Kadang-kadang kita berasa sangat susah untuk mempengaruhi orang lain.
Dale Carnegie mengatakan rahsia mempengaruhi orang lain bukan hanya dengan menjadi orang yang petah berkata-kata tetapi juga sebagai pendengar yang teliti. Hakikatnya ialah setiap orang gemar bercakap kepada orang yang mahu mendengar.
Sekiranya kita tidak setuju dengan orang lain, kemungkinan besar kita mahu mencelah. Pada saya, mencelah perbualan menyebabkan kita tidak diberi perhatian kerana banyak lagi yang mereka hendak katakan.
Jadi, lebih baik mendengar dengan fikiran yang terbuka dan dengar dengan hati yang lapang.
No comments:
Post a Comment