Dari sehari ke sehari ada sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin politik India yang hendak mengesahkan bahawa masyarakat India di Malaysia dipinggirkan oleh kerajaan. Nada terbaru ialah dari timbalan ketua pemuda parti Gerakan yang disiarkan di Internet.
Beliau berkata masyarakat India di Malaysia dilayan seperti warganegara kelas keempat, bukannya kelas kedua atau ketiga.
Kecewa betul S. Paranjothy dengan keadaan masyarakat India sekarang. Sejak Hindraf melancarkan demonstrasi di ibu kota baru-baru dan siri tangkapan lima pemimpin besar mereka, kerja-kerja di sebalik tabir diteruskan oleh pemimpin-pemimpin lain dari masyarakat itu.
Kadangkala ada nada angkuh dan sombong dari pemimpin utama mereka seperti "kalau mahu robohkan kuil, mesti minta kebenaran dari MIC." Nada ini adalah kenyataan dari orang yang tidak mahu menerima peraturan dari pihak berkuasa tempatan. Agak menghairankan pembinaan kuil Hindu boleh dibuat merata tempat: bawah pokok, tepi jalan raya, di tengah-tengah simpang, celah pokok kelapa sawit dan di atas puncak bukit.
Jika kita membaca buku tulisan Syed Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan, pada awal bab buku ini dinyatakan bahawa amalan agama yang masih menyembah patung dan menjadikan patung sebagai perantaraan dengan tuhan membawa pengikutnya pada jalan yang salah. Bab-bab seterusnya adalah huraian beliau mengenai agama tauhid dan perbezaan dengan agama-agama lain.
Pelaksanaan amalan ritual agama Hindu daripada kaca mata masyarakat agama lain bertambah negatif apabila isu nisbah kuil dengan penganut agama ini diambil kira. Di Selangor sahaja, bilangan kuil lebih banyak daripada masjid walaupun bilangan masyarakat India tidak ramai berbanding masyarakat Islam atau kristian. Kenapa agama Hindu mengguna pakai kaedah membanyakkan kuil walaupun bilangan penganutnya tidak ramai? Ianya sangat menghairankan.
Ada sebuah cerita mengenai betapa mudahnya seorang penganut Hindu hendak membina sebuah kuil di kawasan orang lain yang bukan miliknya. Suatu hari seorang sami India memacak besi bercabang tiga di hadapan rumah seorang ustaz. Kawasan ini terletak di halaman rumah ustaz kerana ruangnya agak luas. Perbuatan sami ini dilihat oleh ustaz tersebut lalu beliau bertanya,
"Apa hal awak pacak besi ni di sini?" tanya ustaz kehairanan.
"Oh ... semalan saya ada mimpi. Tuhan suruh saya buat kuil di sini," jawab sami.
"Tempat lain tak ada ka?" tanya ustaz untuk mendapatkan kepastian.
"Tak ada, tempat ini saja yang Tuhan saya suruh buat kuil," balas sami dengan bersungguh.
Lama jugalah mereka bersoal-jawab sehinggalah sami ini pulang ke rumah. Beliau berjanji akan datang lagi esok untuk memulakan upacara membuat kuil.
Semalaman ustaz ini tidak dapat tidur nyenyak kerana memikirkan kawasan rumahnya bakal dijadikan kuil Hindu. Beliau bimbang dan terlelap bersama kebimbangan tersebut.
Esoknya, sami Hindu kembali lagi membawa peralatan untuk sembahyang dan upacara memulakan pembinaan kuil. Tetapi beliau terkejut kerana tiang besi cabang tiga yang dipacaknya sudah tidak ada. Lalu beliau ke rumah ustaz berkenaan dan bertanya kepada ustaz apa yang telah berlaku.
"Encik, mana pergi saya punya tiang besi semalam," tanya sama kehairanan.
"Saya sudah cabut," jawab ustaz.
"Apa pasal encik cabut? Tempat itu saya sudah tanda untuk buat kuil," terang sami.
"Malam tadi saya ada mimpi. Itu tuhan dalam mimpi awak suruh saya cabut tiang besi pagi ni," jawab ustaz dengan yakin.
"Itu macam ka. Tak pa nanti saya cari tempat lain," kecewa sami dan beliau terus pulang.
Cerita ini dibawa dari mulut ke mulut dan tidak diketahui sejauh mana benarnya tetapi ia memberi 2 mesej yang penting. Pertama, sangat mudah untuk membina kuil hanya melalui mimpi, dan kedua, masyarakat Islam mesti pintar untuk berhadapan dengan sami India.
Jika diteliti keadaan sekarang di mana India Malaysia cuba mencabar kontrak sosial dan membuat tuntutan yang tidak munasabah, kita harus berhadapan dengan tuntutan ini dengan fikiran yang cerdas dan turut memberi jawapan yang logik mengikut perspektif mereka. Tidak perlu bertindak dengan kekerasan kerana "mulut hanya akan berhenti bercakap apabila perut diisi makanan." Barangkali mereka hanya bising di luar, tetapi setelah dilayan, suaranya akan terus malap.
Dalam banyak keadaan, ada tuntutan yang boleh dilayan dan ada yang tidak perlu dihiraukan langsung. Yang penting ialah melihat setiap masalah dari perspektif yang tepat, mencari isu sebenar dan meletakkannya pada landasan yang betul bagi menyelesaikannya.
Ketika memberi ceramah politik di Kota Bharu baru-baru ini, Datuk Ibrahim Ali menegur penyokong Hindraf, Gobalakrishnan supaya membetulkan strategi bagi menuntut pembelaan ke atas orang India. Tidak semua orang Melayu menyebabkan orang India miskin dan hidup melarat tetapi ada sesetengah sikap yang ada pada orang India yang menyebabkan mereka hidup melarat dan miskin di Malaysia.
Mencari kesalahan orang lain amatlah mudah untuk menyembunyikan masalah sendiri. Keadaan sosial masyarakat India yang ada jurang besar di antara miskin dan kaya serta bangga bersama kasta masing-masing menjadikan orang India Malaysia terus terpisah daripada arus pembangunan. Konflik inilah yang perlu diselesaikan oleh mereka sendiri tanpa menuduh orang lain, agama lain dan kaum lain yang menyebabkan mereka mundur dan tidak maju.
Sikap yang sama ada pada orang Melayu di selatan Thailand. Mereka terpisah daripada pembangunan utama kerana berbeza bahasa, agama dan budaya tetapi tidak pula banyak mengeluh. Walaupun kerajaan Malaysia membantu membuat perubahan melalui pendidikan, mereka sendiri yang menentukan apakah mereka mahu berubah atau tidak. Masyarakat India di Malaysia lebih baik kerana walaupun berbeza banyak perkara, mereka masih berada di dalam arus perdana politik negara. Jika mundur masyarakat India, tanyalah pemimpin mereka apa yang sedang dilakukannya.
No comments:
Post a Comment