Saturday, February 28, 2009
Rohingya jadi agenda ASEAN
(Yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-14, Hua Hin, Thailand)
Daerah pelancongan Hua Hin di selatan Bangkok ini tetap seperti biasa. Kehadiran ribuan anggota delegasi dari 10 negara ASEAN tidak langsung mengejutkan penduduknya. Mereka sudah lali dengan pelancong.
Pemilihan Hua Hin sebagai destinasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 memang tepat jika dilihat daripada sudut keselamatan. Di sini, bahang demonstrasi langsung tidak terasa. Jika "si baju merah" cuba menguasai perhatian di Bangkok, tetapi kelibat kumpulan itu langsung tidak kelihatan di Hua Hin.
Seperti kata penduduk tempatan, dari Bangkok membawa ke selatan adalah "wilayah si baju kuning". Kerajaan yang memerintah sekarang mendapat sokongan kumpulan ini. Mungkin keadaan itu juga membuatkan kelibat penunjuk perasaan berbaju merah tiada di sini.
Lagipun, Hua Hin adalah bandar pelancongan diraja. Istana musim panas keluarga diraja terletak di sini. Rakyat Thailand terkenal sangat taat dan menghormati raja mereka. Mungkin juga sebagai tanda hormatkan raja, bahang demonstrasi tidak sampai ke wilayah Petchaburi ini.
Mengikut akhbar tempatan, demonstrasi oleh kumpulan pro-Thaksin Shinawatra tidak 'sehebat' tunjuk perasaan oleh kumpulan penentang bekas Perdana Menteri itu akhir tahun lalu.
Demonstrasi kali ini hanya sekadar suam-suam kuku. Ia gagal menunjukkan taring. Paling penting, ia gagal membuatkan sidang kemuncak ini tertangguh lagi. Selepas ditunda dua kali - pertama di Bangkok dan diikuti oleh Chiang Mai - Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 mengambil tempat di Hua Hin pula.
Bagaimanapun disebabkan soal keselamatan dan tempoh singkat 'notis' untuk sidang kemuncak di Hua Hin ini, hanya negara anggota ASEAN sahaja yang bertemu.
Ia berbeza dengan sidang sebelum ini yang menyaksikan kehadiran negara-negara rakan. Mesyuarat khas untuk kumpulan rakan ASEAN seperti New Zealand, Australia, China, India, Korea Selatan dan Jepun mungkin akan diadakan pada April depan. Itu pun bergantung kepada situasi ketika itu.
Seperti sidang kemuncak terdahulu, pelbagai isu dan agenda mewarnai perbincangan sidang kali ini.
Selain membincangkan krisis kewangan yang melanda rantau ini, isu lanun di perairan Somalia dan pelarian Rohingya Myanmar menjadi antara agenda utama yang dibawa oleh Malaysia.
Sebagai negara persinggahan pelarian dari Myanmar itu, Malaysia berhak mengetengahkan isu berkenaan. Masa untuk tunggu dan lihat sudah berlalu. Sesuatu yang tegas perlu dilakukan. Masalah yang semakin berakar umbi itu mesti diberi perhatian dan seterusnya diatasi.
Jumlah pelarian Rohingya di Malaysia semakin meningkat. Ketika ini dianggarkan lebih 14,000 etnik Rohingya berada di Malaysia. Bagaimanapun angka itu mungkin lebih tinggi. Malah kini ia mula membanjiri negara jiran, Indonesia.
Seperti yang dikatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, jika dibiarkan ia akan terus melarat. Pelarian Myanmar itu akan semakin tersebar. Bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, malah akan menjadi masalah di peringkat global.
Myanmar perlu disedarkan segera. Rohingya adalah masalah mereka. Tetapi sejak sekian lama, negara lain terpaksa memikul beban tersebut. Yangon perlu menyelesaikan punca permasalahan membabitkan etnik Rohingya tersebut.
Ia tidak boleh lepas tangan. Myanmar perlu lebih terbuka dalam isu tersebut. Dalam masa yang sama, masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu 'dikejutkan' dengan isu ini. Ketepikan dulu soal memulihkan demokrasi di Myanmar atau pembebasan Aung San Suu Kyi.
Masalah Rohingya lebih buruk. Ia membabitkan nyawa dan hak asasi ribuan etnik tersebut. Layanan ke atas hak asasi penduduk Rohingya hampir sifar di sana. Malaysia perlu bertegas dalam usaha memperjuangkan masalah Rohingya ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ini adalah platform terbaik untuk menyuarakan hakikat tersebut. Isu Rohingya perlu diselesaikan secara kolektif dan positif. ASEAN perlu disediakan dan bersedia untuk itu. Selama ini Myanmar menjadi masalah kepada ASEAN berhubung isu hak asasi dan demokrasi. Keadaan itu perlu diperbetulkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu ditemu bual akhbar Bangkok Postkelmarin menegaskan, ASEAN perlu tegas dalam isu Rohingya.
"Kita memerlukan banyak persefahaman dan kerjasama mengenai bagaimana mengawal isu ini di sempadan. Kita perlu tegas dan serius menangani situasi itu. Sekiranya tidak, kita semua akan menghadapi masalah," katanya.
Menurut Abdullah, Malaysia tidak mahu dilihat tidak bertimbang rasa. Bagaimanapun isu itu melibatkan orang yang "memasuki Malaysia tanpa permit".
Katanya, dalam isu Rohingya, semua pihak perlu bersikap tegas. "Ketegasan itu perlu bermula di semua sempadan. Kita perlu menghantar mereka (pelarian Rohingya) pulang," tegas beliau.
Selain Rohingya, Malaysia turut membawa isu ancaman lanun di perairan Somalia pada sidang ini. Isu berkenaan juga penting untuk dibincangkan kerana lanun di Teluk Aden itu merupakan ancaman global.
Persefahaman dan kerjasama daripada negara blok Asia Tenggara ini sangat penting kerana lanun-lanun di perairan Somalia itu turut mengancam kapal-kapal dari rantau ini.
Sebagai negara yang kapal-kapalnya pernah menjadi tebusan lanun di Teluk Aden itu, Malaysia seharusnya bertindak lebih agresif dalam mendapatkan kerjasama jiran serantau. Isu lanun di perairan itu perlu diterjemahkan kepada keadaan yang benar-benar memuaskan.
Sementara itu, Malaysia juga akan berusaha menarik perhatian negara serantau berhubung isu di Gaza. Sekurang-kurangnya berkaitan dengan bantuan kemanusiaan dan kemungkinan mewujudkan keamanan di Gaza dan seluruh Palestin.
Sama ada ia mendapat persetujuan kolektif semua negara ASEAN adalah isu berbeza. Bagaimanapun tidak salah untuk Malaysia berusaha mengetengahkan isu yang membabitkan soal kemanusiaan tersebut.
Sidang Kemuncak ASEAN terakhir untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ini juga menyaksikan beberapa dokumen penting ditandatangani oleh Malaysia. Ia bertujuan meningkatkan kerjasama dengan negara blok serantau ini.
Antaranya ialah dokumen mengenai masyarakat keselamatan politik ASEAN, sosial budaya Asia Tenggara, keselamatan bahan makanan serantau selain kerjasama global dalam hal ekonomi dan krisis kewangan dunia.
[Utusan Online, 28/2/2009]
Friday, February 27, 2009
Didikan guru terhadap murid
Ketaatan dan ketakwaan menjadikan contoh untuk muridnya yang selalu mendampinginya sehingga muridnya pun menjunjung tinggi akhlak dan kebesaran ilmu yang dimiliki.Pada suatu hari, Sheikh Kendi menceritakan tentang gurunya yang berada di negeri seberang danmeminta murid kesayangan untuk menemuinya. Keesokan hari, sang murid berangkat ke negeri seberang dan sampailah di hadapan gerbang pintu rumah guru besar Sheikh Kendi. Anak murid ini bertanya: ‘Apakah ini rumah guru besar Sheikh Kendi?’
Rumah yang bagaikan istana, penjaga yang begitu ramai membuatkan keraguan murid Sheikh Kendi. Lalu terdetik di hatinya, ‘Guruku Sheikh Kendi miskin tak punya apa-apa sedangkan guru besarnya seperti ini.’ Bertambah keanehannya di kala melihat di dalam istana itu bangku-bangku emas, mahkota emas dan gemerlapan emas yang ada di dalam rumah.
Akhirnya berjumpalah murid Sheikh Kendi dengan guru besarnya yang bernama Sheikh Sulaiman.
Tiba-tiba beliau berkata, ‘Apakah engkau murid Sheikh Kendi, murid kesayanganku?’
Jawab murid Sheikh Kendi, ‘Benar wahai guru besar.’
‘Beri khabar kepada muridku agar dia lebih zuhud lagi di dunia dan salamkan ini kepadanya.’
Anak murid Sheikh Kendi kebingungan. Fikirnya Sheikh Kendi yang miskin disuruh tambah miskin lagi.
Keesokan hari, dia pulang menuju rumah Sheikh Kendi dan membawa pertanyaan yang membingungkan. Setibanya di rumah, Sheikh Kendi menyambut kedatangannya dengan gembira sambil berkata, ‘Apa khabar yang kau bawa dari guruku tercinta?’
Lalu anak muridnya menceritakan, ‘Wahai guruku, aku diberi khabar agar engkau lebih zuhud lagi hidup di dunia.’
Tiba-tiba Sheikh Kendi menangis, menangis dan menangis lalu mengambil kendi dan memecahkannya sambil berkata, ‘Benar guruku, benar guruku.’‘Ketahuilah wahai muridku, kemewahan dan keindahan Sheikh Sulaiman guruku tak sedikitpun masuk ke dalam hatinya, sedangkan aku selalu mencari-cari kendiku dan aku takut kehilangannya. Ini yang menyebabkan aku kurang zuhud kepada Allah SWT, kerana masih ada di hatiku dunia.’
ingatan@yahoogroups.com
Thursday, February 26, 2009
Polemik hukum ASB dan ASN
‘Umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu ragu-ragu terhadap status pelaburan yang dibuat serta dividen atau bonusnya.’
Pihak majlis fatwa mengambil ketetapan berkenaan selepas skim itu dilancarkan pada tahun 1990 lalu. Objektif ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum. Kelayakan terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas (akaun dewasa) dan remaja yang berumur 12 hingga 18 tahun ke bawah dengan pengesahan ibu bapa atau penjaga sah (akaun remaja).
Pengurusan pelaburan diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pelabur boleh menyimpan wang mereka di bank-bank terpilih yang menyediakan khidmat pelaburan ASB dan ASB dengan pelbagai faedah yang menarik.
Implikasi daripada keputusan ini memberi kesan yang sangat besar kepada kesediaan umat Islam di Malaysia kerana ia telah mengubah persepsi mereka terhadap pelaburan itu dengan serta-merta. Jika sebelum ini mereka menjauhkan diri daripada melabur dalam skim ASB atau ASN, kini kedua-dua skim itu mula menjadi perhatian.
Permodalan Nasional Berhad telah mula menggerakkan kempen mencari pelabur-pelabur baru melalui pembukaan cawangan di seluruh negara termasuk di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Di sepanjang jalan di Putrajaya telah dipasang kain rentang bagi memaklumkan pembukaan cawangan baru itu di Putrajaya.
Walaupun dihukum harus, terdapat pihak yang belum atau enggan mengakui keputusan majlis fatwa kerana meragui kaedah pelaburan yang diguna pakai. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berpendapat kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sesebuah saham amanah yang diiktiraf ‘patuh syarak’ yang dikeluarkan.
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh para pakar yang berpengalaman dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Berpandukan kepakaran dan pengalaman mereka, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak membenarkan bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai kedua-dua skim berkenaan.
Perselisihan hukum di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak memberi faedah kepada umat Islam di Malaysia yang berhajat untuk melabur dalam skim ASB dan ASN kerana tidak ada kata putus yang diyakini.
Bagi umat Islam yang melihat ASB dan ASN sebagai lubuk mencari untung, inilah masa yang paling tepat untuk memulakan pelaburan. Namun bagi mereka yang tidak mahu terjebak dalam pelaburan haram, melibatkan diri dalam skim berkenaan adalah sia-sia kerana menjejaskan amalan soleh yang dilakukan.
Pemantauan di laman-laman blog turut menarik ramai pengendali blog menerbitkan artikel hukum berkenaan di samping perbincangan yang aktif. Ada pelabur yang telah membatalkan pinjaman daripada bank (kerana melabur dalam ASB), sedekah dividen kepada mereka yang miskin, berusaha meyakinkan rakan-rakan bahawa pelaburan skim berkenaan belum boleh dikira halal namun ada yang mengalu-alukan keputusan majlis fatwa.
Polemik ini tidak harus dipandang ringan dan dibiarkan begitu sahaja, sama ada oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kedua-dua pihak wajar memberi masa untuk berjumpa dengan masyarakat Islam dan menerangkan sebab-musabab pendirian mereka. Sebaik-baiknya dianjurkan forum atau seminar bagi memudahkan masyarakat Islam mendapat gambaran jelas tentang kaedah pelaburan dan bagaimana ia memberi manfaat kepada ekonomi umat Islam keseluruhannya.
Wednesday, February 25, 2009
Bisnes CD-ROM
Paling kurang ada tiga kelebihan iaitu: menggunakan maklumat dan panduan yang terdapat dalam CD tersebut untuk faedah sendiri, menjual CD dan mendapat untung dan mendapat pakej lengkap bisnes yang boleh terus digunakan untuk menjana wang.
CD-ROM ialah cakera padat yang menyimpan data. CD juga boleh menyimpan lagu dan filem seperti yang biasa dijual di pasar malam dan kaki lima. Untuk membuka CD-ROM, anda perlukan komputer dan membacanya seperti sebuah buku. Anda juga boleh mencetaknya jika mahu.
Jika tidak ada komputer, anda boleh ke kafe siber atau meminjam komputer kawan yang mempunyai CD-Writer. Minta mereka buatkan salinan ke CD kosong. Apabila sudah ada modal, anda boleh membeli sebuah komputer dan mencetaknya sendiri di rumah.
Mengapa CD-ROM? Mengapa tidak dicetak di atas kertas? Kerana CD-ROM lebih murah dengan modal hanya RM3 untuk mencetak satu CD. Jika menggunakan salinan foto, paling kurang anda perlukan RM20 untuk mencetak semua panduan yang ada.
Idea bisnes ini mesti memuatkan tajuk dan kandungan yang menarik seperti "CD-ROM 40 Rahsia Jutawan Buat Duit Dari Rumah Terbongkar," "Rahsia Jutawan Adsense," "Jana Pendapatan RM160k dengan modal RM30" "Formula RM200 setiap hari tanpa perlu keluar rumah" dan sebagainya.
Jika anda rajin, bahan-bahan artikel ini boleh dicari, disusun dan ditulis sendiri. Kemudian dicetak dengan perisian yang sedia ada di dalam komputer anda seperti Nero StartSmart. Sebenarnya cara ini tidak memerlukan anda untuk membayar royalti atau lesen kepada sesiapa.
Istimewanya bisnes ini ialah anda mendapat wang secara tunai, boleh dilakukan secara sambilan, tidak perlu premis, modal yang kecil dan paling penting ialah anda tidak perlu menyimpan stok kerana anda mencetak apabila mendapat pesanan.
Menjual CD-ROM perlukan sedikit kreativiti dan kerajinan. Kreatif memasarkan barangan jualan anda dan rajin membuat promosi. Jika anda memilih promosi melalui pos, pastikan anda mencetak brosur yang menarik dan banyak, jika melalui Internet, dapatkan satu laman web yang percuma (biasanya blog) dan mula pasarkan CD-ROM anda.
Kalau nasib anda baik, pendapatan bulanan anda boleh mencecah RM5,000.
Tuesday, February 24, 2009
Psikososial masyarakat Melayu miskin
Bagaimanapun kemasukan pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-19dan 20 telah mengubah nilai dan keadaan semula jadi masyarakat Melayu. Mereka mendapati terdapat kekurangan untuk bersaing dalam keadaan semangat yang tinggi. Komuniti baru yang datang ini telah memberi persaingan yang ketara kepada bangsa Melayu dan mereka yang tidak mampu bersaing akan tertinggal di belakang.
Orang Melayu hidup di kampung dan mengamalkan nilai dan adat tradisi mereka turun-temurun. Persekitaran rumah yang ditanam dengan pelbagai pokok dan sayur-sayuran serta ternakan mempastikan mereka tidak putus bekalan makanan. Pendidikan ketika itu tidak dipentingkan sangat kerana yang penting adalah keperluan harian. Kedatangan imigran Cina dan India telah membuka lembaran baru dalam kehidupan masyarakat Melayu dan melihat persekitaran dengan prospek yang lebih luas.
Syed Hussein Alatas dalam bukunya ‘The Myth of the Lazy Native’ menerangkan bahawa orang Melayu sangat setia kepada ketuanya. Masyarakat Melayu yang hidup dalam komuniti tersendiri sangat mengutamakan umur dan generasi tua yang dikaitkan dengan kebijaksanaan, berpengalaman dan berpengetahuan. Orang tua sering dianggap bijak dan disegani.
Islam telah mengubah kehidupan masyarakat Melayu dan menjadi sebuah bangsa yang hebat. Melaka telah menjadi sebuah pusat Islamisasi yang hebat di Asia Tenggara pada abad ke-15. Nilai, budaya dan adab seperti malu, bertoleransi, akhlak mulia, meraikan tetamu, jujur, bersih, kerjasama, menghormati jiran dan sebagainya mempunyai akar umbi Islam. Bagaimanapun terdapat salah faham berkaitan nilai-nilai ini yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu. Kerapkali kepercayaan ini dijadikan sebagai alasan untuk mengesahkan kejahilan mereka. Salah faham ini menjadikan Melayu malas dan berserah kepada nasib.
Sekiranya tidak mendapat apa yang diingini, mereka cenderung menyalahkan takdir. Kepercayaan melulu terhadap konsep dan peranan takdir telah membentuk sikap kepuasan diri yang segera terhadap apa jua masalah yang dihadapi. Keadaan ini boleh diperhatikan melalui pembentukan peribahasa yang menggambarkan sikap tersebut. Antaranya ialah ‘rezeki secupak tidak akan jadi segantang' dan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.’
Salah faham terhadap keperluan bekerja keras telah membentuk minda Melayu bahawa kekayaan tidak penting kerana tidak dapat dibawa ke lubang kubur. Pengukuhan tersebut dapat dilihat dalam peribahasa ‘ulat dalam batu pun boleh hidup’ yang memberi maksud tidak perlu bekerja kuat kerana rezeki telah ditentukan.
Konsep ini sangat bertentangan dengan masyarakat Cina yang melihat peminta sedekah adalah lambang kemiskinan dan kehidupan tanpa usaha. Jelas bahawa konsep kesederhanaan telah disalah tafsir bagi menidakkan usaha yang bersungguh-sungguh. Amalan lain yang wujud dalam masyarakat Melayu ialah tradisi yang telah berakar umbi sejak lama iaitu kepercayaan terhadap kuasa luar bagi meminta bantuan terhadap aktiviti harian, penentuan cuaca dan merawat penyakit.
Tradisi ini telah bertapak dalam masyarakat sehinggakan tidak mahu melihat perubahan sebagai satu keperluan kerana mereka tidak didedahkan dengan idea yang kreatif dan luar daripada kepompong minda yang terjajah.
Banyak peribahasa yang berkaitan dengan tatatertib, peraturan, cara dan panduan yang menjadi panduan masyarakat Melayu dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah:
Biar lambat asalkan selamat | keselamatan lebih penting dan perlu berhati-hati dalam membuat sebarang pekerjaan |
Tidak lari gunung dikejar | perkara yang dibuat secara tergesa-gesa biasanya akan menimbulkan banyak masalah dan kurang lengkap serta tidak terurus |
Awal dibuat, akhir diingat | setiap perkara yang hendak dilakukan wajar difikirkan semasak-masaknya supaya selamat |
Alang-alang berdakwat biarlah hitam | galakan membuat kerja dengan bersungguh-sungguh |
Peribahasa ini menggambarkan bahawa orang Melayu adalah malas, degil, gopoh, bekerja tidak bersungguh-sungguh dan bekerja mengikut peraturan. Walau bagaimanapun masih terdapat peribahasa yang berkaitan nasihat untuk bekerja dengan berhati-hati, teliti dan berfikir dengan mendalam. Kesimpulan ini bertepatan dengan pendekatan teori psikososial yang digelar oleh Frank sebagai ‘teori psikologi’ dan Havens sebagai ‘teori psikodinamik.’
Punca kemiskinan di dalam masyarakat Melayu dipengaruhi oleh dua faktor penting iaitu (i) faktor psikologi iaitu mentaliti seseorang dan budaya masyarakat setempat, dan (ii) faktor kebudayaan tradisional. Kedua-dua faktor ini dianggap sebagai penghalang dan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui budaya, peribahasa, pantun ataupun amalan tradisi. Inilah yang dianggap sebagai jawapan kepada keadaan kemiskinan yang dialami oleh negara-negara membangun dan Dunia Ketiga.
Tokoh pengkaji kemiskinan David McClelland menyatakan bahawa golongan miskin di negara-negara miskin tidak mempunyai semangat dan dorongan yang tinggi serta bersikap negatif terhadap pembangunan. Mereka mudah mengalah pada nasib dan aspirasi yang rendah terhadap pencapaian. Seorang lagi pengkaji, Hagen turut berpendapat bahawa keinginan negara-negara miskin untuk mengadakan peraturan dan menikmati kuasa autonomi adalah rendah sedangkan keinginan untuk bergantung dan menyerah diri kepada kongkongan adalah tinggi.
Kedua-dua tokoh ini percaya bahawa dengan mewujudkan suasana yang menggalakkan keinginan pencapaian yang tinggi, keinginan untuk menikmati autonomi yang tinggi, keinginan untuk berperaturan yang tinggi dan kesanggupan mendedahkan diri pada pengalaman baru akan menghasilkan satu jenis personaliti ‘manusia ekonomi’ yang boleh membawa pembangunan dan modenisasi ekonomi.
Monday, February 23, 2009
The future of social democracy
Tahun: 2007
Penerbit: Friedrich-Ebert-Stiftung, Bonn, Jerman
Muka surat: 317
Demokrasi sosial menyatakan secara tidak langsung sebahagian daripada istilah popular dalam sekuriti sosial, inklusi sosial dan peluang mendapat keseimbangan dalam hidup. Hak-hak asasi sosial memberi nilai kepada hak-hak asasi semula jadi untuk menentukan pendapat dan membantu dalam proses demokrasi.
Hari ini, konflik seluruh dunia adalah di antara demokrasi ultra-liberal dan demokrasi sosial. Demokrasi ultra-liberal percaya bahawa pasaran bebas dapat menjamin kebebasan pengamalnya. Bagaimanapun, pengalaman lepas menunjukkan pandangan itu berhadapan dengan masalah. Ekonomi pasaran sosial yang berjalan seiring dengan sosial dan ekonomi menentukan kebebasan rakyat dan menstabilkan demokrasi. Demokrasi sosial memenuhi tuntutan demokrasi dan mengukuhkan kehidupan seharian masyarakat.
Dalam era globalisasi ini, demokrasi sosial memberi makna baru yang sangat signifikan. Pasaran yang mudah terdedah kepada malapetaka adalah bukti yang dapat dilihat di mana-mana saja: alam sekitar yang terancam hinggalah kemasukan pendatang asing, dari ketiadaan arahan kewangan hinggalah kepada taburan kekayaan yang tidak seimbang dan peluang-peluang hidup yang mengancam kestabilan. Pasaran ini mesti ditempelkan ke dalam politik dan tanggungjawab sosial jika hak-hak asasi manusia hendak diberi jaminan dalam dunia yang seringkali terdedah kepada ancaman keselamatan.
Idea demokrasi sosial ini bukannya ditentukan oleh individu. Matlamat demokrasi sosial ialah membentuk asas kepada politik dan hak-hak sosial ke seluruh dunia dengan mempromosi pembaharuan dalam setiap negara dan membantu membentuk semula hala tuju globalisasi.
Buku ini memperkenalkan teori dan asas kepada demokrasi sosial yang memberi fokus kepada beberapa konsep yang praktikal. Ia menjawab beberapa persoalan tentang demokrasi moden mendapat pengesahan dan kepercayaan, kepentingan keadilan sosial, hak-hak asasi dan peranan yang boleh dimainkan dalam masyarakat. Teori dalam demokrasi sosial dianalisis dari segi tindakan politik untuk memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan kuasa untuk rakyat.
Buku ini juga menyediakan perbandingan pelbagai masyarakat dengan strategi yang berbeza-beza untuk mengharungi risiko yang menghalangi pemenuhan hak-hak asasi mereka.
Friday, February 20, 2009
Siapa yang menguasai Baitul Maqdis akan menguasai dunia
Palestin adalah isu akidah
Isu Palestin adalah isu bersama. Perkara pertama yang kita boleh kongsi ialah memahami pesanan Sheikh Mahmoud Siyam, mantan imam dan khatib Masjid Al-Aqsa dalam satu pertemuan ketika beliau melawat Malaysia. Dia berkata, persoalan Palestin adalah satu permasalan yang akan berterusan sehingga menjelang hari kiamat sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud,
‘Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Kemudian kaum Muslimin membunuh mereka sampai orang Yahudi bersembunyi di belakang batu atau pohon. Maka batu atau pohon itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini di belakangku ada Yahudi, ke marilah lalu bunuhlah. Kecuali pohon Gharqad (sebuah pohon berduri yang dikenali dalam kalangan bangsa Yahudi), sesungguhnya Gharqad itu adalah salah satu pohon bangsa Yahudi.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kenapa Palestin? Pertama, Dr Yusuf Qardawi dalam salah satu kitabnya berkata isu Palestin adalah isu akidah. Maksud akidah di sini ialah merupakan sebahagian daripada keyakinan dan keimanan kita.
‘Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’ (Al-Isra’:1)
Kedua, kiblat pertama. Perkara yang pertama selepas kalimah syahadah diberi dan disampaikan kepada sahabat-sahabat Rasulullah SAW ialah ibadah iaitu bersolat. Baginda SAW mengumpulkan mereka ke arah Baitul Maqdis, walaupun Kaabah ada berhampiran. Kenapa Baitul Maqdis? Salah satu daripadanya ialah Allah SWT hendak mendidik kita supaya melihat Baitul Maqdis ini sebagai salah satu daripada perkara yang besar dan utama dalam kehidupan seorang muslim.
Dalam sebuah hadis, dinyatakan hanya tiga tempat yang digalakkan untuk ziarah atau mengembara. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Tidak dianjurkan untuk berpergian kecuali kepada tiga masjid, masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjid Al-Aqsa.’ Ini menunjukkan betapa besar dan sucinya kota Baitul Maqdis.
Ketiga, keadaan yang berlaku di Palestin ada kaitan dengan umat sebelumnya. Bermula dengan umat Nabi Ibrahim AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Daud AS dan Nabi Isa AS. Pada tahun 636 masihi, Saidina Umar pergi sendiri ke Palestin untuk mendapatkan kunci kota Baitul Maqdis daripada pemimpin kristian yang menguasai kota itu. Sebaik sahaja memegang kunci itu, Saidina Umar mengisytiharkan bahawa seluruh bumi Palestin sebagai tanah wakaf umat Islam. Kenyataan ini bermakna seluruh umat Islam wajib mempertahankan tanah wakaf itu.
Keadaan ini difahami oleh Sultan Salehuddin Al-Ayubi. Sebaik sahaja dilantik memegang tampuk pemerintahan, dia menuju ke Baitul Maqdis untuk membebaskan kota tersebut daripada tentera salib.
Orang-orang Islam yang faham dan beriman akan nampak permasalahan di Baitul Maqdis dan Palestin bukan masalah orang Arab dengan orang Yahudi, bukannya masalah negara Palestin dengan negara Israel sebaliknya adalah permasalahan umat Islam yang mesti mempertahankan tanah wakaf warisan umat.
Keempat, kenapa kita sebut Palestin? Ada sekeping gambar yang menunjukkan saudara kita ditanam sebahagian daripada badannya. Ini adalah salah satu daripada bentuk siksaan yang dikenakan ke atas orang Palestin. Tangan diikat, mata ditutup dan dibuat apa sahaja sesuka hati sama ada ditendang, dipukul atau disepak.
Baru-baru ini seorang rakan saya berada di Rafah sebelum genjatan senjata diadakan. Pintu sempadan Rafah dikawal oleh kerajaan Mesir dan dibuka hanya 3 jam sehari. Suatu hari sebuah ambulans melintasi sempadan Rafah untuk membawa seorang remaja yang kepalanya telah ditembak. Remaja berkenaan dibawa ke sebuah hospital di Kaherah dan selamat menjalani pembedahan. Sebaik sahaja sedar, remaja itu bertanya, ‘Saya berada di mana?’ Lalu diberitahu, ‘Kamu di Kaherah.’ Dengan bersemangat remaja ini membalas, ‘Tak mahu, hantar saya balik ke Gaza. Saya nak kembali ke Palestin dan tak mau mati di Mesir. Saya nak mati di Palestin.’
Kelima, sabda Rasulullah SAW, ‘Barangsiapa yang tidak ambil berat urusan umat Islam maka dia bukan daripada mereka.’ Ingatan ini sangat serius. Sesiapa yang tidak ambil tahu langsung dan tidak kisah serta memikirkan kepentingan diri sahaja, Rasulullah SAW kata dia bukan daripada golongan umat Islam.
Di Palestin, ada mayat yang kita lihat amat menyedihkan. Bukannya mayat selepas kemalangan atau bedah siasat. Sebaliknya mayat yang biasa dijumpai di lorong-lorong jalan. Ketika ditemui, keadaan badannya sudah terbuka kerana orang Yahudi menangkap dan membelah tubuhnya untuk diambil organ dan dijual. Badan mayat hanya dijahit semula oleh orang-orang Islam sebelum dimandikan.
Masalah Palestin bukan masalah manusia lawan manusia sebaliknya masalah iman dan aqidah kita. Bukan juga isu semasa, tetapi menjadi permasalahan yang utama dalam agenda umat Islam.
Keenam, Rasulullah SAW bersabda, ‘Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian. Maka para sahabat bertanya: Di manakah mereka? Jawab Rasulullah: Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.’ (Riwayat Bukhari).
Ulama –ulama mutaakhir berkata maksud ‘sekitarnya’ ialah mereka yang duduk di luar Palestin dan membantu perjuangan di Baitul Maqdis, bukan sekadar di Jordan, Syria atau Mesir. Mereka ini termasuk dalam kelompok bersama-sama dengan kebenaran. Kita tidak lahir di Palestin atau Baitul Maqdis namun inilah peluang kita untuk membantu umat Islam Palestin.
Ketujuh, mari kita kenali Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat sekarang. Siapakah Barack Obama? Beliau adalah salah seorang boneka Israel. Semasa berkempen menjadi presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah disoal tentang keutamaannya apabila dilantik menjadi presiden. Dengan bingkas beliau menjawab Israel.
Dalam satu kenyataan yang lain, Obama menyatakan bahawa dirinya adalah anggota CFR (Council on Foreign Relations). Apabila disebut anggota CFR, jelaslah bahawa Barack Obama adalah anggota Freemason ‘32 degree’ iaitu tingkatan paling tinggi yang boleh dicapai oleh seseorang bukan Yahudi dalam organisasi itu.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 82 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.’ Daripada ayat ini kita boleh gambarkan siapa musuh yang utama.
Zionis: Agenda dan peranannya
Orang Yahudi meyakini bahawa mereka adalah umat pilihan. Kata mereka, ‘Kami anak Allah, kami dipilih untuk memimpin dunia, bangsa lain menjadi hamba kami.’ Inilah akidah Yahudi.
Ada empat sumber rujukan mereka. Pertama ialah Torah atau Old Testament. Ia bukannya kitab Torah yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Musa AS tetapi kitab yang ditulis oleh pendeta-pendeta mereka. Torah ini banyak korupsi seperti disebut Allah itu pelupa, tidak adil dan bermacam-macam lagi.
Rujukan kedua ialah kitab Talmud. Talmud ialah kata-kata atau hadis Nabi Musa AS tetapi telah ditukar dengan kata-kata pendeta Yahudi. Salah satu ajaran Talmud ialah, ‘Sekiranya kamu berjalan-jalan dan berjumpa orang bukan Yahudi meminta tolong dari dalam lubang, hendaklah kamu mengambil batu dan menghempapnya.’ Sumber ketiga ialah Kabbalah iaitu huraian kepada Talmud. Apa yang disebutkan Talmud diterangkan dengan lebih kejam.
Manakala keempat adalah protokol zionis. Salah satu daripadanya ialah berusaha menguasai ekonomi dunia. Penguasaan ini bukan sekadar kekayaan harta malah menguasai hati-hati umat Islam. Yahudi menguasai pemikiran, perasaan dan kehidupan hinggakan orang Islam mengikut apa yang dirancang oleh ekonomi Yahudi.
Kelompok zionis telah membuat satu perjumpaan setelah tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Hamid II. Theodor Herzl mengadakan Konferens Yahudi Sedunia yang pertama di Besel, Switzerland pada 1897 bagi membincangkan langkah-langkah untuk menubuhkan negara Yahudi dan menambahkan bilangan Yahudi di Palestin.
Perancangan seterusnya ialah merancang kemasukan orang Yahudi secara terancang dan tersusun ke Palestin. Dari lapan peratus Yahudi, bilangan mereka bertambah hingga Resolusi 181 (II) PBB memberi 55 peratus daripada tanah Palestin kepada Yahudi. Selepas tahun 1948, keluasan Israel bertambah kepada 77 peratus. Kini cuma tinggal empat peratus tanah yang diduduki oleh orang Palestin.
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, ‘Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim).
[Sumber: HALUAN Palestin]
Thursday, February 19, 2009
Akhirnya tinggal empat ekor raja
Cerita Satu: Permaisuri sedang duduk dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampung sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda disebat untuk memacut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan. Kaum tani datang mengepong kereta kuda.
Cerita Dua: Bomoh berjanggut tebal telah mati ditembak dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salju semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan baginda dan permaisuri sedang memasukkan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat di luar sedang bersedia menunggu dalam kesejukan salju.
Cerita Tiga: Bila malam mula gelap baginda pun dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang juak juak datang mengekor. Kaki kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak dibunyikan. Semuanya senyap.
Cerita Empat: Telefon berwarna merah berdering. Pembantu presiden mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hunjung talian Raja Segala Raja sedar saat akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang enjin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.
Cerita Satu adalah hari-hari akhir untuk Maria Antoinette Permaisuri Perancis yang hingga ke hari ini masih diingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Perancis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti – Pemaisuri Bangang ini telah bekata ‘Kalau tak ada roti makanlah kueh.’ Setelah ditangkap kerana cuba hendak melarikan diri, Si Bangang ini telah dibicarakan. Keputusan rakyat lehernya dipenggal dengan guillotine oleh Revolusi Perancis pada tahun 1793. Sistem feudal beraja dihapus. Perancis menjadi Republik.
Cerita Dua adalah saat saat akhir apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Russin telah dibunuh. Rakyat Russia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di Russia. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirnya di hukum mati oleh Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal dihapuskan. Russia menjadi Republik.
Cerita Ketiga adalah dimalam akhir Al-Malik Faruq al-Awwal – Raja Mesir yang dinaikkan ke atas kapal oleh Presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah dihantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada tahun 1952. Sistem feudal dihapuskan. Mesir menjadi Republik.
Cerita Empat ialah hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan dari Presiden Jimmy Carter. Jimmy Carter telah enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Jimmy Carter telah mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa presiden sedang berehat di Camp David dan tidak mahu diganggu. Pada 11 Febuari 1979, Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini di tendang keluar oleh Rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan. Iran menjadi sebuah Republik.
Ini adalah contoh berakhirnya sistem feudal di mana Raja, Al-Malik, Shah , Emperor dan Czar ditendang keluar oleh rakyat. Ada yang dibunuh, dipenggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.
Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem feudal ini.
Feudal ialah satu sistem ekonomi di mana yang kuat dijadikan raja dan disembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai raja telah mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peluh kaum tani.
Di zaman ini punca mata pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera mereka dilihat berkuasa.
Untuk memperkukuhkan kuasa, pada awalnya telah dimunculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita Pedang Azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.
Sistem feudal menghadapai persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama menjadi satu kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India.
Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri-kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodoh dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka dirampas. Kaum agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalalkan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.
Penipuan ini berjalan beratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.
Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional kaum tani tidak lagi merasa gerun apabila melihat muka raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut marut telah dikoyak rabakkan oleh pemikiran rasional.
Idea yang dibawa pada Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu sains, ilmu alam, ilmu bumi dan bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – Kaum Peniaga. Kaum Peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi dari urusan perniagaan.
Dengan ilmu sains dan pengetahun Kaum Peniaga yang mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggalkan tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi Kaum Peniaga juga tidak jauh ganasnya dari kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.
Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan dari kaum buru dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Perancis pada tahun 1789. Berlaku Revolusi Amerika pada tahun 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917.
Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil dari rompakan tenaga kerja mereka.
Sumber: http://anwaribrahimblog.com
Wednesday, February 18, 2009
Pelayan restoran di kedai makan
Tidak susah untuk mencari kerja kosong di restoran atau gerai makan kerana bisnes seperti ini sentiasa bertambah. Jika ramai pelanggan, pengusaha restoran pastilah memerlukan lebih ramai pekerja. Mereka lebih suka mengambil pekerja sambilan kerana tidak perlu keluarkan banyak wang untuk membayar gaji, cukup dengan bayaran berdasarkan kerja hari.
Bagi menambah kemahiran dan minat dalam bidang penyediaan makanan, bekerja sambilan sebagai pelayan ini juga dapat memberi peluang kepada anda mengenali dengan lebih dekat kaedah menyedia makanan, perkhidmatan layanan dan amalan kebersihan.
Dalam bisnes makanan ini, gerai makan yang ramai pelanggan dapat menjamin bayaran upah yang lebih tinggi.
Contohnya di sebuah gerai makan yang menjual tomyam. Enaknya rasa kuah tomyam dapat mengundang kehadiran ramai pelanggan sehingga anda tidak menang tangan untuk melayan. Bagi gerai makan yang hanya menyediakan makanan untuk dibungkus, ianya lebih mudah dan melatih anda untuk sentiasa bersedia dengan peralatan seperti plastik, kertas bungkus, sudu dan sebagainya.
Tidak ada sekatan masa untuk menjadi pelayan di gerai makan dan restoran ini. Ada masanya jika anda menunjukkan prestasi yang cemerlang, upah yang diberi mungkin lebih baik.
Monday, February 16, 2009
Kemiskinan bandar perlu ditangani dengan saksama
Tetapi di luar bandar, pendapatan di bawah RM1,500 sebulan masih boleh dianggap selesa kerana kos sara hidup tidak tinggi, berbanding di bandar. Kebanyakan penduduk di luar bandar juga menikmati pelbagai bantuan, termasuk subsidi padi dan baja, selain mempunyai tanah yang luas untuk bercucuk tanam.
Malah di luar bandar, kebanyakan penduduknya tidak perlu menyewa rumah atau membayar tempat meletak kereta. Tetapi penduduk bandar terpaksa membayar semua itu. Semua faktor inilah menyebabkan kehidupan di bandar walaupun seseorang itu nampak ‘hidup mewah’ sebenarnya menanggung bebanan yang besar.
Namun, itu bukan pilihan mereka dan sesetengahnya memang berasal dari bandar, manakala pekerja sektor awam dan swasta terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah pula terpaksa berdepan bebanan kehidupan itu kerana mereka bekerja di bandar. Laporan khas akhbar ini semalam merungkai permasalahan kemiskinan di bandar dan mendapati kehidupan dalam keadaan miskin di bandar, menjadi lebih teruk daripada kehidupan rakyat miskin di desa.
Justeru, pihak berkuasa perlu melihat bagaimana untuk membantu golongan terbabit. Setakat ini, agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan bantuan dengan mewujudkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan miskin meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.
Namun, bantuan itu diberi berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) ditetapkan kerajaan iaitu hanya keluarga berpendapatan di bawah RM720 di Semenanjung layak mendapat bantuan, RM830 bagi Sarawak dan RM960 di Sabah. Kita mengalu-alukan langkah kerajaan menaikkan kadar itu, berbanding cuma RM400 sebulan di Semenanjung sebelum ini. Tetapi apakah angka itu, misalnya pendapatan RM720 sebulan, sesuai untuk keluarga di bandar.
Sepatutnya, PGK dikaji semula dan tidak boleh dibuat secara menyeluruh. Laporan khas itu memaparkan betapa tidak adilnya untuk menyamakan PGK di luar bandar dengan di bandar terutama Kuala Lumpur. Sewajarnya ia dikaji semula dengan melihat semua aspek lain yang turut memberi kesan. Kos sara hidup di dua kawasan itu jauh berbeza. PGK di Kuala Lumpur sepatutnya dua kali ganda PGK di tempat lain. Kerajaan juga perlu melihat kembali kelayakan dan jumlah bantuan diguna pakai selama ini untuk berlaku adil.
[Berita Harian, 16/2/2009]
Negara samseng: membuka topeng Amerika
Tahun: 2007 (edisi terjemahan)
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.
Muka surat: 303
Amerika Syarikat ada di mana-mana, secara langsung dan tidak langsung. Negara ini ibarat seorang juara bina badan dunia yang sering menunjukkan otot-otot badan yang kental dan perkasa. Keunggulan Amerika semakin serlah selepas dunia mengiktiraf kuasa tunggal terulung dan apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpinnya dianggap betul.
Blum membahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, beliau melihat hubungan di antara Washington dan keganasan. Ia menerangkan penglibatan Amerika di Afghanistan, manual latihan askar Amerika dan peranan CIA, sentiasa mencari penyangak-penyangak baru dan menyokong Pol Pot di Kemboja. Kedua, Amerika adalah pengeluar senjata canggih paling dominan kerana itulah ia perlu terus mencipta konflik supaya industri senjata negara itu dapat hidup. Senjata kimia dan biologi (CBW) ditaja oleh Amerika dalam siri peperangan di Iraq, Afghanistan dan digunakan oleh Israel dalam serangan ke atas Gaza baru-baru ini. Ketiga, negara samseng lawan dunia. Campur tangan Amerika bermula sejak 1945 hingga kini melalui manipulasi kuasa, melobi, perang saraf dan membunuh tanpa dapat dihalang.
Buku ini mendedahkan keupayaan Amerika khususnya melalui peranan CIA yang sentiasa berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai cara. Salah satu bab yang menarik ialah penyeksaan. Dalam bab ini didedahkan penglibatan CIA di beberapa buah negara yang mengguna pakai manual seksaan yang sungguh kejam. CIA terlibat di Greece, Iran, Jerman, Vietnam, Bolivia, Uruguay, Brazil, Guatemala, El Salvador, Honduras dan Panama. Sebagai contoh di Iran, perkhidmatan keselamatan Iran yang terkenal dengan kezaliman, SAVAK, menggunakan penyeksaan secara rutin, ditubuhkan di bawah bimbingan CIA dan Israel pada 1950-an, Menurut bekas penganalisis CIA tentang Iran, Jesse J. Leaf, SAVAK diajar teknik penyeksaan oleh CIA. Selepas revolusi 1979, kerajaan Iran ketika itu menjumpai filem CIA yang dibuat untuk SAVAK tentang cara menyeksa wanita.
Seksaan bukan setakat di luar negara, malah ia dilakukan ke atas rakyat Amerika kulit hitam dan Amerika Latin. Orang yang melakukan penyeksaan itu adalah pegawai berkulit putih. Antara cara seksaan ialah banduan digantung dari cangkuk melalui gari yang dipasang pada lengan dan dipukul kaki dan zakar mereka, alat sulit dikenakan kejutan elektrik, melemaskan dan senjata diacukan di mulut dan picu dipetik.
Bagi pelatih tentera, bentuk latihan juga ganas. Dalam kursus, mereka diajar kemandirian di gurun dengan pelatih dipaksa makan biawak, dipukul dan dimaki hamun.
Amerika juga telah menyumbat Nelson Mandela ke dalam penjara selama 28 tahun melalui peranan CIA. Mandela ditangkap setelah CIA memberitahu kerajaan Afrika Selatan di mana dia berada. Paul Eckel, petugas kanan CIA memberitahu, ‘Kami sudah menyerahkan Mandela kepada cawangan keselamatan Afrika Selatan. Kami memberikan setiap maklumat, apa yang akan dipakainya, waktunya, tempat dia berada. Mereka sudah menangkapnya. Ini merupakan rampasan kuasa kami yang paling hebat.’ Pada Februari 1990, presiden George Bush menelefon Mandela dan berkata ‘seluruh rakyat Amerika amat gembira kerana pembebasan itu’ sebaik pemimpin kulit hitam itu bebas dari penjara.
Amerika juga terlibat dengan pengedaran dadah. Peranan ini dilaksanakan dengan berkesan oleh CIA. Bermula dari tahun 1947 hinggalah sekarang, penglibatan pengedaran dadah sentiasa berada dalam kawalan dan pengetahuan CIA.
Di Asia Tenggara, operasi dadah bermula pada 1950-an dengan menjadikan Segi tiga Emas (sebahagian Mynmar, Thailand dan Laos) sebagai sumber candu dan heroin terbesar di dunia. Dari situ, CIA menggunakan syarikat penerbangan Amerika bagi menghantar bekalan dadah ke seluruh Asia Tenggara dan dihantar kepada pelanggan di Barat.
Bekas ketua unit penguatkuasaan elit DEA, Dennis Dayle berkata, ‘Sepanjang sejarah 30 tahun saya bertugas dalam Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah dan agensi yang berkaitan, sasaran utama siasatan saya sentiasa saja berkesudahan dengan saya bekerja untuk CIA.’
Sunday, February 15, 2009
Sejarah penubuhan negara Yahudi
1897 – Kongres Pertama Zionis di Switzerland yang bercita-cita untuk menubuhkan negara bagi masyarakat Yahudi di Palestin. Cita-cita ini telah mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah ke sana.
1917 – Setiausaha Luar British, Arthur Balfour menulis surat kepada Lord Rothschild yang memaklumkan bahawa Britain bersetuju dengan idea negara Yahudi di Palestin. Deklarasi Balfour juga menyatakan ‘tidak ada yang boleh dilakukan ke atas kewujudan masyarakat dan hak beragama di kalangan penduduk bukan Yahudi di Palestin,’ di mana penduduk bukan Yahudi ketika itu membentuk 90 peratus daripada jumlah rakyat Palestin. Pada 1920, Liga Negara-Negara telah memberi mandat untuk Britain mentadbir Palestin.
1936 – Bantahan besar-besaran oleh rakyat Palestin. Mereka menentang penjajahan British dan kemasukan Yahudi secara beramai-ramai. Pada 1937, Britain mencadangkan Palestin dibahagi kepada dua buah negara namun dibantah oleh Arab. Seterusnya Britain mencadangkan sebuah negara yang mempunyai majoriti Arab tetapi dibantah pula oleh Yahudi. Peperangan dunia kedua menyebabkan semua aktiviti politik dihentikan.
1947 – Kelompok Yahudi yang terselamat dalam holocaust telah bergerak ke Palestin. PBB mengundi untuk membentuk sebuah negara bagi masyarakat Arab , Yahudi dan sebuah kawasan antarabangsa bagi Baitul Maqdis. Yahudi menerima cadangan ini namun ditolak oleh masyarakat Arab.
1948 – Pada 14 Mei, mandat British berakhir di Palestin dan sebuah negara Yahudi diisytiharkan. Mesir, Syria, Jordan, Lubnan dan Iraq menyerang Israel pada hari yang sama. Beribu-ribu rakyat Palestin meninggalkan tanah air mereka.
1949 – Israel menandatangani gencatan senjata dengan negara-negara Arab dan mendapat lebih banyak kawasan termasuk barat Baitul Maqdis.
1956 – Dengan bantuan Britain dan Perancis, Israel menyerang Mesir pada bulan Oktober, menawan Semenanjung Sinai dan Gaza. Namun Israel berundur pada 1957 kerana tekanan PBB.
1964 – Palestine Liberation Organisation (PLO) ditubuhkan di Kaherah, Mesir dan memulakan gerakan gerila terhadap Israel.
1967 – Peperangan Enam Hari, Israel melancarkan serangan ke atas negara-negara Arab pada 5 Jun. Askar-askar Israel berundur dari Semenanjung Sinai tetapi menawan Tebing Barat dan timur Baitul Maqdis. Seterusnya Israel menawan Bukit Golan dari Syria. Pada November, PBB mengeluarkan Resolusi 242 yang meminta Israel mengundurkan tentera daripada kawasan yang dirampas.
1973 – Mesir dan Syria menyerang Israel di Sinai dan Bukit Golan dalam pertempuran Yom Kippur, merampas kawasan-kawasan yang diduduki Israel sebelum serangan balas negara Yahudi itu menerusi Terusan Suez dan menghalau keluar Syria dari Golan.
1974 – Setiausaha Negara Amerika Syarikat, seorang Yahudi, Henry Kissinger menjadi orang tengah bagi Mesir, Syria dan Israel.
1977 – Presiden Mesir, Anwar Sadat membuat lawatan bersejarah ke Baitul Maqdis. Beliau menjadi pemimpin Arab yang pertama mengunjungi Israel.
1978 – Pada September, pemimpin-pemimpin Mesir, Israel dan Amerika Syarikat berkampung selama 12 hari di Kem David bagi melaksanakan kerangka ke arah perjanjian damai melalui dua peringkat. Pertama, perjanjian Mesir-Israel telah berjaya memulangkan Sinai kepada Mesir dan memulihkan hubungan di antara kedua-dua negara. Kedua, perbincangan antara Mesir, Jordan, Palestin dan Israel bagi merancang pemulihan kuasa. Namun ia tidak menjadi kenyataan.
1979 – Mesir dan Israel menandatanani perjanjian damai di Kem David pada bulan Mac. Israel mula mengundurkan tentera dari Sinai.
1982 – Israel menyerang Lubnan untuk menyingkirkan PLO. Tentera Syria terpaksa keluar dari Beirut dan ibu kota Lubnan itu berada di bawah kawalan Israel selama 10 minggu. Ketika ini militia kristian Lubnan mengganas dan membunuh ribuan rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila. Empat puluh peratus adalah kanak-kanak.
1987 – Intifadah di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Israel gagal mengawal kebangkitan ini dan Palestin menjadi perhatian masyarakat dunia. Kelahiran Hamas.
1991 – Selepas perang Teluk, Amerika Syarikat merangka perjanjian damai Timur Tengah. Setiausaha Negara, James Baker membawa semua pihak bertelagah ke meja rundingan.
2000 – Ariel Sharon melawat al-Haram ash-Sharif pada 28 September 2000 dan menyalakan intifadah kedua. Seramai 393 orang Palestin terbunuh.
2006 – Israel menyerang Lubnan pada Julai selama 33 hari. Hizbullah berjaya menghalau keluar tentera Israel pada 8 September setelah gencatan senjata yang ditaja oleh PBB dipersetujui kedua-dua pihak.
2008 – Pertempuran sengit di Gaza bermula di antara Hamas dan Israel sejak pertengahan Mei 2007. Gencatan senjata enam bulan yang berakhir pada 19 Disember, Hamas mula melancarkan serangan roket ke arah Israel kerana tindakan negara Yahudi itu yang menutup laluan sempadan Palestin. Keadaan ini menyukarkan kehidupan rakyat Palestin dan pada masa yang sama Mesir menutup pintu sempadan Rafah. Serangan Israel dari 27 Disember hingga Januari 2009 menggunakan kod Operation Cast Lead membunuh hampir 1,300 orang Palestin yang kebanyakannya adalah kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Saturday, February 14, 2009
Manufactured reality (Hakikat tajaan)
Kaedah ini dilaksanakan secara terancang dan sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat. Pada hari ini, media digunakan sebagai instrumen untuk mencipta kebenaran walaupun pada hakikatnya adalah palsu atau tidak wujud. Penjajah juga menggunakan kaedah ini untuk menghalang rakyat sesebuah negara daripada bangkit menentang mereka dan membebaskan diri daripada kongkongan penjajah.
Kita ambil contoh penjajah Inggeris yang melabel ‘Melayu adalah malas.’ Label ini sentiasa diulang-ulang dan diperkukuhkan dalam penyelidikan yang diterbitkan untuk menggambarkan bahawa orang Melayu, walau di mana mereka berada adalah malas. Inggeris menggunakan cara ini sebagai strategi menidakkan potensi dan perjuangan orang Melayu yang bangun menentang mereka.
Pelaksanaan idea ‘Melayu malas’ telah digunakan dalam semua bentuk sistem kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sama ada sektor perkhidmatan kerajaan, pendidikan, pembangunan sosial atau politik. Di media, pihak Inggeris menggunakan hasil kajian ahli sosiologi mereka untuk memaparkan penemuan penyelidikan terhadap kehidupan orang Melayu. Antaranya ialah:
Penyelidik | Tahun | Sifat Melayu |
Wheeler | 1928 | Malas bekerja. |
Raffles | 1935 | Malas bekerja. |
Corteso | 1944 | Malas bekerja. |
Djamour | 1959 | Pentingkan kehidupan yang senang. |
Swift | 1965 | Suka miliki tanah supaya dapat hidup selesa dan tidak perlu bekerja kuat. |
Abdullah Munsyi | 1965 | Lelaki Melayu malas bekerja, membuang masa di kedai kopi dan menyabung ayam. |
Ness | 1967 | Kurang orientasikan pencapaian, malas dan tidak suka bekerja keras. |
Wilson | 1967 | Cara kerja orang Melayu berlainan dengan cara kerja orang Cina. |
Parkinson | 1967 | Cepat mengalah dalam persaingan merebut peluang hidup yang lebih baik. |
Senu Abdul Rahman | 1971 | Kurang usaha dan inisiatif. |
Penyelidikan sebegini dianggap sebagai saintifik dan tulen kerana ia dilakukan oleh ahli akademik. Namun kesimpulan hasil kajian mereka ialah Melayu malas iaitu menepati kehendak dan maksud penjajah Inggeris sendiri.
Kita boleh cabar idea yang menyatakan ‘Melayu malas’ dengan hujah yang sangat logik dan mudah. Dari segi pemikiran pun, orang yang malas akan cepat mati atau mudah dapat penyakit. Dia juga akan tertinggal dalam serba-serbi, dipinggirkan dan lenyap dengan sendirinya. Jika dalam persaingan, mereka akan kalah. Namun orang Melayu hari ini masih dapat meneruskan survival hidup, dapat bersaing dan telah menunjukkan beberapa pencapaian besar di peringkat serantau dan antarabangsa.
Pemerhatian penyelidik Inggeris ini ke atas sifat dan sikap malas orang Melayu hanya dilakukan ke atas petani dan pesawah di kampung kerana di situlah orang Melayu hidup dari kecil hingga besar. Selain itu dasar pecah dan perintah menghalang orang Melayu dari meneruskan kehidupan mereka di bandar kerana tahap pendidikan yang rendah, sifat rendah diri dan budaya bandar yang berbeza dengan kehidupan di kampung.
Limitasi kajian ke atas sikap orang Melayu hanya terhad di beberapa kawasan kampung dan tidak mewakili nilai dan budaya sebenar orang Melayu.
Urusan pertanian zaman dulu khususnya bersawah terpaksa dilakukan mengikut musim. Ada musim tengkujuh, musim kemarau dan angin timur. Musim-musim ini menentukan masa yang sesuai bagi orang Melayu untuk membajak sawah, semai anak benih padi dan menuai. Memilih musim dengan tepat akan menghasilkan jumlah pengeluaran padi yang maksimum.
Selepas semua aktiviti menanam padi selesai, terdapat masa senggang untuk menuai. Pada waktu ini, orang Melayu akan melakukan kerja-kerja senggaraan seperti menjaga kuantiti air, membunuh rumput-rumpai yang menghalang anak padi membesar dan membubuh baja supaya pokok padi lebih kuat dan berbuah lebat. Masa ini tidak memerlukan penggunaan tenaga yang optimum. Ada kalanya mereka agak lewat ke sawah, kadang-kadang duduk berehat di pangkin yang didirikan di tepi sawah untuk menghalau burung dan ayam yang makan padi. Ada masanya mereka hisap rokok daun nipah. Keadaan santai ini wujud kerana orang Melayu tidak perlu tergesa-gesa menguruskan sawah selepas semua aktiviti menanam selesai. Sebaik sahaja musim menuai, mereka akan bingkas bangun dan tangkas dalam kerja-kerja yang dilaksanakan.
Senario inilah yang dilihat oleh penyelidik Inggeris dan dijaja melalui konsep ‘Melayu malas’ sehinggakan anak-anak muda Melayu pada hari ini berasa rendah diri dan tewas dalam usaha mereka. Kepercayaan bahawa ‘Melayu malas’ sangat sukar diubah kerana ia telah ditanam dan dipasak berpuluh-puluh tahun yang lepas.
‘Manufactured reality’ merupakan proses melemahkan atau menguatkan persepsi terhadap sesuatu subjek. Apabila proses ini telah berakar umbi dalam fikiran, ia mengambil masa untuk dineutralisasikan. Kaedahnya juga pelbagai dan salah satu daripadanya ialah secara psikologi berbalik (reverse psychology).
Menggerakkan hati, fikiran dan tingkah laku melalui slogan ‘Malaysia Boleh’ adalah satu contoh psikologi berbalik yang sangat berkesan. Slogan ini diperkenalkan pada Mei 1992 untuk semarakkan semangat juang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tiga bulan selepas itu, pasangan lelaki badminton Malaysia telah mendapat pingat pertama dalam Sukan Olimpik Barcelona, Sepanyol.
‘Manufactured reality’ atau hakikat tajaan adalah menukar realiti palsu kepada benar dan diterima pakai oleh orang ramai. Ia mempengaruhi keputusan dan pencapaian matlamat yang telah dijangkakan. Oleh itu, mengatakan ‘Melayu malas’ adalah idea palsu. Ia boleh diubah kepada ‘Melayu hebat’, ‘Melayu cemerlang’ atau ‘Melayu Islam perkasa’.
Friday, February 13, 2009
Ungku Aziz garis 4 strategi kejayaan
Profesor Diraja Ungku Aziz menggariskan empat aspek utama untuk mencapai kejayaan dengan mengambil kira idea serta pandangan pakar dan cendekiawan antarabangsa.
Katanya, aspek berkenaan ialah diet dan pemakanan yang sihat, alat atau cara untuk membangunkan pemikiran, pelbagai strategi mencapai kejayaan, serta kepemimpinan.
Beliau berkata, empat aspek penting itu terkandung dalam sembilan karya tersohor antarabangsa, termasuk yang dihasilkan pada 1532 dan sudah dibacanya berulang kali.
“Dari segi diet, pergi ke mana-mana, saya sering ditanya apa saya makan sehingga kini sudah berumur 87 tahun. Keseimbangan amat penting antara protein dan karbohidrat, daging dan bukan daging, serta makanan mentah dan yang dimasak.
“Saya ambil makanan berdaging dua kali seminggu tetapi saya makan dua kali salad yang lengkap setiap hari. Saya juga minum banyak air, jus oren yang diperah segar dan teh. Jangan minum kopi kerana ada profesor di Fakulti Perubatan pernah memberitahu saya ia tidak baik untuk diri kita.
“Selain itu, gula adalah `racun’ yang sangat tidak baik untuk semua bahagian tubuh kita. Elakkan gula ia umpama racun’,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk `The Quest For Success’ di Pusat Konvenyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.
Syarahan itu dianjurkan Petronas dan Universiti Teknologi Petronas sempena pemilihan Ungku Aziz sebagai penerima Anugerah Merdeka 2008 (Kategori Pendidikan dan Komuniti), November lalu.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka yang juga Presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, serta ahli lembaga itu yang juga Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr Rosti Saruwono.
Ungku Aziz berkata, sembilan buku berkualiti itu yang disarankan dibaca ialah:
Fit For Life Not Fat For Life | Harvey Diamond | 2003 |
Thinking Course | Edward de Bono | 1982 |
The Mind Map Book | Tony Buzan | 1993 |
Head First | Tony Buzan | 2000 |
The 36 Strategies of the Chinese: Adapting An Ancient Chinese Wisdom to the Business World | Wee Chow Hou & Lan Luh Luh | 1988 |
The Art of War | SunXi | 1988 |
The Prince on the Art of Power | Niccolo Machiavelli | 1532 |
Leader’s Window | J.D.W.Beck & N.M. Yeager | 1994 |
Level5 Leadership | Jim Collins - HBR | 2001 |
Sementara itu pada sidang akhbar, beliau berkata, bahasa bukanlah isu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah, sekali gus bahasa Inggeris tidak semestinya menjadi bahasa pengantar dua mata pelajaran itu.
“Dalam soal ini, apa yang penting ialah pelajar mesti diberi penguasaan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mantap,” katanya.
[Berita Harian Online, 13/2/2009]
Thursday, February 12, 2009
Bagaimana kanak-kanak belajar membaca?
Perkara asas yang susah untuk memulakan proses membaca ialah keupayaan kaitkan bunyi huruf di atas kertas atau dalam buku yang bercetak.
Untuk membaca, kanak-kanak ini mesti dapat tentukan hubungan di antara huruf dan bunyi. Sebaik-baiknya mereka menguasai bunyi huruf dan diftong supaya tidak terganggu semasa membaca kelak.
Memahami bagaimana hubung kait di antara bunyi dan huruf dapat membantu pembinaan kemahiran membaca yang cepat dan betul. Kenapa perkaitan ini sangat penting? Kerana besar kemungkinan kanak-kanak menghadapi masalah untuk rekodkan bunyi perkataan tersebut apabila dibaca dengan pantas. Contohnya perkataan 'ja', jika tidak dapat sebut dengan tepat perkataan 'saja' ia akan mengganggu kelancaran membaca.
Keupayaan membaca setiap perkataan sememangnya dapat menambah kemahiran membaca, kelajuan membaca juga menjadi faktor kritikal ke atas pemahaman apa yang sedang dan telah dibaca.
Secara purata, kanak-kanak perlukan empat hingga 14 kali pendedahan untuk kenal perkataan baru. Jadi, untuk belajar membaca, adalah mustahak bagi kanak-kanak membaca teks bacaan yang besar. Latihan mengeja juga dapat melonjakkan perkembangan membaca yang lebih lancar.
Dengan ejaan, kanak-kanak menerima berbagai-bagai contoh sesuatu huruf diterjemahkan kepada bunyi-bunyian. Ia juga memberitahu bahawa tulisan dibentuk oleh gabungan huruf dan perkataan yang lebih banyak.
Pada tahap membaca seterusnya, mereka dapat membuat rumusan sendiri iaitu membaca adalah kombinasi yang lebih banyak daripada hanya melihat perkataan demi perkataan.
Matlamat utama dalam langkah-langkah proses membaca ialah mempastikan kanak-kanak faham bahan-bahan yang dibaca. Keupayaan memahami apa yang dibaca boleh dilihat daripada beberapa faktor.
Kanak-kanak yang dapat faham dengan jelas, didapati boleh kaitkan maklumat atau pengetahuan mereka ketika membaca. Dalam erti kata lain, mereka dapat aktifkan pengetahuan tersebut yang dikaitkan dengan proses tumbesaran yang sedang dialami.
Kefahaman mereka juga terserlah dalam perbendaharaan kerana amat sukar untuk memahami sesuatu perkara yang belum dapat dikuasai sepenuhnya.
Keupayaan menyoal turut menjadi rangkuman kepada proses memahami, meringkaskan, meramal dan memperjelaskan apa-apa yang dibaca. Semakin banyak bertanya, lebih banyak maklumat dapat dicari dan ianya dapat membantu dalam proses membuat keputusan.
Membina kemahiran membaca di dalam kehidupan kanak-kanak perlu dilakukan oleh guru yang terlatih kerana guru seperti itu mampu menyusun peluang-peluang untuk menambah baik pembacaan khususnya ketika kanak-kanak berhadapan dengan kesukaran ketika membaca. Ibu bapa yang tidak mendapat pendedahan tentang kaedah khusus mengajar membaca tentu sekali sukar menentukan peluang-peluang berkenaan.
Apakah yang mempengaruhi keupayaan membaca?
Membaca sehingga lancar adalah satu proses yang panjang. Ia bermula dari peringkat awal perkembangan kanak-kanak dan sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan formal.
Ibu bapa yang prihatin mula memberi rangsangan kepada pengalaman pembelajaran anak-anak mereka bermula sejak belum lahir hingga umur dua tahun. Anak-anak yang membesar dengan pendedahan seperti ini lebih pintar dan cerdas kerana mampu berkomunikasi lebih cepat, perbendaharaan kata yang lebih banyak, faham matlamat membaca dan dapat bina kerangka pembacaan yang kemas dan sistematik.
Kanak-kanak yang lancar membaca pada awal usia terdedah kepada pelbagai jenis bunyi bahasa, konsep rima dan juga bahasa-bahasa lain di sekitar mereka. Pendedahan ini menjadi asas kukuh kepada pembinaan bahasa yang lebih kompleks dan menyeluruh.
Keupayaan membaca kanak-kanak memang lebih banyak dikaitkan dengan latar belakang pengetahuan mereka. Jika diberikan peluang, keupayaan berfikir dan bercakap mengenai perkara yang mereka minat, kita akan dapati banyak maklumat diperoleh melalui membaca.
Wednesday, February 11, 2009
Bisnes pusat membaca cepat
Keupayaan mereka untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan.
Dalam Islam, mengajar kanak-kanak adalah satu tugas yang murni, amat penting dan diberi keutamaan. Contoh yang amat jelas ialah peristiwa selepas peperangan Badar iaitu Rasulullah SAW telah membuat keputusan mengenai tawanan perang seramai 70 orang. Mereka diberi dua pilihan iaitu bagi tawanan yang punya banyak harta, dia boleh menebus diri dengan wang, manakala bagi yang miskin tetapi pandai membaca, dia dikehendaki mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai.
Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun.
Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk menaikkan taraf kecerdikannya.
Bisnes membaca cepat adalah bisnes kemahiran. Mengajar kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun membaca adalah satu cabaran. Tetapi nikmat dan kepuasan yang dikecap ialah apabila melihat kanak-kanak ini mampu membaca dengan lancar selepas beberapa bulan tekun belajar di pusat membaca anda.
Keperluan untuk menyediakan pusat membaca seperti ini tidaklah banyak. Anda hanya perlu menggunakan teknik paling berkesan untuk kaedah membaca seperti fonetik (bahasa Malaysia dan Inggeris), meja dan kerusi saiz kanak-kanak, suasana kelas yang memberi motivasi untuk belajar dan kesabaran anda mengajar membaca.
Bayarannya pun boleh dikenakan sebanyak RM80 hingga RM120 sebulan mengikut kekerapan dan bahan pengajaran digunakan. Lokasi paling sesuai ialah di kawasan taman perumahan, kawasan tumpuan institusi pendidikan dan terdapat ramai kakitangan awam. Antara pusat membaca yang berjaya di Malaysia ialah Smart Reader, Q-dees dan pusat Membaca Cepat Bacalah Anakku.
Tuesday, February 10, 2009
Konsep bangsa (3)
Kumpulan etnik mungkin memperkenalkan diri mereka sebagai bangsa iaitu kelompok yang mempunyai warisan yang sama tetapi perwarisan seperti itu kurang bermakna berbanding anggapan bahawa mereka ada pertalian darah yang sama iaitu faktor pengikat yang lebih kukuh.
Kumpulan ini juga tidak semuanya sama. Sesetengahnya menekankan ciri-ciri luaran seperti warna kulit. Agama merupakan simbol penting yang mengikat kesetiaan antara satu sama lain. Tambahan pula kumpulan etnik ini sentiasa dinamik; tradisi mungkin berubah tetapi sentimen kesetiaan tetap ada selagi etnik itu wujud.
Kumpulan etnik boleh dan tidak boleh membentuk unit politik mereka sendiri. Mungkin sudah ada pada masa lalu unit ini tetapi kurang agresif. Justeru ada yang bercita-cita menjadikan politik sebagai satu instrumen penting pada masa depan. Contohnya Kesatuan Soviet dianggotai lebih seratus kumpulan etnik seperti Polish, Jerman, Kazak, tartar dan Ukrainian.
Keadaannya berbeza pada kelompok Negro Amerika, kulit putih Jamaica dan Anglo-Indians. Mereka diikat oleh minat yang sama, bercakap menggunakan ‘kita’ dan menganggap ‘mereka’ sebagai berada di luar kumpulan. Bagaimanapun mereka masih kekurangan ciri-ciri kebersamaan dan tidak ada budaya yang unik.
Monday, February 09, 2009
Masjid Al-Aqsa kiblat pertama dan tanah haram ketiga
Penulis: Dr. Mushtafa Abdul Jawwad Ahmad Rasywan
Penerbit: Pustaka Syuhada
Muka surat: 55
Hadis riwayat Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Tidak dianjurkan untuk berpergian kecuali kepada tiga masjid :masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjid Aqsa.’
Diriwayatkan juga dari Maimunah pembantu Nabi SAW ia bertanya kepada Rasulullah SAW maksudnya: ‘Wahai Nabi Allah fatwakanlah kepada kami tentang Baitul Maqdis,’ Rasulullah SAW bersabda, ‘Ia adalah tanah tempat asal dan juga merupakan tempat berkumpul, datanglah kepadanya dan lakukanlah solat di sana kerana sesungguhnya sekali solat di Baitul Maqdis sama dengan seribu kali solat di tempat lain.’ Kemudian Maimunah kembali bertanya: ‘Bagaimana pendapatmu wahai Rasulullah tentang orang yang tidak sanggup menanggung beban padanya atau tiada mampu datang ke sana?’ Rasulullah menjawab: ‘Hendaklah orang tersebut menghadiahkan minyak untuk menyalakan lampu kepadanya kerana sesungguhnya orang yang memberikan hadiah kepadanya sama seperti orang yang solat di sana.’
Sunday, February 08, 2009
Trend enggan bawa buku teks jadi budaya
oleh Nurul Adlina Kamaludin, Rohaniza Idris dan Siti Nur Almizan Aripin
Pelajar sekolah menengah kini berdepan trend membimbangkan, keengganan mereka membawa buku teks ke sekolah yang boleh mengundang permasalahan jangka panjang terutama dalam melahirkan masyarakat berilmu.
Trend yang membimbangkan itu diakui guru, ibu bapa serta di pihak Kementerian Pelajaran iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran.
Keengganan membawa buku bukan saja menyukarkan pembelajaran di sekolah malah buku itu juga tidak digunakan untuk rujukan di rumah.
Bagaimanapun, majoriti pelajar tidak menganggap perbuatan mereka itu satu kesalahan dan memberi pelbagai alasan termasuk malas, beg berat serta tidak sukakan guru yang mengajar subjek tertentu.
Kalangan guru dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) menganggapnya sudah menjadi satu budaya biasa di kebanyakan sekolah. Guru pula takut mendenda murid kerana bimbang ia boleh menyemai rasa benci kepada pembelajaran, selain takut dicederakan.
"Tidak membawa buku teks menjadi budaya biasa di kalangan pelajar. Malah lebih mengejutkan apabila ditanya mengapa tidak membawa buku, tanpa rasa bersalah mereka dengan selambanya menjawab, malas," kata seorang guru, Lieza Umar (bukan nama sebenar) yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Selangor.
Malah, kata Lieza, kebanyakan pelajar, khususnya pelajar lelaki kelas corot bukan saja tidak membawa buku teks tapi datang ke sekolah dengan beg kosong tanpa buku tulis dan buku latihan.
"Ketika mula-mula mengajar dulu, saya terkejut apabila mendapati ramai pelajar memikul beg kosong sehinggakan saya terpaksa menyediakan kertas untuk mereka catat apa yang diajar.
"Tapi biasanya kertas itu akan bertukar menjadi sampah apabila saya melangkah keluar dari kelas," katanya kesal.
Lieza turut mendakwa ada segelintir pelajar yang hanya membawa buku teks subjek tertentu disebabkan takut dengan guru yang mengajar tapi ada juga yang memberi alasan tidak membawa buku sebab tidak suka guru berkenaan.
"Atas alasan tidak sukakan guru tertentu, mereka tidak bawa buku dan ada juga yang ponteng kelas hanya kerana alasan itu. Lebih mengecewakan, kami sebaliknya dipersalahkan ibu bapa jika memarahi anak mereka kerana tidak membawa buku teks.
Saya juga sudah tidak berani memarahi pelajar kerana takut dicederakan.
"Pernah saya memarahi seorang pelajar lelaki dan minta dia keluarkan buku modul, tapi dia hanya memandang tajam ke arah saya membuatkan saya berasa gerun," katanya.
Seorang lagi guru, Tina Musa (bukan nama sebenar), yang berpengalaman mengajar di dua sekolah menengah di bandar Melaka, pula mendakwa perbuatan tidak membawa buku teks berlaku di sekolah bandar atau desa.
"Perkara ini bukan kes terpencil. Saya akui ia memang berlaku dan kebanyakan yang terbabit adalah pelajar lelaki menengah atas yang belajar di kelas tercorot," katanya.
Tina berkata, kesalahan itu dikategorikan sebagai masalah disiplin tapi disebabkan terikat dengan peraturan yang tidak membenarkan pelajar didenda, gejala itu sukar dibendung.
Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui berkata: Malaslah nak bawa buku teks. Beg berat sangat dan bahu pun sakit. Kalau bawa pun, bukannya digunakan sebab cikgu selalunya mengajar tanpa merujuk buku teks.
Mereka juga dikatakan mengikut jejak ramai rakan lain serta pelajar lebih 'senior,' yang lebih suka meninggalkan buku teks di rumah manakala kelompok lain, khususnya di sekolah satu sesi, lebih suka meletakkan buku teks di bawah meja masing-masing.
Bagi mereka, perbuatan membawa buku teks itu cuma satu bebanan, bukan kemestian biarpun menyedari ia satu kesalahan. Tidak hairanlah, biarpun dimarahi, diberi amaran serta didenda guru supaya membayar 20 hingga 30 sen bagi setiap kesalahan, ia terbukti tidak menghalang mereka mengulangi perbuatan itu.
Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di ibu negara yang identitinya tidak boleh didedahkan, mendakwa perbuatannya tidak membawa buku teks bukannya sesuatu yang asing.
Biarpun menyedari perbuatan itu salah, beliau mendakwa tindakannya itu turut dilakukan ramai pelajar yang lain.
"Bukan saya seorang, tetapi ramai rakan lain berbuat demikian. Buat apa nak bawa buku kalau guru pun jarang menggunakannya kerana lebih banyak mengajar menggunakan buku rujukan dan menulis di papan hitam," katanya yang mengakui tidak membawa buku teks sejak bermulanya sesi persekolahan, awal tahun ini.
Ditanya sama ada beliau menyedari perbuatannya itu satu kesalahan, pelajar itu mengakui pernah dimarahi guru beberapa kali. Namun amaran tinggal amaran.
"Cikgu memang marah. Tapi bukan selalu cikgu periksa kami bawa atau tidak buku teks."
Beliau yang belajar di kelas tercorot mendakwa tindakannya dan rakan-rakan itu bukan satu masalah besar kerana mereka masih boleh berkongsi buku teks di sekolah.
Seorang lagi pelajar yang mengakui lebih selesa meninggalkan buku teks di bawah meja, berkata beliau memilih tidak membawa pulang buku teks selepas sering sakit bahu dan terpengaruh dengan pelajar 'senior' di tingkatan empat dan lima yang turut melakukan perbuatan itu.
"Setiap subjek mempunyai lebih daripada satu buku teks. Ini tidak termasuk buku nota, tulis dan buku kerja. Bagi subjek Bahasa Melayu misalnya, kami perlu membawa dua buku teks iaitu Pemahaman Umum, Tatabahasa, buku Komsas serta dua buku lain.
"Bagi subjek Sains pula, perlu bawa tiga buku teks, buku latihan, buku nota, buku rampaian praktikal atau makmal. Bayangkanlah itu baru dua subjek, kalau dicampur dengan buku Matematik dan subjek lain, ia memang menjadikan beg berat," katanya.
[Berita Harian Online, 8/2/2009]
Saturday, February 07, 2009
Syor hanya motosikal 70cc kepada penunggang di bawah 21 tahun
Peningkatan 9.6 peratus atau 290 bilangan kematian nahas jalan raya dari Januari hingga Jun 2008 kepada 3,305 kes berbanding 3,015 kes dalam tempoh sama 2007, 211 kematian adalah kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.
Malah, sehingga September 2007 pula mencatatkan jumlah keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya ialah 4,646 dan penunggang serta pembonceng motosikal saja ialah 2,476 atau 53.3 peratus. Pada 2006 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah seramai 6,287 orang. Daripada jumlah ini penunggang dan pembonceng motosikal saja membabitkan 3,693 orang atau 58.7 peratus.
Menurut Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), ada 14 punca kemalangan jalan raya dikesan di negara ini iaitu memandu laju menyumbang kepada 32.8 peratus kemalangan, memandu dengan cuai (28.2 peratus), memandu secara melulu (15.5 peratus), mengekori kenderaan di depan terlalu rapat (3.8 peratus), dan keadaan jalan (tiga peratus). Sikap pengguna jalan raya sendiri membentuk 76.1 peratus penyebab kemalangan jalan raya.
Kajian juga menunjukkan risiko kemalangan penggunaan kereta adalah 17 kali lebih rendah berbanding motosikal, manakala penggunaan bas 30 kali lebih rendah berbanding kereta, penggunaan kereta api 325 kali lebih rendah berbanding bas dan penggunaan kapal terbang pula 6,000 kali lebih rendah berbanding kereta api.
Berdasarkan Laporan Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya yang dikeluarkan oleh Kerajaan Australia menunjukkan bahawa hasil kajian yang dijalankan mendapati penunggang motosikal turut terdedah kepada bahaya disebabkan aspek persekitaran seperti jalan berlubang dan tumpahan minyak di jalan.
Malah, penunggang motosikal menerima perlindungan yang sedikit apabila menunggang motosikal dan risiko melanggar pembahagi jalan, lampu isyarat, lampu jalan atau papan tanda jalan adalah tinggi.
Berdasarkan kertas kerja Motorbike Safety In Queensland, Australia, 2008 oleh Kementerian Pengangkutan Australia mendedahkan 39 peratus kemalangan berlaku di Australia adalah membabitkan golongan muda yang belum setahun memiliki lesen memandu.
Berikutan itu, langkah mengetatkan prosedur pengeluaran lesen motosikal dilihat sebagai mekanisme terbaik dalam menangani masalah kemalangan jalan raya membabitkan golongan muda.
Justeru, CAP mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan agar penunggang motosikal di bawah lingkungan umur 17 hingga 21 tahun, diwajib menggunakan motosikal berkapasiti 70cc dalam usaha untuk mengurangkan kelajuan tunggangan motosikal.
Kapasiti motosikal 70cc perlu diperkenal dan sebaik saja seseorang remaja mencapai peringkat umur 21 tahun, maka mereka layak untuk menunggang motosikal berkapasiti tinggi.
Malah, mengetatkan permohonan lesen memandu perlu kerana pemberian lesen motosikal kepada mereka yang berumur seawal 16 tahun sudah tidak logik memandangkan remaja pada usia berkenaan belum lagi matang dan keinginan untuk berseronok terlalu kuat hinggakan mereka tidak ambil peduli aspek keselamatan.
SM MOHAMED IDRIS, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
[Berita Harian Online, 5/2/2009]
Friday, February 06, 2009
Isu-isu moral dalam politik Malaysia
Perkembangan politik di Perak menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Sebuah kerajaan negeri yang berusia sebelas bulan, Pakatan Rakyat (PR) telah hilang mandat selepas tidak mendapat kepercayaan dan kesetiaan empat wakil rakyat iaitu Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu, Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Bota Dato' Nasarudin Hashim dan Adun Jelapang Hee Yit Foong.
Tun Dr Mahathir menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menerima dua orang bekas ahli Parti KeADILan Rakyat (PKR) sebagai tidak matang dan ‘fikir dulu sebelum terima orang seperti ini.’ Pemerhati dan orang ramai menyifatkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan sedang mengalami proses pembusukan moral dalam politik Perak.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz berterus-terang menyatakan Adun PKR yang melompat adalah pengkhianat. ‘Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut’ katanya.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng turut menyuarakan rasa dukacita kerana kehilangan anggota parti masing-masing yang menyebabkan kerajaan PR hilang keyakinan daripada Sultan Azlan Shah, Sultan Perak.
Ketika Adun Bota, Dato' Nasarudin Hashim mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO dan menyertai PKR, Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Tajol Rosli meletakkan jawatan.
Ketika penyokong PR beramai-ramai menuju ke kediaman Datuk Seri Nizar, Barisan Nasional menamakan Datuk Dr Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Perkembangan semasa keadaan politik Perak boleh diikuti di media massa yang sentiasa mengemas kini laporan mereka.
Artikel ini hendak melihat moral ahli politik khususnya di Perak yang mengakibatkan tumbangnya sebuah kerajaan negeri. Apakah ahli-ahli politik yang menjadi perhatian itu bermoral atau tidak? Apakah tindakan mereka boleh diterima dengan rasional dan bagaimana kita sepatutnya menilai keseluruhan keadaan ini dari perspektif politik matang?
Stanford Encyclopedia of Philosophy memberi definisi moral sebagai berikut,
1. descriptively to refer to a code of conduct put forward by a society or,
a. some other group, such as a religion, or
b. accepted by an individual for her own behavior or
2. normatively to refer to a code of conduct that, given specified conditions, would be put forward by all rational persons.
Dalam bahasa yang muda difahami, moral adalah akhlak; tahu baik dan buruk.
Tumbangnya kerajaan negeri Perak adalah kali ketiga dalam sejarah Malaysia. Kejadian pertama berlaku di Terengganu apabila kerajaan Pas ditumbangkan. Kali kedua berlaku di Sabah apabila kerajaan PBS dijatuhkan.
Ketiga-tiga peristiwa ini berlaku kerana ia dibenarkan oleh sistem demokrasi yang menjadi teras kepada pentadbiran Malaysia. Justeru, apakah tindakan ahli politik yang keluar parti itu dikira sebagai bermoral?
Masyarakat perlu ada standard tertentu untuk dikira baik atau buruk dan kedua-dua sifat ini dilihat oleh konteks di mana standard itu ditetapkan. Seseorang dikira bermoral apabila dia mengikut standard berkenaan dan dikatakan tidak bermoral apabila melepasi sempadan-sempadan tertentu.
Tindakan Adun Jelapang, Changkat Jering dan Behrang meninggalkan parti masing-masing adalah pilihan mereka. Sama ada mereka bermasalah atau tidak, ia merupakan keputusan peribadi dan wujud motif tertentu yang menyebabkan tindakan tersebut dibuat. Dalam pilihan raya lalu, rakyat telah memilih mereka kerana parti yang diwakili, jadi kemenangan yang diperoleh adalah kerana parti, bukannya populariti diri.
Adakah tindakan meninggalkan parti bermakna meninggalkan rakyat?
Seseorang yang memenangi pilihan raya dan menjadi wakil rakyat tidak pernah digelar sebagai wakil rakyat UMNO atau wakil rakyat PKR sebaliknya wakil rakyat Kepala Batas atau wakil rakyat Permatang Pauh. Walaupun kemenangannya tidak seratus peratus dipilih oleh pengundi di kawasannya, dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia, kelebihan satu undi dikira sebagai pemenang. Oleh itu, meninggalkan parti atau melompat parti bukannya meninggalkan rakyat.
Jadi, adakah pemimpin yang melompat parti ini seorang yang bermoral kerana kemenangannya adalah atas tiket parti?
Pakatan Rakyat mempertahankan kerajaannya dan berikrar akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mempastikan mereka kekal di Perak. Semasa pemimpin PR berkumpul bagi merangka strategi seterusnya, tiga Adun Bebas tersenyum riang tetapi orang ramai bertanya: adakah tindakan mereka itu boleh diterima?
Penyokong BN tentu akan gembira kerana tindakan tersebut telah merealisasikan impian untuk membentuk kerajaan yang baru di Perak dan meningkatkan motivasi. Namun bagi pengundi yang kecewa, mereka menyumpah dan tidak puas hati. Dalam keadaan keliru memang sukar hendak membuat keputusan apatah lagi memahami prinsip perlembagaan yang didokong.
Pengundi keliru di antara memilih wakil parti atau memilih individu tertentu untuk mewakili kawasan mereka sebagai wakil di DUN atau parlimen. Kekeliruan boleh dirungkai jika kita melihat politik di Amerika Syarikat, bukannya Thailand.
Semasa pertandingan bagi memilih calon Demokrat sebagai presiden Amerika, Barack Obama dan Hillary Clinton bersaing untuk menang. Selepas itu semua orang tahu apa kesudahannya. Obama yang menang.
Setelah menjadi presiden, Obama memilih Hillary Clinton menjadi Setiausaha Negara dan diterima oleh Clinton dengan senang hati. Obama tidak pun meminggirkan saingannya.
Realiti politik Malaysia belum lagi mencapai tahap kematangan politik seperti mana di Amerika Syarikat di mana pesaing diambil menjadi rakan sepasukan. Di Malaysia, calon yang kalah biasanya akan berundur dan calon yang menang akan membentuk pasukan baru dengan kuasa yang sangat hebat.
Sultan Perak tidak berkenan untuk mengadakan pilihan raya semula kerana baginda yakin dengan kerajaan baru yang akan dibentuk oleh BN. Walaupun Datuk Seri Nizar merayu, keputusan itu tidak dapat lagi diubah dan beliau perlu menghormati dan menerima kenyataan. Tindakan mengumpul penyokong untuk membantah keputusan Sultan Perak dilihat sebagai usaha menjejaskan imej dan autoriti raja sebagai ketua negeri. Ia juga tindakan yang dilihat sama seperti rasa tidak puas hati penyokong Thaksin dan Abhisit Vejjajiva di Thailand.
Bagaimana kita menilai pemimpin politik dari perspektif moral?
Ia umpama memandu kereta di persimpangan lampu isyarat pada jam 3 pagi. Lampu merah di hadapan tetapi tidak ada kenderaan lain atau polis di situ. Apakah kita akan tunggu sehingga lampu bertukar hijau atau meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat masih berwarna merah?
Pertukaran kerajaan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional di Perak adalah realiti. Situasi ini telah memberi pengalaman dan pendedahan kepada rakyat Perak khususnya untuk berfikir dan menjadi lebih matang dalam pilihan raya yang akan datang supaya memilih wakil rakyat yang tepat dan boleh diharap.
Lalu, apakah mereka yang memujuk wakil rakyat meninggalkan parti untuk menjadi ahli Bebas dianggap bermoral?