Sunday, June 21, 2015

Krisis lemahkan parti





Akhir-akhir ini semua parti politik berhadapan dengan perbalahan dan sengketa. Kedua-dua pihak, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, menghadapi serangan dahsyat dari dalam dan luar negara.

Pakatan Rakyat iaitu gabungan parti Pas, DAP dan PKR menghadapi cabaran paling getir sejak pembentukan gabungan itu. Perbalahan asas berkaitan perjuangan parti masing-masing menyebabkan Pas dan DAP bertikam lidah.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Khairil Nizam mengatakan permainan politik ini telah lama dimulakan oleh DAP melalui kritikan berterusan terhadap peribadi presiden Pas termasuk memfitnah Pas dan presiden secara khusus.

Isu-isu lain ialah kerajaan perpaduan dengan UMNO, Kajang Move, Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, kerjasama politik di Sabah dan Sarawak serta memutuskan hubungan dengan presiden pada 24 Mac 2015.

Semasa beberapa hari menjelang Muktamar Tahunan Pas lalu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terus-menerus menyampaikan mesej kepada perwakilan supaya mengambil keputusan menolak Abdul Hadi dengan cara mempengaruhi perwakilan melalui media mereka, Roketkini.

Terkini, Kit Siang menegaskan masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat disebabkan tindakan presiden Pas berkenaan.

Ulasan dan kritikan yang pelbagai ini boleh dilihat dalam media sosial. Salahs atunya adalah dari pemimpin Pas, mohamad Sabu yang sangat cemuih kepada UMNO dan Barisan Nasional. Beliau berkata, “PR sudah tidak wujud, kebanyakan ahli Pas berfikir untuk menubuhkan sebuah parti baru”.

Mohamad Sabu juga tidak selesa dengan apa yang berlaku dengan PR ketika ini dan menjangkakan berlaku perubahan dalam arena politik Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Sama-sama kita lihat apa yang bakal berlaku kepada kedua-dua blok politik ini. Ketika PR bergelut dengan perpecahan, BN juga sedang bergelut dengan komponen parti iaitu MIC yang masih berlarutan. 


No comments:

Post a Comment