Britain
mengakui bahawa program-program kebajikan sosial yang diperkenalkan kepada
negara-negara jajahannya tidak memenuhi keperluan penduduk tempatan.
Program-program yang diperkenalkan lebih cenderung untuk kepentingan penduduk
bandar, diubah suai berdasarkan keperluan semasa dan amat bergantung kepada
keprihatinan penduduk setempat. Keadaan ini tidak dapat memenuhi keperluan
sosial masyarakat luar bandar yang masih banyak terdedah kepada kemiskinan dan
kesempitan hidup. Justeru, pentadbiran Britain menghadapi tekanan daripada
pertubuhan pembebasan untuk merdeka bagi memperkenalkan pembangunan ekonomi.
Ketika
ini ramai pemimpin nasionalis mendapat inspirasi daripada konsep negara
kebajikan di negara-negara perindustrian kerana mereka menyedari bahawa
negara-negara yang baru merdeka tidak berupaya mengadaptasi program-program
sosial yang komprehensif dalam kalangan negara-negara Eropah sehingga mencapai
standard yang tinggi dalam pembangunan ekonomi. Situasi ini mendesak kepada
sebuah pendekatan alternatif yang mengatakan keperluan kelompok majoriti dan
keupayaan memberi sumbangan kepada usaha-usaha pembangunan ekonomi (Midgley,
2002).
Pendekatan
ini menjadi asas kepada penglibatan pentadbiran penjajah untuk memperkenalkan idea-idea
pembangunan sosial (Midgley, 1994). Program-program pembangunan komuniti dan
kempen-kempen membasmi buta huruf di luar bandar merupakan langkah awal di
peringkat tempatan.
Keyakinan
ini berkisar di sebalik kenyataan bahawa inisiatif ini akan mempamerkan
keperluan mendesak dan sumbangannya ke atas pertumbuhan ekonomi. Konsep
pembangunan sosial sebagai kesepaduan kebajikan sosial dengan pembangunan
ekonomi muncul daripada inisiatif ini. Ia merupakan satu kenyataan di mana
pembangunan sosial muncul daripada aitiviti di kawasan luar bandar tetapi skop
tersebut kemudiannya berkembang dan dirangkumkan dalam pembangunan nasional.
Pembangunan
ini digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai agensi
gabungannya. Hasil akhir ialah kebanyakan agensi pembangunan di seluruh dunia
melaksanakan aktiviti berdasarkan idea berkenaan pada tahun 1960-an (Midgley,
2002).
Idea
baru “pembangunan sosial” adalah untuk mempromosi “pernyataan popular” dalam
projek-projek pembangunan yang produktif bagi meningkatkan pendapatan dan
memenuhi keperluan sosial. Dalam hal ini, kebajikan sosial sepatutnya
dihubungkan secara langsung dengan pembangunan ekonomi.
Kebanyakan
sarjana akademik bersetuju dengan idea ini dan berfikir bahawa perubahan taraf
hidup adalah mustahil melalui perkembangan ekonomi tanpa mengambil kira
penyesuaian polisi dan program peningkatan kesejahteraan masyarakat. Di bawah
pengaruh Gunnar Myrdal, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu memasukkan konsep “perancang bersekutu sosioekonomi” dalam
bidang ini (Midgley & Tang, 2001). Kini, “pendekatan keperluan asas” yang
berasarkan hasil kerja Paul Streeten dan pasukannya serta digalakkan oleh
Pertubuhan Buruh Antarabangsa telah diberikan perhatian ke arah idea
pembangunan sosial (Midgley, 1997; Midgley & Tang, 2001). Ketika ini muncul
beberapa idea seperti “pendekatan perancangan sosial”, “pergerakan penyertaan
popular atau komuniti” dan sebagainya. Idea-idea ini nampak meyakinkan dalam
pendekatan-pendekatan polisi pada tahun 1960-an dan 1970-an yang dinilai
sebagai longgar untuk mewakili pendekatan pembangunan sosial (Midgley &
Tang, 2001).
Menurut
Payne, semasa tahun-tahun 1980-an, pembangunan sosial menjadi model kerja dan
didapati amat sesuai dengan negara-negara membangun. Pusat-pusat pengajian
sosial beralih daripada model kerja sosial Barat kepada memberi fokus terhadap
pembangunan sosial. Pada tahun 1990, UNDP menerbitkan Laporan Pembangunan
Manusia (Human Development Report) yang memberi penekanan ke atas keperluan
mengintegrasi matlamat sosial dan ekonomi ke dalam proses pembangunan lestari
an dinamik (Midgley, 2001).
Seterusnya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan persidangan dunia pada Mac 1995 di
Copenhange, Dernmark. Tema persidangan ialah pembasmian kemiskinan, menentang
pengangguran dan menggalakkan integrasi sosial (Johannesen, 1997). Sejak 1995,
pertubuhan-pertubuhan profesional telah mengiktiraf pembangunan sosial sebagai
sangat relevan kepada negara-negara perindustrian seperti mana negara-negara
maju yang lain (Midgley, 2002).
Idea
pembangunan sosial sedia ada
i.
status teori
Midgley
merupakan salah seorang tokoh pemikir yang kerap menghuraikan pembangunan
sosial. Pemikirannya mempengaruhi program-program advokasi pembangunan sosial
di negara-negara dunia ketiga. Usaha terbaru beliau ialah mengadaptasi
program-program pembangunan sosial di negara-negara perindustrian dan cuba
untuk menonjolkan pandangannya. Dalam buku Social
Development: the Development Perspective in Social Welfare (1995), beliau
menawarkan idea pembangunan sosial moden yang jelas.
Midgley
(2002) mendakwa konsep pembangunan sosial telah menerima pengiktirafan daripada
pertubuhan-pertubuhan profesional dan telah pun mantap dari segi pendekatan
terutama sejak 1995 selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempromosi
kesejahteraan masyarakat dalam Persidangan Kemuncak Dunia dalam Pembangunan
Sosial biarpun Payne (1997) dan beberapa tokoh sarjana masih lagi keliru
tentang statusnya sebagai sebuah teori.
Katanya,
“Percubaan Midgley membentuk teori pembangunan sosial boleh dikatakan terlalu
awal”. Beliau (Payne) berpendapat untuk penggunaan teori pembangunan sosial
yang meluas dalam amalan kerja sosial, lebih banyak model tindakan perlu
dibangunkan. Bagaimanapun ramai pengamal advokasi mendakwa ia adalah teori dan menurut
pandangan popular pos-modenis, (Payne, 1997), perkembangan terbaru tentang idea
pembangunan sosial boleh diaggap sebagai sebuah teori.
ii. idea Midgley
Menurut
Midgley (1995), pembangunan sosial adalah “a
process of planned social change designed to promote the well-being of the
population as a whole in conjunction with a dynamic process of economic
development”. Beliau membina perspektif ini yang bertentangan dengan
pembangunan berbelit (distorted
development) [pemisahan antara sosial dan kemakmuran ekonomi], bukti di
kebanyakan negara di mana pembangunan ekonomi memberi manfaat kepada kelompok
minoriti tetapi membiarkan kelompok majoriti berada dalam keparahan kemiskinan
dan tidak ada perubahan (Bak, 2002).
Dalam
definisi ini, Midgley mengenal pasti perspektif proses perubahan sosial yang
berterusan. Proses perubahan mesti dirancang dan melihat kebajikan keseluruhan
penduduk. Jika perancangan dibuat hanya melihat ke atas sesetengah penduduk
berbanding keseluruhan penduduk, ia tidak dikira sebagai perancangan
pembangunan sosial. Definisi ini juga memfokuskan integrasi sosial dan matlamat
ekonomi dalam pembangunan polisi dan ekonomi dapat berada sebelah menyebelah.
Midgley
(1995) juga berpendapat idea asas perspektif ini dihubungkan dengan galakan
kebajikan kemanusiaan untuk pembangunan ekonomi. Beliau percaya pembangunan
sosial mencetuskan sumber untuk komuniti dengan menghubungkan sosial bersama
pembangunan ekonomi, berbanding melihat kebajikan sebagai bertentangan kepada
pertumbuhan ekonomi (Payne, 1997). Midgley percaya pembangunan terganggu
apabila kemajuan sosial tidak selari dengan pembangunan ekonomi. Beliau juga
percaya kemajuan sosial bergantung kepada keharmonian pembangunan ekonomi dan
sosial, justeru polisi dan program yang diperlukan nanti dapat meningkatkan kebajikan
masyarakat, pada masa yang sama menyumbang secara positif kepada kemajuan
ekonomi.
Midgley
mencabar serangan kumpulan neo-liberal terhadap negara kebajikan berdasarkan
kepercayaan perbelanjaan sosial akan merencatkan ekonomi dan menghalang
pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Beliau mengatakan kajian-kajian
menunjukkan negara-negara yang memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan sosial
telah mencapai lebih banyak pertumbuhan ekonomi. Dalam hal ini, Midgley merujuk
beberapa pandangan ahli ekonomi tersohor seperti Gunnar Myrdal, Hans Singer,
Benjamin Hinggins dan Amartya Sen (Midgley & Tang, 2001; Midgley, 1997)
yang mana menyokong pemikiran Midgley. Hujah-hujah mereka cenderung kepada kesatuan perancangan pembangunan sosioekonomi
dan program sosial berproduktiviti untuk pembangunan.
Midgley
juga menunjukkan impak negatif kerana mengelak untuk memenuhi matlamat-matlamat
sosial dalam program-program penyelarasan Bank Dunia dan Pertubuhan Dana
Matawang Antarabangsa (IMF). Pendekatan pembangunan sosial percaya pembangunan
ekonomi tidak bermakna jika tidak diiringi dengan perubahan yang ketara dalam
kebajikan masyarakat.
Merujuk
kepada pendekatan pembangunan sosial, bagi mengintegrasikan dasar sosial dan ekonomi,
tiga langkah berikut diperlukan (Midgley & Tang, 2001; Midgley, 1997,
2002). A. Penubuhan organisasi pengurusan peringkat nasional supaya
agensi perkhidmatan sosial dan pembangunan ekonomi boleh bekerja dalam satu
kerangka kerja. B. Membentuk polisi yang memastikan penyertaan aktif masyarakat
dalam ekonomi. Matlamat ini boleh dicapai dengan melaksanakan dasar
mikroekonomi. Kaedah terbaik untuk mencapai matlamat ini adalah mewujudkan
peluang pekerjaan dan galakan bekerja sendiri untuk semua dan menghapuskan
unsur-unsur perkauman dan halangan diskriminasi ke arah penglibatan ekonomi
bersama. Kerajaan wajar menggerakkan institusi-institusi utama dalam masyarakat
untuk mempromosi penyertaan penuh (penyertaan popular) dan agihan sumber yang
saksama. C. Perkenalkan program-program sosial (intervensi sosial atau
intervensi kerajaan) yang bakal menjana kadar pulangan dalam perbelanjaan
sosial dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi secara langsung.
Program-program ini mestilah bersifat produktif atau berorientasi pelaburan.
Tambahan
pula, pembangunan sosial dilihat cuba mengembangkan kaedah konvensional yang
bersifat “pemulihan dan senggaraan” dengan progam sosial bersama intervensi
yang meningkatkan pelaburan sosial dan keterangkuman ekonomi serta menggalakkan
pembangunan ekonomi itu sendiri. Intervensi atau program sosial mesti dirancang
dalam menggalakkan perubahan sosial yang progresif. Menurut Amartya Sen
(Midgley & Tang, 2001), program-program ini memberi penekanan tehadap
keperluan material, pelaburan dalam meningkatkan keupayaan modal insan, galakan
penyertaan yang berkesan dalam ekonomi dan menyumbang dalam pembangunan ekonomi
yang aktif adalah berorientasikan produktif atau pelaburan. Pelbagai jenis
kebajikan sosial produktif yang dikenal pasti seperti progam-program sosial
yang mempromosi pembentukan modal insan, memupuk mobilisasi modal sosial, menggalakkan
penyertaan mencari pekerjaan dan bekerja sendiri, membantu dalam pembinaan
aset, menyingkirkan halangan dalam penyertaan ekonomi, dan memastikan kos
program-program sosial adalah bersesuaian. Istilah “pelaburan sosial” dan
“produktivisme” adalah teras kepada teori pembangunan sosial. Maksudnya ialah
sumber-sumber yang diperuntukkan dalam program kebajikan sosial tidak
sepatutnya dinyatakan sebagai perbelanjaan kepenggunaan tetapi sebagai
pelaburan yang meningkatkan penyertaan ekonomi dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi (Midgley, 1995).
Pandangan
Midgley (1995) adalah pembangunan sosial bertujuan menggalakkan kesejahteraan
penduduk melalui pewujudan perubahan sosial yang berperancangan supaya masalah
sosial dapat diurus, keperluan dapat dipenuhi dan peluang memajukan diri
disediakan. Pembangunan sosial tidak sama seperti kebajikan tradisional yang
berasaskan kepada falsafah bantuan dan perkhidmatan institusi kebajikan yang
menyediakan bantuan melalui pekerja sosial profesional Payne (1997).
Sebaliknya, pembangunan sosial bertujuan memberi impak kepada kumpulan
yanglebih besar seperti komuniti atau masyarakat dan memperlihatkan
perkembangan berbanding kembali kepada kelompok yang telah pun mencapai tahap
kesejahteraan. Ia melihat kepada “taraf hidup” (Midgley, 2002) untuk semua
dengan menyepadukan dasar sosial dan ekonomi. Ia menekankan keterangkuman tanpa
meminggirkan golongan termiskin dan tertinggal dalam komuniti. Idea pembangunan
sosial memberi keutamaan kepada pengurangan kadar kemiskinan, memenuhi keperluan
pendatang, etnik minoriti, kelompok yang tinggal di kawasan terpencil, golongan
wanita dan kanak-kanak miskin serta kelompok diskriminasi.
Rujukan
Bak, M. (2002). Can
developmental social welfare change an unfair world? The South African experience. International
Social Work, 47(1), 81-94.
Johannesen, T. (1997)
‘Social Work as an International Profession: Opportunities and Challenges’, in
M. Hokenstad and J. Midgley (eds) Issues
in International Social Work: Global Challenges for a New Century, pp.
146–58. Washington, DC: NASW Press.
Midgley, J. (1994). Defining
social development: Historical trends and conceptual formulations. Social
Development Issues, 16(3), pp. 3-19.
Midgley, J. (1995). Social Development: the Development
Perspective in Social Welfare. London: Sage.
Midgley, J. (1997). Social
Work and International Social development. In: M.e. Hokenstad and James Midgley
(ed) Issues in International Social Work. Washington: NASW.
Midgley, J. (2001). The
United States: welfare, work and developmentInternational. Journal of Social Welfare, 10(4), 284–293,.
Midgley, J. (2002). Themes
in Social Development: Implications for Industrial Countries'. In: K.N. George
(com) and P.K. Visvesvaran (ed) Social
Work Today: Present Realities & Future Prospects. Chennai: The Madras
School of Social Work.
Midgley, J. (2012). Welfare and social development. In
Gray, M., Midgley, J. and Webb, S.A. (Eds.), The SAGE handbook of social work (pp. 94-107). Thousand
Oaks, California: SAGE Publications.
Midgley, J. and Tang, K.L.
(2001). Social Policy, Economic Growth and Developmental Welfare. International
Journal of Social Welfare. vol. 10, pp. 244-252.
Payne, M. (1997). Modern Social Work Theory (2nd
ed.). London: Macmillan.
No comments:
Post a Comment