Thursday, June 25, 2015

Aktor umum murtad secara terbuka





Kemurtadan seorang pelakon lelaki di Indonesia menjadi perhatian masyarakat baru-baru ini. Lukman Sardi, pelakon yang melakonkan watak seorang Islam yang alim dalam filem Sang Pencerah mengakui bahawa beliau sudah berbuat demikian sejak enam tahun lepas semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia. Video itu dimuat naik ke Youtube pada 24 Mei 2015.

“Saya memilih untuk ‘percaya’ sekitar enam tahun yang lalu,” katanya.

Lukman juga memberitahu keputusan untuk murtad (atau istilah mesranya ialah berpindah agama) merupakan kesimpulan pencarian rohani yang telah lama diusahakannya. Beliau juga mengatakan ia sama sekali tidak dipengaruhi oleh isterinya, Pricillia Pullunggono yang beragama Kristian.

Keputusannya itu dibantah oleh rakan-rakannya, namun beliau tekad memaklumkan hasratnya itu kepada bapanya, Idris Sardi, lagenda biola Indonesia. Ternyata ayahnya sangat kecewa.

“Kecewa...sebagai manusia biasa, Idris sedih kerana Lukman adalah satu-satunya anak lelaki”, kata Ratih Putri, isteri Idris Sardi.

Di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia, Lukman berkongsi pengalamannya yang diangap sebagai mukjizat ke atas dirinya. Salah satu daripadanya ialah ketika beliau menghadapi masalah kewangan semasa hendak menyambut kelahiran anaknya, satu pesanan ringkas muncul dalam telefon bimbitnya memaklumkan masalah yang sedang dihadapinya telah selesai. Jatuh bangun hidup hanya ditemani oleh isterinya.

Segala macam masalah yang dihadapi menyebabkannya merasakan sesuatu yang luar biasa sehingga membingungkan. Dia merasakan kehadiran Yesus (Jesus) dalam hidup dan sangat yakin dengan Yesus.

“Sesuatu hal yang terbesar saya lihat adalah kasih. Dan itu yang buat saya tersentuh dengan kasih Yesus, bagaimana Yesus memberikan kasih kepada umatnya, kepada yang percaya padanya. Dia memberikan jiwanya untuk menebus jiwa kita semua,” katanya.

Banyak komentar yang ditulis sebagai luahan dan pandangan untuk renungan bersama. Antaranya yang menggelar dirinya Biopedia Indonesia berkata Islam tidak rugi dengan seorang penganutnya memilih Kristian. Beliau membandingkan lebih ramai bilangan pastor yang menjadi muslim berbanding orang Islam yang biasa-biasa sahaja memilih menjadi seorang Kristian.

Contohnya Ita Meiga Fitri, bekas misionari Kristian yang memberikan 17 alasan kenapa beliau memilih Islam sebagai pilihan agamanya. Ita bukanlah dari kalangan masyarakat biasa kerana beliau berketurunan Cina dan latar belakang keluarga usahawan di Indonesia. Salah satu tugasnya ialah aktif merekrut orang ramai untuk dimasukan ke dalam gereja dan menjadikan seorang Kristen Katolik. Dengan misi kristianisasi itu, Ita mempelajari al-quran untuk mencari kelemahan al-quran. Akan tetapi bukannya kelemahan yang diperoleh, beliau malah menemukan cahaya dalam Islam yang membuat dirinya jatuh cinta pada Islam.

Katanya beliau sangat benci dengan Islam tetapi setelah mengalami pelbagai cabaran hidup, rumusan hidupnya ialah Islam adalah yang paling baik dan benar.

Tokoh-tokoh lain yang aktif dalam gerakan misionari di Indonesia dan telah menjadi seorang muslim dan muslimah adalah Dr M. Yahya Waloni, Hjh. Irena Hardono, Insan LS Mokoginta, Rudy Rudolf Otofoortse, Dewi Purnamawati, Bernard Nababan dan Bangun Samudra.

Masalah umat Islam di Indonesia boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti sosioekonomi, budaya, politik dan pendidikan. Ada yang bertukar agama kerana hendakkan Indomee disebabkan kemiskinan dan kelaparan. Dari aspek budaya, pengaruh akhlak dan kebajikan menyebabkan orang-orang Islam yang susah terhutang budi dengan pemberian barangan atau kemudahan asas.

Dalam kalangan masyarakat Islam yang memiliki status sosial lebih tinggi, kekosongan jiwa dan perbezaan budaya menjadikan diri mereka mudah terdedah kepada pelbagai ideologi yang merosakkan fikiran.

Murtadnya Lukman Sardi tidak menjamin dirinya untuk masuk syurga Allah swt kerana pernah berlakon menjadi orang alik dan warak dalam filem Sang Pencerah. Malahan ia tidak juga mempengaruhi rakyat Indonesia yang ramai kerana tidak akan membuatkan orang Islam lemah iman.


No comments:

Post a Comment