Monday, June 22, 2015

The art of thinking clearly






Penulis: Rolf Dobelli
Tahun: 2015
Penerbit: PTS Publishing House Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Muka Surat: 398

Buku edisi Bahasa Melayu ini menampilkan terjemahan yang sangat hampir dengan naskah asal. Senang dibaca dan difahami.

Kupasan buku ini menyentuh tentang cara kita berfikir yang selalunya silap dan tanpa kita sedari selama ini.

Terdapat banyak perkara yang kita rasakan kita betul tetapi sebenarnya salah. Ini adalah kunci pada inti pati yang terkandung dalam buku ini. Sukar dijelaskan dalam bahasa yang ringkas namun secara peribadi penulis menggalakkan semua orang membaca buku ini.

Meskipun terdapat sesetengah perkara yang sukar difahami, namun yang lebih penting ialah mengambil yang jernih dan buang yang keruh.

Daripada 99 tajuk yang dipersembahkan, saya memilih bab 56 bertajuk Mengapa Bonus Memusnahkan Motivasi. Penulis mengatakan wang tidak selalunya menaikkan motivasi diri. Beliau mengambil contoh anak-anak kecil.

Sekiranya kita mahukan anak kita menyiapkan kerja sekolah, berlatih bermain alat muzik ataupun sesekali bergelumang atas padang, jangan mengumpan mereka dengan wang. Tetapi, berikan duit poket kepada mereka secara tetap pada setiap minggu. Sekiranya tidak berbuat begitu, mereka akan mengambil kesempatan hinggakan perlu dipaksan tidur dengan memberikan wang sebagai ganjarannya.



No comments:

Post a Comment