Wednesday, June 24, 2015

Bahasa pengaruhi minda dan tindakan








Kita harus belajar untuk berhenti mencari kesalahan dalam setiap keadaan jika boleh. Banyak cara untuk melakukannya seperti melatih diri menyingkirkan kata-kata berbentuk negatif yang ada dalam minda kita. 

Saya teringat dalam satu permainan berkumpulan, salah seorang ahli kumpulan telah terlepas cakap sesuatu yang mendorong ahli-ahli kumpulan yang lain membuat keputusan untuk menyerah kalah dalam “game” yang dihadapi. 

Beliau tersedar kata-kata itu tidak membantu semangat juang kumpulan, lalu dia menguatkan sedikit suaranya dan berkata, “delete...delete...delete balik kata-kata saya tadi”. Selepas beberapa ketika, semangat kumpulan kembali pulih untuk bersaing. 

Kita boleh mengarahkan minda kita untuk memadam perkataan-perkataan yang tidak sesuai dalam kehidupan kita.


No comments:

Post a Comment