Thursday, September 18, 2014

Yang penting kerjasama







Kita biasa dengar lirik ini iaitu “Apa yang penting…kerjasama”. 

Ungkapan ini benar kerana orang yang bekerjasama dapat mencapai banyak kejayaan yang luar biasa. Luar biasa kerana wujudnya sinergi dan gabungan kekuatan yang berganda. 

Semasa bekerjasama, percambahan idea, kreativiti dan kebijaksanaan muncul dari anggota kumpulan. Kekuatan pasukan lebih terserlah apabila mereka dipimpin oleh pernyataan visi dan misi yang difahami serta ketua yang bersemangat. 

Dalam mana-mana kejayaan, meniti kejayaan bersama kumpulan adalah lebih manis dan menyerlahkan. 

Jadi, ingatlah, “Apa yang penting…kerjasama”.



No comments:

Post a Comment