Wednesday, May 06, 2015

Matlamat realistik









Berfikir secara realistik memberi kelebihan dalam kalangan pemimpin dan pengurus. 

Saya mengenali seorang dua usahawan yang begitu yakin masa hadapan mereka akan lebih baik. Ia sepatutnya menjadi satu sifat yang bagus kerana usahawan perlu ada pemikiran optimis supaya dapat bekerja lebih kuat. 

Tetapi dalam dunia bisnes, tidak banyak keputusan yang benar-benar penting. Ada perbezaan antara keputusan penting dengan keputusan yang perlu dilakukan untuk operasi bisnes harian. 

Kalau kita rajin menonton drama, kebanyakan jalan cerita dalam keluarga usahawan berkisar tentang hubungan antara karektor, tidak banyak sangat tentang bisnes. 

Dalam dunia bisnes atau bukan dunia bisnes sekalipun, keputusan yang penting mesti dikaitkan dengan matlamat.


No comments:

Post a Comment