Bangun awal-awal pagi untuk mengerjakan solat subuh adalah suatu
yang sangat dituntut. Apatah lagi melaksanakan solat dua rakaat sebelum subuh
dapat memberi banyak kelebihan kerana pada masa inilah berlakunya pertukaran
syif di antara malaikat yang bertugas sebelah malam dengan yang bertugas di
sebelah siang. Ketika pertukaran ini, para malaikat akan berdoa untuk mereka
yang bangun pagi agar dimudahkan mendapat rezeki.
Selagi masih ada umur, rezeki pasti akan datang. Allah swt
berfirman;
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi
melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat
kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh
Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud: 6)
Seorang nenek yang tinggal di kampung akan berjalan kaki setiap hari melihat persekitaran kampungnya. Lalu orang bertanya kepadanya buat apa pagi-pagi lagi berjalan ke sana sini. Beliau menjawab ingin melihat di mana pintu rezekinya pada hari itu. Rumusannya adalah rezeki terletak pada awal pagi. Di sinilah Islam mengajar umatnya untuk berfikir bahawa rezeki mesti dicari pada awal hari.
Seorang peniaga perabot menetapkan pukul 11 pagi bagi memulakan
jualan dan hasilnya ialah beliau masih tidak kaya. Beliau dinasihatkan oleh
kenalan lamanya untuk menukar sistem masa tersebut kepada pukul 8 pagi. Selepas
dua tahun, beliau telah membuka tiga cawangan kedai perabot dan pendapatannya
semakin bertambah. Kejayaan dalam perniagaan bukannya terletak kepada bangsa
ataupun apa-apa alasan yang remeh tetapi meyakini bahawa rezeki terletak pada
awal pagi.
Umur manusia telah ditetapkan oleh Allah swt. Apabila bangun pagi, umur kita semakin pendek dan hidup semakin singkat. Nabi Nuh as hidup selama 1000 tahun dan ketika ditanya oleh malaikat maut, 1000 tahun rasa macam mana? Baginda menjawab sekejap sahaja seperti masuk pintu depan dan keluar melalui pintu belakang.
Kehidupan di dunia merupakan ujian Tuhan yang sangat bermakna kepada hambaNya. Di antara mereka ada yang beriman dan ada yang ingkar. Umat yang berjaya menempuh ujian ini akan diberikan balasan yang setimpal dengan ketaatan yang ditunjukkan.

Allah swt yang Maha Pemurah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja
yang meminta kepadaNya sama ada Islam ataupun tidak. Pemurahnya Allah swt
terletak kepada kesempurnaan ciptaan hambaNya, bukannya sekadar kaya harta benda.
Maha Penyayang Allah swt hanyalah untuk umat Islam. Bukan Islam tidak mendapat
kasih sayang Allah swt kerana tidak beriman.
Rasulullah saw adalah contoh terbaik bagaimana tidak mementingkan kekayaan dunia. Satu hari seorang miskin datang ke rumah Baginda dan meminta sedikit makanan kerana telah tiga hari tidak makan. Lalu Baginda bertanya kepada Aishah ra apa lagi makanan yang tinggal dan diberitahu ada sebelah buah tamar. Baginda saw memanggil Aishah ra untuk membawa tamar itu ke hadapan lalu diberikannya kepada orang miskin tadi. Rasulullah saw tidak ada kegentaran terhadap kurangnya rezeki keluarga sendiri kerana kasihkan orang miskin tadi dan amat yakin bantuan yang akan diberikan oleh Allah swt.
Hari ini ramai orang berkata apakah boleh dipercayai orang yang minta sedekah tetapi sebenarnya menipu?

Hakikatnya manusia tidak dapat meneka dengan tepat niat seseorang
tetapi kesedaran bahawa penilaian Allah swt terhadap orang yang memberi adalah
lebih utama.
Kehadiran orang miskin untuk meminta sedekah adalah satu ujian
kepada yang kaya kerana Allah swt ingin menilai dan membersihkan karat-karat
jahiliyah yang ada pada hati mereka. Oleh yang demikian, jika ingin bersedekah,
berikanlah. Jika tidak, berkata-katalah dengan bahasa yang sopan dan baik.
Manusia tidak ada apa-apa kekuatan. Kebaikan yang dibuat akan dibalas kebaikan dan kejahatan akan dibalas kejahatan. Penilaian manusia hanyalah bersifat sementara kerana penilaian Allah swt yang kekal dan lebih utama.
Dalam situasi yang lebih besar, agama memainkan peranan yang dominan dalam pembentukan sikap dan nilai ke arah perkembangan dan pembangunan. Al-quran memperkasa umat untuk membangunkan sumber dan memaksimumkan pengeluaran dan penghasilan. Al-quran memberi panduan bagi menggalakkan kerja-kerja produktif berdasarkan persaingan, keadilan dan ketulusan.
Mencari rezeki bukannya duduk menunggu sehingga silih berganti siang dan malam. Tidak juga berdoa seharian tanpa berusaha. Rezeki boleh didapati dengan pelbagai cara sama ada fizikal ataupun mental.

Ilmu pengetahuan merupakan input yang sangat penting kepada
seseorang kerana dari situlah pelbagai punca rezeki boleh diperolehi.
Masyarakat hari ini sangat mementingkan orang yang berilmu pengetahuan. Mereka
yang malas belajar dan enggan berusaha akan tertinggal di belakang tidak kira
siapa.
Pengetahuan bukan sekadar memberi panduan untuk berfikir malah sebagai alat untuk berubah. Pengetahuan boleh diperolehi secara formal melalui sistem pendidikan. Nilai dan sikap yang ingin dibentuk akan diperolehi dengan mudah melalui pendidikan dan masyarakat yang kaku turut mempunyai sistem pendidikan yang kaku.
Malaysia yang ingin menjadi negara maju harus menekankan pendidikan berorientasikan sains di dalam pelajaran dan berbeza daripada masyarakat tradisional yang lebih mementingkan sastera dan teologi.
No comments:
Post a Comment