Salah
satu daripada takrif Islam yang diterangkan oleh Dr Abdul Karim Zaidan ialah
patuh, menyerah dan tunduk kepada perintah Allah swt. Tunduk, taat dan menyerah
kepada Allah ialah penyerahan yang lahir daripada jiwa yang sedar dan insaf
seperti hakikat ketaatan, kepatuhan dan penyerahan itu. Insaf dan sedar dalam
bentuk memahami dengan ilmu yang benar dan sahih. Ilmu akan melahirkan
kesedaran, keyakinan dan keinsafan betapa perlunya taat, patuh dan menyerah
secara total kepada Allah swt.
Maksud surah As Sham ayat 8-10,
“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
Manusia diberi akal untuk memilih dua jalan. Bebas. Pemilihan Islam bererti mereka telah menentukan hakikat kehidupan mereka di akhirat nanti dengan izin Allah swt. Memilih Islam bererti Islam yang direalisasikan dalam tingkah laku, peribadi, budi bicara, makan minum dan segala perbuatan yang sentiasa berhubung dengan Allah swt iaitu hubungan dengan syara’ dan Islam itu sendiri. Ertinya peribadi seseorang itu mewakili keperibadian Islam yang Allah kehendaki.

Sekiranya pilihan tidak tepat dan betul, natijahnya ialah sakkiyah iaitu
penderitaan dan pembalasan yang hebat dari Allah swt.
Ibnu Qayyim berkata, “Orang yang berilmu ialah yang sanggup menolak hidup bahagia di dunia tetapi mengutamakan hidup di akhirat kelak.”
Terpulang kepada kita untuk memilih di antara dua jalan ini. Allah swt telah mempersiapkan satu tempat khas sebagai kesan pemilihan dua jalan itu.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.” (Surah As Sajadah ayat 19-20)
Bagi seseorang muslim, pada saat ia mengaku memilih Islam sebagai cara hidup, dalam seluruh hidupnya harus menjelaskan, mengiklankan, mempersaksikan tingkah laku dan segala aktiviti di sebarang tempat, lahir sifat-sifat patuh, taat, tunduk dan menyerah diri pada syariat Allah swt. Biarpun seorang kerani, guru, tentera, pelajar, pegawai, profesor, doktor dan ketua negara harus berada di atas batas-batas kehidupan yang ditentukan Allah swt.
Namun begitu, masyarakat kita hari ini belum merealisasikan Islam dalam praktik hidup sekalipun mengisytiharkan diri sebagai Islam. Apa yang lahir adalah kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan menyerah kehidupan mereka kepada peraturan, susunan dan sistem hidup rekaan dan ciptaan manusia seperti sosialisasi, kapitalisme dan komunisme.
No comments:
Post a Comment