Setiap hari kita menunaikan solat dan mesti membaca surah al-fatihah. Di hunjung surah ini ada ayat yang bermaksud ‘tunjukilah kami jalan yang lurus’ iaitu doa hamba kepada Tuahnnya supaya hidup yang dilalui benar-benar berada di atas landasan yang betul. Apabila kita kita memahami bahawa hidup dan kerja adalah mencari jalan yang lurus, baharulah kita sentiasa mempastikan setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut diri sendiri, isteri dan anak-anak adalah halal, suci dan bersih.
Selain jalan yang lurus, adalah penting untuk mendapat redha Allah SWT.
Saya ingin berkongsi pengalaman seorang blogger yang baru mencuba kerja baru sebagai guru tadika. Beliau merasai betapa seronoknya bekerja apabila mendapat redha Allah SWT.
Sedar tak sedar sudah sebulan saya bekerja di sekolah tadika. Dah nak masuk bulan kedua...sungguh tak sangka,segala-galanyaberjalan dengan lancar. Segala puji dan syukur. Walaupun ada kesukarannya ...tetapi adatlah, hidup kena ada ujian...bukan hidup namanya kalau tak deujian…Alhamdulillah, begini rupanya kehidupan sebagai guru. Barulah saya faham. Sebelum ni saya tak berapa minat kerja sebagai guru.. .Ntah la kenapa, mungkin mak ayah kedua-duanya guru, jadi rasa tak mau pulak jadi guru. Tapi tulah, perancangan manusia ni biasanya bagai nak rak... Tapi keputusan Allahjua yangpaling tepat. Syukur. Sebenarnya, matlamat utama saya nak jadi guru tadika adalah sebab saya memang sukakan budak-budak...masyaallah. Merekalah insan yang paling comel, paling manja, paling banyak kerenah kat dunia ni yang Allah ciptakan…Alhamdulillah… selain nak jaga mereka, tiada apa lagi yang saya nak melainkan redha Allah. Hidup pada zaman ni, segala-galanya kena redha Allah. |
Redha Allah SWT sangat penting untuk mendapat keseronokan bekerja. Walaupun kerja tidak glamer dan gaji kecil, hidup rasa indah kerana dinaungi redha Allah SWT.
Ada tiga orang tukang cat yang bekerja makan gaji. Tukang cat pertama, oleh kerana sangat tertekan dengan kerjanya, beliau sering berdengus dan merungut semasa mengecat dinding rumah. Tukang cat kedua lebih tenang dan gembira ketika mengecat kerana dia tahu akan mendapat wang apabila tiba hujung bulan. Tukang cat ketiga terlalu gembira dengan kerjanya kerana menganggap dirinya adalah sebahagian daripada kegembiraan keluarga yang akan duduk di dalam rumah yang sedang dicat itu. Dia tidak sekadar menyalut dinding-dinding rumah itu dengan cat malah disalutnya juga dengan harapan agar keluarga di rumah itu akan mengecap kebahagiaan yang berkekalan.
Jika bekerja seperti tukang cat pertama, bagaimana hendak gembira? Sambil tangannya mengecat, mulutnya tidak pernah diam dengan rungutan, keluh-kesah dan kutukan. Kerja dibuat kerana terpaksa dan tidak bersungguh-sungguh.
Kerja yang dilakukan oleh tukang cat kedua lebih baik sedikit kerana dia menikmati setiap detik kerja-kerja mengecat yang dilakukan untuk digantikan dengan ganjaran wang. Namun, pekerja seperti ini hanya fikirkan diri sendiri dan kurang bersemangat untuk menjiwai hasil kerjanya kepada orang lain.
Namun, tukang cat ketiga bekerja untuk mencari makna hidup. Bekerja sukan sekadar mendapat habuan wang ringgit malah memberi erti kepada diri sendiri dan masyarakat.
Berkhidmat untuk kesejahteraan masyarakat. Apabila dapat merasai erti hidup, dia ingin berkongsi pula dengan orang lain. Di sinilah munculnya kepuasan hidup kerana penghargaan dan hidayah yang diterima daripada Allah SWT.
‘Bahawa Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkannya.’ (Al Baihaqi)
No comments:
Post a Comment