Tuesday, September 02, 2014

Dengar dulu







Ada dua sebab penting mengapa kita perlu mendengar kata-kata orang lain. 

Pertama, kita dapat belajar perkara-perkara baru, kedua, orang lain dapat memberi respons kepada yang mendengar kata-kata tersebut. 

Seni mendengar sangat penting kepada orang yang mahu berkomunikasi walau di mana saja berada, bila-bila masa. 

Mendengar adalah kemahiran komunikasi yang penting, lebih penting daripada bersuara lantang ataupun boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Maksudnya ialah kita perlu mendengar pendapat rakan-rakan kita, anggota keluarga kita malah kritikan yang kita terima. 

Mendengar tidak bermakna jiwa kita terpenjara dalam pendapat orang lain tetapi kita memberi peluang kepada mereka untuk mengatakan pendapat.



No comments:

Post a Comment