“La... dia ni lagi, dah tak ada orang lain
lagi ka? Dah tiga kali masuk bertanding, la ni nak masuk lagi?” Ini respon saya
semasa membaca berita terkini calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan
bertanding dalam pilihan raya di Permatang Pauh.
Calon-calon lain yang lebih muda dan
berketrampilan tidak layak untuk bertanding kerana PKR merasakan Datuk Sei Dr Wan
Azizah Wan Ismail, 62 tahun, lebih sesuai.
Mungkin parti itu mempunyai banyak sebab untuk meletakkan wanita ini antaranya
sebagai bayang-bayang Anwar Ibrahim.
Wan Azizah sedang menyandang wakil rakyat bagi
Kajang, sebuah Dewan Undangan Negeri yang menjadi taruhan dalam “Langkah
Kajang” untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.
Anwar gagal dan Wan Azizah pula yang dicanang
menjadi calonnya. Beliau gagal juga. Khabarnya presiden Pas juga kurang setuju
dengan cadangan pelantikan Wan Azizah.
Isteri Anwar ini juga pernah menjadi calon dan
menang di Permatang Pauh pada 1999, 2004 dan 2008. Namun meletak jawatan untuk
memberi laluan kepada Anwar sebagai ahli parlimen bagi memperjuang kepentingan
“rakyat”.
Oleh kerana kes beliau dengan pembantunya
tidak lepas, akhirnya cita-cita Anwar ke Putrajaya tidak kesampaian.
Adakah Wan Azizah ada karektor untuk menjadi
pemimpin selepas masuk keluar dalam pilihan raya? Bagi penduduk dan pengundi di
Permatang Pauh, barangkali ada, namun bagi orang muda yang memerhati gelagat
parti berkenaan, rasanya lebih baik diberi kepada orang lain yang bertenaga dan
mampu memberi fokus kepada keperluan rakyat Permatang Pauh rakyat Malaysia.
Orang muda perlukan calon yang lebih berani
menyuarakan pandangan rakyat bukannya menyuarakan pandangan suami yang ada
masalah peribadi, mengajukan keperluan hidup rakyat bukannya mengajukan
keperluan hidup suami seorang, membantu ekonomi rakyat dengan analisis fakta
bukannya analisis auta.
Orang muda perlukan stamina dan kerakusan idea
pemimpin yang dinamik bukannya idea pemimpin yang tidak banyak berubah.
Orang muda juga perlukan jaminan dalam peluang
pekerjaan, penempatan dan kehidupan yang lebih selamat bukannya membuat
demonstrasi mengganggu orang cari makan.
Orang muda perlukan ruang untuk melihat
jaluran jalan raya yang selamat, persekitaran yang bersih dan senggaraan yang
berterusan. Lihat saja bagaimana jalan-jalan di Kajang, berlubang sana-sini,
garisan putih yang sudah pudar, sampah berselirat dan banjir (semakin kerap
akhir-akhir ini).
Orang muda tidak mahu retorik dalam politik,
perjuangan peribadi atau bawa sekali anak-beranak untuk berpoitik yang hanya
menutup peluang orang lain yang lebih layak. Politik anak-beranak tidak sesuai
dalam negara yang sudah maju ke hadapan kerana tidak memberi ruang kepada
pencapaian berdasarkan merit.
Orang muda juga tidak mahu masalah salah
strategi pengurusan kewangan negara menjadi beban kerana ia pasti mengganggu
kelancaran pentadbiran negara.
Pendek kata, pilihan raya di Permatang Pauh
sangat penting kerana calon PKR yang akan menang itu bakal menjelmakan suara
dan fikiran Anwar Ibrahim, menjadi lidah sambung kepada perjuangan peribadi.
Sementelahan pula ada suara dari parti berkenaan yang mengatakan hudud tidak sesuai dalam
masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia. Kenyataan ini menyinggung ramai pihak
khususnya Pas yang berusaha merealisasikan pelaksanaan undang-undang syariah di
Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. Bukan sahaja Pas, orang Islam yang
ada kecenderungan melihat undang-undang syariah berdiri megah di Malaysia juga
turut tersinggung.
Pada masa hadapan, parti yang menolak
pelaksanaan undang-undang syariah dijangka bakal kehilangan undi orang Islam.
No comments:
Post a Comment