Wednesday, April 15, 2015

Jangan cepat berputus asa









Antara perkara yang sangat baik ialah mempunyai cita-cita yang tinggi dan meletakkan harapan terhadap masa hadapan. 

Nabi Muhammmad saw menggambarkan kebaikan tadi melalui hadis yang bermaksud jika di tangan kita ada anak pokok dan berlaku keadaan huru-hara kerana hampir kiamat, anak pokok tadi kalau boleh ditanam, segeralah tanam. 

Ertinya, dalam hidup ini, janganlah berputus asa. Cita-cita seperti membina kebaikan kepada masyarakat boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti pendidikan, kebajikan atau institusi ekonomi. 

Sejak kecil lagi kita boleh menerapkan nilai cita-cita tinggi kepada anak-anak melalui nasihat, bimbingan, didikan dan model ikutan supaya pemikiran mereka optimis terhadap masa hadapan.


No comments:

Post a Comment