Thursday, April 09, 2015

Idea baru, perkara baru










Apabila kita sentiasa mencari idea-idea baru, secara tidak langsung kita sentiasa belajar. Kita belajar benda-benda baru, bukan sekadar mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi malah membanyakkan saluran penyelesaian.

Lebih banyak perkara difikirkan, lebih tinggi pula kita belajar perkara baru. 

Persekitaran kita hari ini dipenuhi dengan berbagai-bagai sumber maklumat yang mencabar fikiran kita. 

Masalah hidup juga banyak. Melalui masalah-masalah inilah kita belajar mencari penyelesaian secara kreatif. Kita kena cabar pemikiran kita untuk selesai masalah. 

Dalam proses mencabar inilah muncul idea-idea berat dan besar, banyak isu yang diambil kira sebelum sesuatu keputusan terbaik diputuskan. 

Sentiasalah mencari idea baru dan belajar perkara-perkara baru.



No comments:

Post a Comment