Wednesday, September 17, 2014

Bimbing bentuk pasukan







Setiap kali semester pengajian bermula, saya meminta pelajar-pelajar membentuk kumpulan masing-masing dengan pelbagai latar belakang. 

Peringkat awal saya menerima banyak bantahan dan rungutan kerana sudah pasti gred pencapaian individu akan terjejas. Hal ini kerana ada ahli kumpulan yang kurang dikenali dan agak “lembap” dalam kerja berkumpulan. 

Bagi mengatasi rungutan pelajar, saya kerap memberi arahan supaya fokuskan tumpuan ke arah projek yang diberi. 

Masuk ke minggu sembilan, rungutan hampir tidak kedengaran dan minggu ke dua belas, mereka telah pun menghantar laporan projek yang sangat bagus. 

Dalam kes seperti ini, perbalahan akan berlaku tetapi pelajar telah mendapat pengajaran yang berguna. Kerja berpasukan tidak berlaku secara automatik kerana perlu dibimbing dan dibantu.



No comments:

Post a Comment