Orang yang menjadi
tumpuan umum atau public figure
sering mendapat perhatian khususnya kata-kata mereka.
Seorang aktres, Katherine
Hepburn pernah mengulas, “Sekiranya kita mematuhi semua peraturan, hidup pasti
tidak seronok”.
Adakah anda bersetuju dengan beliau? Saya tidak bersetuju
tetapi melihat ucapan ini dari perspektif berbeza. Saya percaya kita patut
membenarkan pemikiran kita berkembang, keluar daripada kotak pemikiran sempit.
Dedahkan diri kita kepada paradigma baru, melawat tempat-tempat baru yang dapat
memberi kesegaran minda. Terokai negara lain, lihat budaya dan tradisi asing.
Baca buku, majalah atau tonton filem kegemaran kita supaya pemikiran tidak
dikongkong oleh pengetahuan dan pengalaman sendiri.
No comments:
Post a Comment