Monday, September 15, 2014

Doing qualitative research, designs, methods, and techniques







Penulis: Scott. G dan Garner, R.
Tahun: 2013
Penerbit: Pearson Education, New Jersey, USA.
Muka Surat: 420

Buku ini membantu pelajar membuat perancangan projek penyelidikan dan kerangka persoalan kajian mereka sebelum memulakan aktiviti khusus penyelidikan. Kedua-dua penulis, Scott dan Garner memberikan garis panduan yang jelas dan khusus menggunakan kaedah DOING seperti menulis nota lapangan, mengurus projek bergambar, mengendalikan kumpulan fokus, mewujudkan dan menganalisis teks data serta membangunkan strategi penghasilan data dalam penyelidikan di lapangan.

Banyak contoh penyelidikan kualitatif yang diberikan seperti kaedah penyelidikan kualitatif klasik hinggalah terkini. Mereka juga menunjukkan hubungan antara penyelidikan dan teori.

Buku ini merangkumi reka bentuk dan metodologi kajian yang luas seperti etnografi, analisis kandungan, penyelidikan berasaskan penyertaan komuniti, kaedah visual dan kajian perbandingan sejarah. Berikut beberapa petikan berkaitan kaedah "mixed method".


“...kelebihan utama kaedah ini adalah menyediakan kajian kualitatif yang jelas dan pengkayaan konteks melalui kajian kuantitatif. Di samping itu menawarkan peluang untuk proses triangulasi untuk pembelajaran yang berkaitan dunia sosial daripada pelbagai perspektif. Walaupun kobinasi kedua-dua pendekatan ini boleh dilakukan, strategi kombinasi bergantung kepada persoalan kajian’.

“There are many different strategies available for combining different approaches, and the choice of strategy will vary with the research questions” (hal. 192).

“Kaedah kualitatif membuka peluang kepada pengkaji untuk mendalami sesuatu fenomena realiti, berusaha memahami makna, membuat analisis dalam konteks sebenar dan memberikan makna kepada peristiwa yang dialami dalam kehidupan seharian”.

“...triangulasi berfungsi memeriksa kebenaran data dengan membandingkan dengan data yang diperolehi dari sumber lain di samping meningkatkan kesahan data dan memberi kedalaman hasil kajian. Triangulasi boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti”.

  

No comments:

Post a Comment