Monday, September 01, 2014

Puji walaupun sedikit






Memberi pujian yang berpatutan sangat baik untuk menambah baik kualiti kerja. Ia boleh berlaku di tepat kerja, kawasan kejiranan atau di rumah. 

Kadang-kadang pujian yang sedikit ini menjadi azimat untuk pencapaian yang lebih besar. 

Suatu hari seorang isteri menyediakan laksa untuk keluarga. Inilah kali pertama beliau memasak kuah laksa. Tentulah mencabar seperti rasa tawar kuah laksa, ramuan yang tidak sempurna dan laksa yang lembik. 

Jika disediakan untuk suami yang panas baran sudah tentu beliau akan mendapat kritikan segera tetapi suaminya ada cara lain untuk mengkritik. Suami mengatakan kuah yang disediakan sangat sedap tetapi jika ditambah sedikit garam dan mengambil sedikit masa untuk memanaskan kuah, sudah pasti rasanya lebih sedap. 

Sedikit pujian membantu peningkatan kualiti kerja sedia ada.



No comments:

Post a Comment