Penulis: James S. Coleman (karya terjemahan)
Tahun: 2008
Penerbit: Penerbit Nusa Media, Bandung,
Jakarta, Indonesia.
Muka Surat: 809
Teori sosial seperti yang diajarkan di
institusi pengajian tinggi, umumnya merupakan sejarah pemikiran sosial.
Masyarakat telah berubah dalam pebagai bentuk organisasi seperti hutan bertukar
menjadi ladang seterusnya digantikan dengan jalan raya dan gedung pencakar
langit. Institusi-institusi perbandaran yang menyertai perkembangan masyarakat
pun telah digantikan oleh organisasi sosial yang dibentuk dengan tujuan khusus.
Dengan adanya perubahan-perubahan ini, kita
mungkin tertanya-tanya: Apakah kita akan menuju ke arah yang kita kehendaki?
Dapatkah kita ubah arahnya? Bagaimana kita memilih arahnya? Namun sebelum
mengajukan pertanyaan-pertanyaan ini, kita perlu mengetahui ke mana tujuan
kita. Justeru, kita memerlukan sebuah teori sosial yang andal (boleh
dipercayai, reliable). Teori ini
memerlukan asas yang kuat dan itulah yang hendak dibahas dalam buku ini.
Dasar-Dasar
Sosial merupakan karya terjemahan dari Foundations of Social Theory. Di luar
bab pendahuluan yang menjelaskan teori sosial dan teori tindakan secara umum,
buku ini terdiri daripada 23 bab yang dibahagikan kepada empat bahagian.
Bahagian Satu iaitu tindakan dan hubungan dasar
(bab 2-5) membahaskan tingkah laku dan sumber, kepentingan dan penguasaan; hak
untuk bertindak; hubungan kekuasaan; hubungan kepercayaan.
Bahagian Dua adalah struktur-struktur tindakan
(bab 6-12) menghadirkan kajian tentang sistem pertukaran sosial, hubungan kuasa
dan struktur kuasa, sistem kepercayaan dan sifat-sifatnya yang dinamik; tingkah
laku kolektif; tuntutan akan norma-norma yang efektif; realisasi norma-norma
yang efektif; modal sosial.
Bahagian Tiga merupakan tindakan-tindakan
kelompok (bab 13-19) yang membahaskan tentang konstitusi dan bentuk tingkah laku
kelompok, masalah pilihan sosial; dari pilihan individu ke pilihan masyarakat;
pelaku kelompok sebagai sebuah sistem tindakan; hak dan pelaku kelompok;
penarikan kuasa; diri.
Bahagian Empat adalah masyarakat moden (bab 20-24)
yang membincangkan tingkah laku orang dan tingkah laku kelompok baru;
pertanggungjawaban tingkah laku kelompok; generasi baru dalam struktur sosial
yang baru; hubungan sosiologi dengan tindakan sosial daam struktur sosial yang
baru; struktur sosial baru dan ilmu sosial baru.
Buku ini sangat sesuai dijadikan rujukan di
institusi pengajian tinggi khususnya mereka yang terlibat dalam dasar awam,
penyelidik masalah sosial dan pengkaji-pengkaji masyarakat lain.
No comments:
Post a Comment