Pengertian hijrah secara mudah adalah
berpindah dan itu diketahui sejak 1400 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun
pengertian hijrah lebih luas daripada berpindah malah hijrah bererti
pengorbanan, perubahan daripada buruk kepada baik, jahil kepada berilmu dan
mundur kepada maju. Semua ini terangkum dalam Surah Al Anfal ayat 74 yang
bermaksud;
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang memberi tempat tinggal dan menolong, mereka itulah orang-orang yang beriman sebenarnya. Bagi mereka itu ampunan dan rezeki yang mulia.
Ilmu memainkan peranan yang sangat penting dalam pengertian hijrah ini. Umat Islam perlu bangkit dan bergerak ke hadapan sebagai pemimpin yang berilmu pada abad ini. Kita boleh tampil sebagai umat Islam yang paling maju di dunia jika menjadikan ilmu sebagai teras perjuangan. Sejarah kegemilangan Islam bukan bertitik tolak daripada faktor ketenteraan dan kekuatan tubuh badan sebaliknya terhasil daripada budaya dan nilai-nilai yang mengutamakan ilmu. Melalui ilmu, kita boleh membangunkan negara dan mencipta kemajuan, bertepatan dengan risalah yang dibawa oleh junjungan Rasulullah saw yang amat mementingkan ilmu pengetahuan.
Hijrah juga dapat membina tamadun Islam yang kembali gemilang. Realiti masa kini perlu difikirkan agar selari dengan falsafah dan semangat hijrah Rasulullah saw.
Hijrah membawa mesej yang jelas dan mudah bagi mencapai kejayaan sama ada di dunia ataupun di akhirat. Perubahan ke arah kejayaan ini harus disertai dengan membaiki kelemahan yang ada, membuat pelbagai persiapan dan persediaan khususnya dalam mencari kekuatan-kekuatan diri. Aspek yang wajar diberi perhatian ialah perubahan sikap yang menentukan hala tuju kejayaan dan kegemilangan umat. Sikap yang cemerlang akan dapat menyuntik semangat ke arah membina ummah yang mampu mentadbir diri, menguasai ilmu, bermaruah dan dihormati.
Saban tahun kita menyambut kedatangan hijrah walaupun telah lama berlalu peristiwa tersebut. Namun terasa masih baru dan segar. Hijrah dalam konteks Rasulullah saw ialah baginda memutuskan seketika hubungan dengan orang-orang Quraisy, membebaskan diri daripada keadaan yang berlaku di Mekah dan perpindahan ini dari Mekah ke Madinah dengan jarak 240 batu telah mengambil masa tujuh hari perjalanan. Tetapi perjalanan ini merupakan perjalanan yang sukar kerana Rasulullah saw melalui jalan yang tidak pernah dilalui supaya tidak diikuti oleh orang-orang Quraisy.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan
Rasulullah saw berhijrah iaitu faktor penolak dan faktor penarik. Faktor
penolak ialah orang-orang Mekah tidak boleh menerima Islam. Apabila orang Mekah
merasakan Islam sebagai satu ancaman, mereka menyeksa Rasulullah saw dan para
sahabat dengan ejekan, mempermainkan ajaran yang dibawa oleh baginda, mengacau,
menzalimi dan menunjukkan kuasa bahawa Islam adalah sesuatu yang bercanggah
dengan budaya dan adat resam masyarakat Quraisy pada masa itu. Mereka
menganggap ajaran baru ini sebagai ancaman terhadap tradisi dan budaya sedia
ada. Di samping faktor ekonomi, ajaran baru itu boleh menjejaskan penjualan
berhala-berhala kerana Mekah pada masa itu merupakan pusat ekonomi berhala.
Struktur sosialnya pada masa itu amat bertentangan dengan masyarakat Mekah yang mementingkan suku sakat atau keturunan. Oleh yang demikian, kedatangan Rasulullah saw tidak dapat diterima oleh masyarakatnya sendiri. Faktor penariknya pula ialah di Madinah ketika itu berlaku krisis kepimpinan yang sangat hebat hinggakan mereka memerlukan seorang pemimpin yang boleh memimpin mereka.
Hijrah adalah pengorbanan dari segi mental dan fizikal. Saiyidina Ali sanggup tidur di tempat Rasulullah saw ketika dikepung oleh orang Quraisy. Begitu juga dengan Saiyidina Abu Bakar yang sentiasa menemani baginda di dalam gua selama tiga hari tiga malam dan menyembunyikan diri dari ancaman Quraisy. Asma’ binti Abu Bakar bertindak menyediakan makanan kepada Rasulullah saw dan bapanya.
Pengorbanan Bilal Ibnu Rabah dan Sumayyah yang sanggup menghadapi ancaman azab dan sebagainya semata-mata iman kepada Allah swt. Bilal umpamanya tidak berganjak daripada perjuangannya membantu Rasulullah saw hingga namanya dikenang sehingga akhir zaman sebagai tukang azan. Namanya diabadikan kepada mereka yang melaungkan azan. Alangkah bertuahnya Bilal!
Dalam sejarah peristiwa hijrah, ilmu memainkan peranan yang sangat penting bagi membina kekuatan dalaman. Rasulullah saw membekalkan para sahabat dengan ilmu kekuatan iaitu ilmu yang berkaitan dengan iman, akidah dan taqwa. Akhirnya baginda berjaya mengumpulkan para sahabat untuk berjuang menegakkan Islam di muka bumi.
Sekiaranya kita ingin berjaya wajarnyalah memberi keutamaan kepada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah supaya dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim yang cemerlang.

No comments:
Post a Comment