*Gambar hiasan
Bagaimana kita dapat mengenali Mat Rempit? Adakah dengan membawa motosikal yang laju dan berkonvoi dianggap sebagai Mat Rempit? Ciri-ciri Mat Rempit secara umum ialah seperti berikut:
Dua personaliti iaitu ketika di rumah mereka menunjukkan perwatakan yang baik, sopan dan tidak menunjukkan sifat agresif yang ketara, sebaliknya di luar rumah berperangai seperti seorang raja khususnya di atas jalan raya dengan motosikal. Dikenali sebagai samseng jalan raya kerana berlumba motosikal tanpa mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Dikaitkan dengan jenayah ragut yang memberi kecederaan dan ada kala membawa kepada kematian mangsa. Tidak patriotik iaitu tahap jati diri dan bangga terhadap negara yang amat rendah. Kebanyakan dari keluarga bermasalah (90%). Tinggal di rumah yang sempit. Kerap dan suka tumpang tidur di rumah kawan. Majoriti adalah kaum Melayu diikuti India. Satu pertiga adalah anak pendatang asing ada kad pengenalan merah. Gemar motosikal jenis Yamaha RXZ (dianggap model rasmi), Modenas Kriss dan Lagenda, Honda EX5, Yamaha Nuovo dan Suzuki 100. Kategori kerja termasuk penganggur, pekerja kilang, mat despatch (penghantar surat), penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar (sekolah dan IPT). Identiti tersendiri seperti plat motosikal bertampal pelekat hitam, kumpulan boleh cecah 200 orang, nombor pendaftaran tidak lengkap dan nombor terbalik untuk elak ditangkap ketika operasi pencegahan, gelaran ‘sifu, abang pendek’ serta sikap setia kawan yang sangat tinggi. Berpengalaman ditangkap oleh polis sama ada sekali atau beberapa kali. Menganggotai Geng Mat Rempit seperti Apache (Kuala Lumpur), Budak Shell (Kuala Lumpur), Man Botak (Pantai Timur), Man Kerinting (Pantai Timur) dan Skuter Boys (Sungai Besi, KualaLumpur). 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.
No comments:
Post a Comment