Hari ini ramai orang yang kembali mencari bahan-bahan hiasan rumah atau diri sendiri, jadi bisnes ini dapat memberi keuntungan kepada anda.
Bermula dengan bisnes beg yang dibuat di rumah dan dibuat sendiri, permintaannya lebih mudah jika anda dapat mencari pembuat dan anda hanya bertindak sebagai pengedar dan penjual. Minat orang ramai semakin meningkat sehingga bekalannya diperolehi dari Indonesia dan Thailand.
Dengan menggunakan mengkuang sebagai bahan utama, beg mengkuang boleh direka bentuk dengan pelbagai jenis. Pada masa yang sama, sasaran pelanggannya juga diperluaskan kepada orang kenamaan kerana mereka juga turut menghargai keunikan beg mengkuang.
Saiz beg juga boleh dikecil dan diperbesarkan bersesuaian dengan pelanggan anda. Kalau hanya untuk digalas oleh kanak-kanak, ianya kecil tetapi jika untuk diisi dengan botol dan keperluan bayi, saiznya perlu lebih besar.
Sasaran pelanggan boleh dikelaskan kepada kumpulan remaja, dewasa, kanak-kanak, golongan elit dan wanita. Daripada semua kelompok pelanggan ini, wanita adalah sasaran terbaik untuk mempromosi beg mengkuang anda kerana mereka lebih tahu menghargai nilai dan kecantikan seni beg seperti ini.
Yang membimbangkan ialah permintaan terhadap beg mengkuang tidak dapat dipenuhi oleh pengeluaran menyebabkan pengedar terpaksa membawa masuk beg mengkuang dari negara luar. Jadi, anda juga perlu tahu di mana pengeluar beg mengkuang ini boleh ditemui di negara-negara berkenaan.
Beg mengkuang boleh dijadikan hadiah hari jadi, menyambut kelahiran, majlis graduasi atau cenderamata majlis perasmian. Bisnes ini tidak bermusim dan boleh dijadikan sebagai bisnes jangka panjang. Setiap beg mengkuang boleh dijual dengan harga RM15 hingga RM100 mengikut saiz dan reka bentuk.
No comments:
Post a Comment