribadi Rasulullah saw sebagai tidak ada tolok bandingnya. Dari Michael H. Hart, Stanley Lane Pool, George Bernard Shaw hinggalah Venkata Ratnam, seorang penulis, semuanya memuji keupayaan Nabi Muhammad saw sebagai pencetus perubahan.
Michael H. Hart adalah seorang ahli matematik, sejarawan dan ahli kaji bintang. Pada tahun 1978, beliau menyenaraikan 100 orang lelaki yang sangat berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia dan meletakkan Nabi Muhammad saw sebagai manusia yang paling berpengaruh. Katanya, “Pilihan saya adalah Muhammad kerana beliau telah berjaya di kedua-dua bidang iaitu agama dan sekular. Muhammad seorang yang merendah diri, meletakkan asas kepada agama yang sangat hebat dan menjadi seorang tokoh pemimpin terkemuka. Hari ini, selepas tiga belas abad lamanya selepas kewafatan, pengaruhnya masih lagi dapat dilihat dan berkekalan”.
Stanley Lane Pool, pakar sejarah menyatakan bahawa Rasulullah saw adalah seorang yang cekal hati, berani berhadapan dengan kebencian kaumnya adalah seorang lelaki yang tidak akan melepaskan tangannya lebih awal ketika bersalam, mencintai kanak-kanak dan tidak pernah melewati sekumpulan orang tanpa senyuman dan kata-kata yang indah. Seorang yang menghargai persahabatan, mementingkan kemuliaan, memberi harapan dan semangat serta menukar kritikan menjadi pujian.
George Bernard Shaw, seorang sasterawan yakin dan percaya bahawa Nabi Muhammad saw adalah seorang yang hebat. Di dalam tulisannya, The Genuine Islam, beliau percaya suatu hari nanti keimanan yang dibawa oleh Baginda saw akan diterima di Eropah pada masa depan seperti mana diterima oleh Eropah pada hari ini.
Venkata Ratnam di dalam bukunya An Essay on Islam cuba membandingkan Nabi Muhammad saw dengan Nabi Isa a.s. Beliau berhujah, “Jika dibandingkan Baginda dan Nabi Isa, sememangnya Baginda seorang yang lebih baik. Nabi Muhammad saw tidak pernah menyamakan dirinya dengan Tuhan, hanya mengakui dirinya sebagai utusan Tuhan, mendidik pengikutnya mengenai kehendak Tuhan dan mengesahkan Islam sebagai agama yang praktikal dengan disiplin dan moral diri yang menakjubkan, lebih baik daripada mana-mana manusia di dunia”.
Kisah-kisah teladan yang ada pada diri Rasulullah saw telah banyak diperkatakan. Didikan dan akhlak yang perolehi melalui buku dan tulisan di seluruh dunia telah membuka hati ramai masyarakat bukan Islam untuk mengenali Islam. Benarlah firman Allah swt di dalam Al Quran yang sentiasa menyatakan bahawa kehadiran Baginda saw adalah sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Biar apa pun yang berlaku, ada hikmah dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh kita.
Bagi mereka yang ingin kembali menghayati Islam, mengenal peribadi Rasulullah saw adalah satu kemestian kerana sirah nabi tidak pernah mengecewakan. Di situ terdapat pelbagai kisah suka dan duka, kegagalan dan kejayaan serta susah dan senang menjalani kehidupan sebagai seorang muslim, pendakwah, pemimpin dan pentadbir.
“Maka Kami tiupkan angin yang amat gemuruh kepada mereka dalam beberapa hari yang malang, kerana kami hendak merasakan kepada mereka itu siksaan yang menghinakan dalam kehidupan dunia. Dan sesungguhnya siksaan akhirat lebih menghinakan sedang mereka tidak diberi pertolongan. Dan kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai kesesatan daripada petunjuk, lalu mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan. Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Fussilat : 16-18)
Rasulullah saw telah membawa peringatan yang keras terhadap orang-orang kafir dan berita gembira kepada orang-orang yang beriman dengan harapan akan ramai yang akan mengenal Tuhan yang Esa.
“Merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu siksaan yang menghinakan. Orang-orang yang beriman kepada Allah dan para RasulNya dan tidak membeza-bezakan seorang pun di antara mereka, nanti Allah akan memberikan kepada mereka pahala. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah An Nisa: 151-152)

No comments:
Post a Comment