Seorang profesor, Peter Drucker mengatakan organisasi moden tidak boleh kekal sebagai organisasi “ketua dan pekerja bawahan”. Ia perlu disusun semula sebagai satu pasukan.
Kita dapat lihat hari ini syarikat-syarikat besar memberi keutamaan kepada kerja berpasukan kerana semakin kerap pekerja mereka diminta bekerja di luar bidang tugas dan di luar budaya sama ada pekerja itu pegawai atasan atau pekerja bawahan.
Orang yang bekerja “lone ranger” sudah semakin tidak dapat diterima kerana ruang bekerja secara pasukan bertambah besar dan lebih disukai.
Dalam kumpulan, wujud interaksi yang lebih luas antara jurutera, jurujual, pegawai khidmat pelanggan dan kerani.
Organisasi seperti ini menjadi lebih progresif, terbuka dan berkesan.
No comments:
Post a Comment