Seriusnya gejala sosial hari ini boleh diibaratkan seperti kayu yang nampak cantik di luar tetapi berlubang di dalam, tidak kukuh dan boleh rosak bila-bila masa. Dalam kehidupan remaja, majalah dan filem sering mengasak pemikiran mereka untuk bertindak melakukan sesuatu tindakan yang dilihat melanggar nilai dan norma masyarakat. Sogokan dengan muzik dan pesta menjadikan remaja hidup untuk berseronok tanpa memikirkan apa yang sepatutnya dibuat ketika ini. Akhirnya remaja berkembang dengan kekeliruan dan tidak tahu peranan sebenarnya.
Gejala sosial yang berlaku saban hari pasti memberi kesan besar kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Persekitaran tempat tinggal yang tidak aman dan menakutkan lambat-laun akan menimbulkan prejudis masyarakat ke atas pasukan keselamatan dan peranan agensi penguatkuasa dalam menjalan tugas mereka. Sebuah tempat di Chicago, A.S, kehadiran polis dan penjara langsung tidak menakutkan anak-anak muda. Lebih separuh daripada remaja di situ sudah ada rekod polis. Apabila 10 orang yang melepak di satu tempat ditangkap polis, dalam masa sejam, 10 yang lain akan menggantikan mereka. Memerihalkan implikasi gejala sosial ini, kita boleh kelaskan kepada tiga komponen iaitu ke atas individu, keluarga dan masyarakat.
Individu dicerminkan oleh akhlak dan peribadi. Pancaran akhlak yang baik atau buruk ditentukan oleh didikan dalam keluarga, kepatuhan kepada amalan agama dan rakan-rakan yang menjadi jaringan sosial. Proses pembesaran individu banyak dicorakkan oleh peranan ibu bapa kerana tanggungjawab kedua-duanya untuk mendidik dan memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Justeru ibu bapa tidak boleh sama sekali melepaskan tanggungjawab ini kepada orang lain.
'Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.' (Riwayat Bukhari) |
Kepincangan dalam keluarga bermula daripada pelbagai sebab seperti keganasan rumah tangga, orang ketiga, sibuk bekerja, sumbang mahram, kejahilan, persekitaran dan pengaruh media. Sangat susah untuk menganalisis punca kepincangan keluarga pada hari ini sehingga semuanya berakhir dengan satu jalan mati iaitu penceraian. Apabila berlaku, hidup dan masa depan anak-anak tidak terjamin dan menambah lagi beban kepada masyarakat dan negara kerana tumpuan dan kos perbelanjaan akan terus meningkat. Justeru, institusi keluarga wajar menentukan sikap dan budaya mereka sendiri supaya proses mendidik dan mengasuh ahli keluarga dapat menyumbang kepada masyarakat sejahtera dan menepati tujuan dan maksud kehadiran penciptaan manusia iaitu beribadah kepada Allah SWT.
‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.’ (Az-Dzariat:56) |
Masyarakat tidak lagi berasa aman dan bahagia untuk menjalani kehidupan kerana memikirkan kejadian-kejadian buruk di sekeliling mereka. Lama-kelamaan budaya hormat dan ‘ambil kisah’ tidak lagi menjadi keutamaan walaupun kempen demi kempen dilakukan oleh agensi kerajaan. Mereka menganggap kerajaan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab membateras gejala sosial yang sedang dihadapi dan peranan masyarakat ialah melihat usaha-usaha yang dilakukan mesti mengurankan dan menghapuskan gelaja-gejala sosial ini.
Mengurangkan gejala sosial yang sedang dihadapi ketika memerlukan perubahan sikap yang mesti bermula dari rumah, kawasan kejiranan dan tempat ibadat. Institusi berasaskan masyarakat seperti masjid dan surau harus membantu keluarga menghidupkan semula rasa hormat anak-anak muda terhadap pencapaian akademik, galakan budaya hidup yang lebih sihat dan mennyegarkan kembali nilai-nilai tradisi yang mengiringi rasa gembira dan tangungjawab menjadi seorang ibu atau bapa.
5.0 Rumusan
Remaja menjadi liar kerana kurang atau tidak mendapat belaian ibu bapa dan tidak mempedulikan perkembangan anak-anak remaja mereka. Ketika kanak-kanak, ibu bapa akan menemani anak-anak mereka bersukan di sekolah rendah yang menjadikan suasana padang sukan lebih meriah tetapi keadaan tersebut tidak ketara di sekolah menengah. Merempit turut dikaitkan dengan keadaan keluarga yang tidak seimbang dari segi perkembangan mental, fizikal dan spiritual. Anak-anak muda yang mendapat motosikal tidak akan merempit dan memberi kesusahan kepada masyarakat sekiranya dia sedar apa yang patut dicari ketika usia muda ini. Tetapi dari mana kesedaran ini datang? Tentunya ibu bapa yang berperanan besar.
Kitaran masalah akan membiakkan masalah yang lebih besar dan sentiasa bergelora seperti ombak yang menghempas ke pantai tanpa pernah berhenti. Pengamatan secara terperinci memperlihatkan trend penyelesaian masalah sosial di Malaysia lebih banyak digerakkan oleh kuasa politik dan ideologi. Pertembungan keduanya sentiasa menjadi perdebatan bagi menentukan hala tuju isu. Program kekeluargaan lebih kerap digerakkan oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dengan bilangan remaja yang semakin bertambah, sangat jenuh bagi menteri berkenaan untuk melihat semua wajah bahagia dan suram anak-anak remaja Malaysia. Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan langkah-langkah yang mantap dan bersinergi dengan pelbagai agensi kerajaan, media, pertubuhan bukan kerajaan dan badan sahsiah.
Pendekatan untuk menerapkan nilai-nilai pengukuh jati diri di dalam program pembangunan tidak lagi boleh dibuat dalam bentuk kursus dan latihan bagi tempoh yang pendek, sebaliknya menggunakan pendekatan terapeutik iaitu ‘remaja cemerlang membiakkan remaja cemerlang’ supaya kesedaran, iltizam dan kepuasan untuk berubah benar-benar menjadi kenyataan dan bukan bersifat retorik. Konsep mendidik yang realistik ialah umur kurang dari tujuh tahun, anak-anak dimanjakan, sehingga 14 tahun dianggap kawan dan sehingga 21 tahun perlu dipandu arah tuju hidup mereka.
Pemikiran, sikap dan tingkah laku yang hendak diubah bergantung pada pendekatan dan masa yang diambil. Perubahan sikap akan terzahir setelah tiga perkara diusahakan iaitu membuatkan berfikir, merasai sendiri dan daya tindak yang mantap. Tingkah laku yang ditonjolkan dalam fikiran membentuk perlakuan tertentu yang menjurus kepada matlamat yang diingini. Perubahan sikap akan berlaku setelah cara berfikir dibetulkan menimbulkan keinginan untuk berubah.
Rujukan
[Kertas kerja lengkap akan diperoleh selepas 2 Jun 2009. Jika berminat, sila e-mel kepada editor]
Salam, apa yang saudara tulis sangat benar belaka. Barangkali dapatan kajian atau sorotan kajian lebih dapat mengukuhkan tulisan saudara. Mohon disiarkan dalam akhbar supaya lebih ramai dapat membaca dan memahaminya.
ReplyDeletesaya mohon jika dapat emailkan kertas kerja sepenuhnya untuk saya jadikan bibliografi tugasan saya. terima kasih
penyumenangis63@gmail.com
askm....saya berminat dengar artikel ini. mohon untuk dapatkan sesalinan. email saya norhizam346@yahoo.com
ReplyDeletesalam, satu perincian yang baik, saya mohon kertas kerja lengkap untuk dijadikan rujukan kajian saya akan datang.harap dapat emailkan kpd saya hasnyyanti@yahoo.com
ReplyDeleteassalammualaikum,
ReplyDeletesaya Noraini Razali pun ingin memohon sesalinan kertas kerja tersebut. emel saya aiza_dania@yahoo.com. terima kasih.
Salam,
ReplyDeletesaya berminat untuk mendapat salinan kertas kerja tersebut untuk rujukan saya. Terima kasih di atas maklumat yang diberikan
ahmad308@perak.uitm.edu.my
Salam,
ReplyDeletesaya berminat untuk mendapat salinan kertas kerja tersebut untuk rujukan saya. Terima kasih di atas maklumat yang diberikan
ahmad308@perak.uitm.edu.my
Ok, minggu depan saya hantar. Sekarang ni cuti sepenuh masa.
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeletesy berminat dengan kertas kerja tu..
boleh tak sy dapatkan kerja itu..
saya memerlukan rujukannya..
terima ksih..
sy harap saya boleh dptkannya harini jugak..
sebab esok sy da kne hantar tugasan tersebut..
harap awak boleh bantu saya..
email : fatihah90_single@yahoo.com
salam....saya berminat dengan kertas kerja saudara.....saya ingin menjadi kan salah satu rujukan untuk tugasan saya...klu boleh secepat yang mukin....
ReplyDeleteemail sy,
nr_hazwan@yahoo.com
sekian terima kasih.....
Salam,
ReplyDeleteSaya amat berminat untuk mendapatkan kertas kerja tersebut. Mohon agar dapat e-mail ke: hasbollah.saad@mmu.edu.my
Terima kasih.
Salam,
ReplyDeletesaya farihan. saya berminat untuk mendapat salinan kertas kerja tersebut untuk rujukan saya bagi pengajian master.. Terima kasih di atas maklumat yang diberikan
farihan.zahari@yahoo.com
saya Nordiyana Romli.....byk input yang saya dapat dari post yang disiarkan ni....terima kasih.....klu boleh nk dptkan salinan kertas kerja... nordiyanaromli@gmail.com.. xiexie....thanks you..
ReplyDeleteAs-salam... saya berminat untuk mendapatkan sesalinan artikel ini. Email saya, salinasarif@yahoo.com
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletesaya berminat untuk mendapat salinan kertas kerja tersebut untuk rujukan saya. Terima kasih atas maklumat yang diberikan.
charlottekool@yahoo.com
assalamualaikum.. boleh tak saya dapatkan artikel penuh isu ini untuk dijadikan rujukan tugasan saya. emel saya cahaya_syuhada@yahoo.com.my terima kasih..
ReplyDelete