Hidup adalah suatu anugerah Allah swt yang sangat bernilai. Setiap
makhluk yang hidup di atas muka bumi, lautan dan di mana sahaja akan merasai
kehidupan alam masing-masing biar sesingkat mana sekalipun. Di dalam Islam,
kehidupan yang dilalui mempunyai tujuan dan peranan yang sangat besar.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan, sesungguhnya Allah, Dialah yang maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.” (Az Zariat ayat 56-58)
Matlamat hidup di sini ialah Allah, bukannya habuan, manusia ataupun tanggungan material. Keupayaan untuk memantapkan kefahaman ini tidak akan diperolehi melalui pembacaan atau perbincangan semata-mata tetapi adalah penglibatan bersama jemaah atau organisasi tersusun yang menjadikan tarbiyah sebagai teras utama.
Pekerja-pekerja yang menjadikan habuan dunia sebagai keutamaan untuk mencapai sasaran pasti akan letih dan lemah. Setelah mendapat wang ringgit yang banyak, harta yang melimpah ruah dan keadaan sosial yang memuaskan, mereka akan berhenti untuk berfikir mengenai urusan akhirat kerana telah merasai keletihan dan kelemahan jiwa, mental dan fizikal.
Pekerja-pekerja yang menjadikan kerja berasaskan dakwah dan tarbiyah sebaliknya tidak pernah melayan rasa letih dan lemah kerana bekerja dengan jemaah adalah melaksanakan dakwah Islam yang akan dibawa sehingga mati. Sama ada senang atau susah, meletakkan kerja-kerja dakwah sebagai asas dalam melaksanakan sesuatu program akan memantapkan keyakinan dan keberanian seterusnya kemuliaan diri.
Matlamat kerja dalam Islam ialah mencari habuan dunia (wang ringgit) dan akhirat (pahala). Wang ringgit yang banyak akan membantu meningkatkan ekonomi ummah melalui institusi zakat, wakaf dan amal jariah. Manakala kesedaran terhadap pahala akan membantu umat untuk mengerjakan kebaikan selama hayat mereka hidup.
”Apabila seseorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Orang yang cerdik akan melaksanakan kerja mereka dengan cara yang paling baik
untuk mendapatkan wang ringgit dan pahala. Darjah kecerdikan itu akan bertambah
apabila wang ringgit yang diperolehi itu dijana menjadi pahala. Justeru,
kehidupan yang dilalui tidak akan rugi apa-apa pun.
Adapun orang yang rugi adalah mempunyai wang ringgit yang banyak tetapi tidak sempat menukarkannya menjadi pahala. Begitu juga, darjah kerugian itu akan bertambah jika wang ringgit yang diperolehi dikorbankan untuk mendapatkan dosa.
Perbandingan di antara orang yang cerdik dan orang yang rugi terletak kepada kebijaksanaan mereka iaitu bekerja untuk mendapatkan wang ringgit dan ganjarannya, diubah kepada keupayaan mendapatkan pahala melalui proses-proses tertentu yang menepati syara’.
Ummah yang menikmati transformasi ini akan berpuas hati dan gembira. Rahsia kejayaan umat ialah sentiasa menghadapi setiap kejadian dengan kesabaran dan doa. Biar apapun yang datang, insya Allah pertolongan Allah swt akan datang akhirnya. Mereka inilah orang-orang mukmin yang sebenarnya kerana mengetahui hakikat hidup. Mereka juga nampak dengan jelas perbezaan di antara harga dunia dan akhirat.
”Dan tidaklah kehidupan dunia itu selain daripada main-main dan senda gurau sahaja dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu memahaminya?” (Al An’am ayat 32)

No comments:
Post a Comment