Monday, June 29, 2015

Think like a champion






Penulis: Donald J Trump
Tahun: 2014
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Muka Surat: 214

Buku ini sangat bagus dibaca untuk mendorong semangat dan keinginan untuk berjaya. Beberapa tajuk yang disajikan dalam buku ini sangat menarik seperti belajar daripada kegagalan dan kesilapan, menghebahkan kisah kejayaan, berani menentang arus dan menetapkan standard.

Petikan daripada penulis buku ini sahaja sudah cukup untuk merangsang pembaca membuat tindakan. Saya turunkan di sini petikan dalam bahagian pengenalan untuk bacaan bersama.

Koleksi tulisan ini adalah suatu petunjuk tentang proses pemikiran yang saya percaya mampu membawa ke arah kejayaan. Apa yang terkandung dalam buku Think Like A Champion adalah contoh pendekatan yang saya gunakan dalam kehidupan dan bisnes. Saya ambil satu topik, lalu berfikir, menganalisis dan kemudiannya menjadikan topik ini sebagai formula yang saya percaya adalah nasihat yang berguna.

“Buku ini lebih berharga daripada wang”, Robert Kiyosaki



No comments:

Post a Comment