1.0 Pengenalan
Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang merangkumi semua lapisan masyarakat. Isu-isu sosial yang sebahagian daripadanya melibatkan golongan Orang Kurang Upaya, wanita, remaja dan kanak-kanak. Kehadiran gejala sosial ini selari dengan perkembangan kemajuan negara dan memberi implikasi besar kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Kesan langsung ke atas sosiekonomi masyarakat ialah pengangguran, penghijrahan dan kemiskinan yang berlaku dalam masyarakat. Oleh kerana itu, Bajet 2009 yang diumumkan pada tahun lepas memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar dalam perkhidmatan sosial ini. Perbandingan peruntukan bagi perkhidmatan sosial dalam bajet-bajet yang lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 34.4 peratus bagi tahun ini. Dalam Bajet 2005 peruntukan adalah sebanyak RM7.6 bilion, RM9.9 bilion (2006), RM 14.2 bilion (2007) dan RM15.6 bilion dalam Bajet 2008. Bagi Bajet 2009, peruntukan berkenaan dinaikkan kepada RM17.8 bilion. Bagi melihat isu-isu sosial dengan lebih terperinci, kertas kerja ini cuba mengenengahkan permasalahan gejala sosial yang sedang berlaku dalam masyarakat melalui pendedahan statistik, tinjauan lepas dan pemerhatian. Penekanan kertas kerja ini ialah pada isu-isu sosial yang sering berlaku melibatkan semua peringkat lapisan masyarakat.
2.0 Punca-punca Gejala Sosial
Isu bohsia, buli di sekolah, lari dari rumah, buang bayi, rogol dan penganiayaan kanak-kanak adalah simptom yang muncul kerana kegagalan sistem pendidikan, institusi kekeluargaan dan penguatkuasaan. Hakikatnya gejala sosial ini semakin membesar dan membimbangkan (Ahmad Rezuwan, 2003). Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh negara melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda.
Perangkaan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkan aliran peningkatan kes sejak tiga tahun lalu yang melibatkan kelompok umur berkenaan dengan purata kes sebanyak 200 dan melibatkan 120 tangkapan setiap bulan. Kegiatan pelajar ini merangkumi penyalahgunaan dadah, gangsterisme dan perilaku seks bebas.
Sayed A. Rahman (1996) menyifatkan gejala sosial ialah perlakuan yang merangkumi berbagai-bagai tingkah laku negatif masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dan negara. Hamzah (2002) berkata gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat. Manakala Mohammad Shatar (2003) menyatakan perlakuan yang berbagai-bagai ini dianggap sebagai gejala atau masalah sosial sekiranya perkara yang berlaku itu telah menyalahi nilai dan norma kehidupan masyarakat.
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia (Mohd Fadzil & Ahmad Rashid, 2006). Keadaan ini berlaku disebabkan kesan globalisasi yang melanda di seluruh dunia. Konsep dunia tanpa sempadan yang pada awalnya ditumpukan kepada perkembangan ekonomi telah menular dalam hampir semua ruang lingkup kehidupan manusia sejagat. Di samping membawa kebaikan khususnya dalam perkembangan pendidikan dan teknologi maklumat, globalisasi pada hakikatnya telah membawa perubahan besar dalam corak hidup keluarga dan masyarakat. Ia juga membentuk cara berfikir individu dan menjadikan perjalanan hidup semakin kompleks dan rumit.
Globalisasi dan modenisasi juga menyebabkan berlakunya perubahan nilai dalam diri individu, keluarga dan masyarakat. Pengaruh media massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan masyarakat tempatan telah memecahkan dominasi nilai-nilai tradisi sama ada nilai bangsa atau agama. Nilai-nilai yang terbentuk melalui budaya dan agama semakin terhakis kerana desakan kuat elemen-elemen yang sangat asing dibawa bersama oleh media massa yang turut mempengaruhi sosiobudaya masyarakat.
Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik, pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk, betul atau salah. Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat.
Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. Gotong-royong umpamanya, tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan.
Kajian oleh Universal McCann Malaysia yang bertajuk ‘Nilai-nilai moral kian terhakis?’ menyatakan pencapaian dunia seperti pembangunan fizikal dan ekonomi yang rancak dicacati oleh senario gaya hidup moden yang membelakangkan kemurniaan akhlak dan keluhuran budi. Demi mengecapi kejayaan, ada yang sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mengenepikan nilai-nilai moral yang sepatutnya menjadi pegangan hidup setiap individu (The Star, 9 Disember 2006).
Zeenath (2005) telah menyenaraikan 24 sebab berlakunya gejala sosial dalam masyarakat Malaysia yang diperoleh setelah dilakukan kajian ke atas ketua-ketua wanita dalam pertubuhan politik tempatan. Antara punca-puncanya ialah:
a) Meminggirkan tradisi, nilai dan moral atas nama kemodenan.
b) Kemahiran keibubapaan yang lemah.
c) Ibu bapa tidak memberi masa yang berkualiti dengan anak-anak.
d) Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah.
e) Komunikasi ibu bapa dan anak yang lemah.
f) Kurang seliaan dan asuhan disiplin diri dalam diri anak-anak.
g) Rasa sunyi dan hilang kasih sayang semasa membesarkan anak-anak.
h) Capaian yang mudah pada bahan lucah.
i) Salah guna teknologi (internet).
j) Kurang memahami Islam dan iman yang lemah.
k) Kurang pendidikan seks.
l) Tekanan sosial ke atas remaja perempuan untuk berkahwin awal.
m) Lemah integriti moral.
n) Kesedaran gender yang lemah dalam masyarakat.
o) Tekanan dari agama terhadap wanita berkenaan isu seks.
p) Kaedah penceraian dalam Islam.
q) Lebih daripada lima orang sekeluarga tinggal di rumah sempit.
r) Bosan semasa membesarkan anak.
s) Reaksi keterlaluan terhadap didikan agama.
t) Mudah marah dan tidak merasa kehadiran Allah SWT dalam hati.
u) Bajet untuk JKM yang sedikit.
v) Ibu bapa da guru gagal memahami jiwa remaja.
w) Tekanan rakan sebaya dan budaya negatif di luar rumah.
x) Ibu bapa dan guru tidak mesra kepada remaja.
Pengaruh globalisasi dan modenisasi ini lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai-bagai alat media massa yang menjadi sumber maklumat yang sangat berkesan dalam penyebaran maklumat. Golongan remaja mudah terdedah pada maklumat yang tidak sihat dan meracun fikiran. Sudah pasti keadaan ini menjadi masalah khususnya kepada keluarga kerana lazimnya remaja mudah meniru dan mengikut tingkah laku yang dilihat.
Teknologi informasi dan komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-sosial selain peranannya yang penting bagi kemajuan sesebuah negara. Barack Obama dalam bukunya The Audacity of Hope (Keberanian Menggapai Keberanian) berpendapat pengamal media yang berpengaruh lebih dipercayai oleh orang awam. Justeru tulisan mereka cepat mendapat maklum balas. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang cetek fikiran akan mudah terpengaruh dengan tulisan berbentuk khabar angin dan gosip di blog yang wujud di ruang siber. Apatah lagi laman-laman blog ini seperti blogspot atau wordpress boleh diwujudkan dalam tempoh lima minit sahaja. Kedapatan remaja nakal yang merakam aksi-aksi melampau, buli dan bahasa pertuturan bersifat lucah yang dimuat naik ke laman web sosial untuk dikongsi oleh rakan-rakan yang lain. Sudahnya, bukan sekadar rakan sahaja yang berkongsi, orang lain yang tidak berkaitan juga turut berkongsi perlakuan buruk berkenaan dan kadangkala digunakan oleh media untuk menimbulkan isu-isu sensasi.
Institusi keluarga yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak sejak kecil. Sekiranya ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidikan agama, anak-anak membesar dengan kefahaman agama yang sangat lemah. Dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya, masa yang diluangkan untuk keluarga menjadi semakin terhad. Keadaan ini memberi ruang kepada anak-anak mencari alternatif lain untuk mengisi kasih sayang dalam diri mereka. Selain daripada itu, rumah tangga yang punah-ranah seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Kajian Amaludin dan Khadijah (2006) ke atas penghuni pusat pemulihan akhlak Malaysia mendapati kebanyakan remaja yang terlibat dengan gejala sosial dipengaruhi oleh faktor individu, keluarga dan persekitaran. Sumbangan faktor individu berkait rapat dengan emosi iaitu kecewa bercinta. Selain itu, pergaulan bebas, pengaruh rakan, suka berkunjung ke pusat hiburan, terpedaya dan tidak dapat mengawal nafsu. Faktor keluarga berkait dengan kedudukan dan sejarah keluarga seperti bercerai dan kegagalan ibu bapa mengawal dan mendidik anak-anak. Manakala faktor persekitaran berkaitan dengan penguatkuasaan, pergaulan bebas, keprihatinan masyarakat sekeliling tentang perlakuan buruk remaja dan pengaruh media massa.

No comments:
Post a Comment