Friday, September 19, 2014

Hargai sumbangan







Setiap orang sentiasa merasai yang sumbangan mereka amat penting. 

Dalam keluarga, anak bongsu mahu diberi keutamaan yang sama seperti anak sulung. Jika tidak, sepanjang hari dia akan meragam. Di tempat kerja, pekerja mengharapkan kehadiran mereka dihargai, jika tidak mereka akan bekerja sambil lewa. 

Sama ada dalam keluarga ataupun di tempat kerja, memberi perhatian kepada setiap orang adalah kunci kepada kegembiraan. Masing-masing gembira kerana rasa dihargai. 

Penghargaan menjadi lebih manis apabila mendapat kejayaan. Di sinilah pentingnya menghargai setiap sumbangan orang lain yang mahu dan ikhlas memberi sumbangan.


No comments:

Post a Comment