Penawar ini terdapat dalam tisu penyambung dan amat berguna untuk merawat kudis yang bernanah. Ia boleh menggantikan Hepar Sulp. tetapi tindakannya lebih meluas dan kuat. Calcarea Sulphurica merawat discaj yang mengandungi nanah dari membran mukus, nanah dari kantung serous dan ulser tuberkuler (bengkak-bengkak bulat yang kecil), nanah dalam usus atau ulser pada kornea mata dan sebagainya. Simptom utama ialah semua discaj mukus adalah kekuningan tebal dan berketul-ketul. Berguna untuk sista dan ketumbuhan fibroid, pembengkakan kalenjar dan kudis. Penawar pencuci darah untuk menyihatkan kulit. Berguna untuk bibir yang pecah dan sakit yang lambat sembuh.
Kepala: Kanak-kanak dengan kepala melecur; jika bendalir bernanah atau kekuningan. Kerak kudis yang bernanah.
Mata: Radang mata dengan discaj tebal, kekuningan. Hanya separuh objek dapat dilihat. Radang mata (konjunktivitis) yang berlaku kepada bayi baru lahir (kerana dijangkiti semasa lahir).
Telinga: Kurang pendengaran dengan discaj dari telinga tengah yang bercampur darah. Jerawat di sekitar telinga.
Hidung: Bengkak hidung, discaj tebal kekuningan dan banyak, kerap bercampur darah. Discaj dari sebelah hidung saja.
Muka: Jerawat dan kuping bernanah.
Mulut: Luka di bibir sebelah dalam. Lidah kendur, masam dan rasa asid. Ada selaput kekuningan.
Kerongkong: Ulser peringkat akhir; discaj kekuningan. Tonsil berdarah.
Abdomen: Sakit di kawasan hati; sebelah kanan pelvis (tulang pinggul) diikuti rasa lemah, loya dan sakit dalam perut.
Najis: Cirit-birit bernanah bercampur darah; selepas pertukaran cuaca. Dubur ada bisul.
Seks perempuan: Haid lewat dan panjang dengan sakit kepala, tersentak-sentak dan sangat letih.
Pernafasan: Batuk bernanah kerana paru-paru bernanah. Kahak bercampur nanah, tebal, berketul-ketul dan kekuningan.
Demam: Demam hectic (demam yang berkembang/merebak secara tipikal).
Kakitangan: Rasa terbakar di bahagian atas kaki.
Kulit: Luka, cedera, lebam; tidak sihat, keluarkan nanah.
Melarat: Cuaca sejuk dan lembap.
Lega: Tempat terbuka.
Patologi: Abses (sudah pecah); campak (untuk baiki kulit); demam; telinga bengkak.
No comments:
Post a Comment