Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi memperuntukkan sebanyak RM80 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk aktiviti pengurusan dan pemilihan orang kurang upaya (OKU) adalah tanda keprihatinan kerajaan bagi membela golongan itu.
Penuntukan sebanyak itu menjadikan kegiatan OKU lebih terancang dan menyeluruh. Lebih-lebih lagi pihak kementerian sendiri sudah mula mencongak untuk menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Dengan jumlah PDK sedia ada sebanyak 379 buah, keperluan pendidikan kepada semua OKU berdaftar masih belum mencukupi.
Peranan PDK sangat penting bagi membantu OKU berdikari tanpa mengira peringkat umur. PDK juga membuka peluang kepada ibu bapa dan masyarakat berganding bahu memulihkan pemikiran dan tenaga muda yang ada pada OKU untuk mendapat pendidikan dan latihan yang bersesuaian dengan mereka.
Peruntukan yang besar ini pasti memantapkan program-program PDK di seluruh negara dan pada masa yang sama memantapkan perkhidmatan yang diberikan. Memetik kata-kata menteri berkenaan, Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil bahawa PDK akan menjadi pusat setempat bagi OKU apabila turut melibatkan tempat diagnosis dan rawatan, pusat sumber maklumat, pusat rujukan, pusat pendaftaran dan rujukan agensi kerajaan.
Walau bagaimanapun kita ingin melihat tidak berlaku ketirisan dalam pelaksanaan agihan ini kerana ianya tidak memanfaatkan golongan OKU di negara ini.
No comments:
Post a Comment