Isu gereja dan salib di Taman Medan mengheret perhatian
masyarakat Malaysia kepada isu fundamental dalam hubungan etnik iaitu toleransi
terhadap kepercayaan individu. Pelbagai pihak mengeluarkan pandangan
masing-masing bagi mewajarkan atau menempelak pihak-pihak yang terlibat.
Berikut adalah petikan yang diambil dari akhbar untuk kita melihat pola
berfikir dan hala tuju persepsi.
Menteri Besar Selangor: Menyuruh pihak gereja menurunkan
tanda salib adalah tidak hormat Kristian.
Menteri KDN: Penunjuk perasaan lambang salib di luar gereja
akan dicaj di bawah Akta
Hasutan.
Peguam: Gereja ada hak pamer salib di bawah Perlembagaan.
Mufti: Melindungi semua tempat ibadah adalah sebahagian
daripada jihad dan Islam tidak
dapat menerima
tindakan yang bertentangan dengan prinsip ini.
Pemandu teksi: Selagi mereka tidak mengganggu sesiapa, saya
tidak lihat ada masalah.
SIS: Penunjuk perasaan bimbang keimanan golongan muda Islam
akan terancam adalah
tidak berasas sama sekali.
Aktivis NGO: Hak setiap orang untuk mengamalkan agama yang
dipilihnya.
Herman Sahastri, CCM: Majlis tidak terkejut apabila insiden
seperti ini berlaku di Selangor.
Penduduk 1 TM: Kawasan ini didiami masyarakat Islam dan
gereja tidak diperlukan di sini.
Penduduk 2 TM: Kebanyakan penduduk di sini adalah muslim,
jadi pandangan mereka wajar diambil kira. Anak saya cuma berumur lapan tahun dan membawa balik risalah
propaganda agama lain. Saya benar-benar menentang langkah
ini.
MBPJ: Lot bangunan yang dijadikan gereja tidak ada lesen
operasi sebagai tempat ibadat. Gereja di Metro
Square PJS2B/3 tidak ada permit untuk mempamerkan lambang salib pada bangunan tersebut.
Ketua Polis Negara: Jangan banyak cakap isu Taman Medan
kerana membabitkan isu sensitif.
Isu-isu seperti kebebasan agama dan hubungan kaum seringkali
menjadi perhatian umum dalam masyarakat berbilang etnik. Timbul kelompok yang
menyokong dan membangkang sebagai pemanas kepada pelbagai bentuk penyelesaian.
Ada beberapa perkara yang kita boleh lihat dari perspektif menyokong, antaranya
penganut Kristian terdiri daripada pelbagai mazhab dan perlu memiliki gereja
sendiri untuk beribadat. Di sini masyarakat dimaklumkan bahawa sudah terdapat
tiga buah gereja di sekitar Taman Medan dan tindakan membuka sebuah lagi gereja
tanpa permit adalah sukar diterima.
Taman Medan dihuni hampir 70 peratus orang Islam pelbagai
kelas sosial. Kawasan itu juga merupakan kediaman bagi masyarakat bukan Islam
dan dapat menikmati hidup yang bebas konflik.
Peranan agama menjadikan penganutnya taat dan membuat kebaikan serta
kebajikan. Justeru, lebih banyak rumah ibadat menujukkan masyarakat mula
kembali menghayati agama masing-masing. Bangunan yang dijadikan gereja ini
sudah tentu menjadi tempat pertemuan sosial penganut Kristian di samping sebagai
pusat pengajian.
Di sebalik kewujudan gereja ini, keburukan dan ancaman juga
terserlah. Masyarakat Islam di kawasan berkenaan mulai rasa terancam khususnya
akidah anak-anak mereka. Kerisauan terhadap aktiviti gereja bakal menimbulkan
salah faham antara dua penganut agama yang berbeza kerana satu pihak rasa
terancam dan di pihak sedang mengancam.
Membina rumah ibadat tanpa permit adalah satu kesalahan
kepada pihak berkuasa tempatan. Tanpa kelulusan, status bangunan mungkin
memberi masalah kepada penganut agama yang datang beribadah. Keselamatan
penganut wajar diutamakan supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
Seterusnya, perpaduan masyarakat Taman Medan menjadi
renggang. Sedikit demi sedikit wujud segmentasi kaum dan ahli masyarakat
mengambil sikap berpuak-puak dan enggan kenal-mengenal. Amalan tradisi seperti
kunjung-mengunjung dan ziarah berkurangan yang akhirnya memudahkan konflik
kecil merebak dan tidak terkawal.
Isu pembinaan rumah ibadat bukannya perkara kecil. Begitu
juga sentimen masyarakat majoriti juga wajar diambil kira apatah lagi dalam keadaan
di kelilingi pelbagai etnik. Sewajarnya ahli politik tidak mengeruhkan keadaan
kerana ingin mendapat populariti sebaliknya memberi ruang kepada agensi yang
lebih mahir memainkan peranan mereka.
No comments:
Post a Comment