Pada suatu zaman, ada seorang murid yang taat kepada gurunya. Setelah belajar beberapa tahun, dia kembali ke kampung halaman. Tahun-tahun yang dilalui melayakkannya menjadi seorang alim yang terkenal dan digelar Sheikh Maulana Kendi. Kenapa beliau dipanggil dengan gelaran itu? Kerana beliau sentiasa dengan kendi untuk mengambil air wudhuk dan minum air. Ketaatan ibadahnya sehingga beliau tidak memiliki sebarang harta kecuali rumah kecil bersama seorang anak murid yang disayangi.
Ketaatan dan ketakwaan menjadikan contoh untuk muridnya yang selalu mendampinginya sehingga muridnya pun menjunjung tinggi akhlak dan kebesaran ilmu yang dimiliki.Pada suatu hari, Sheikh Kendi menceritakan tentang gurunya yang berada di negeri seberang danmeminta murid kesayangan untuk menemuinya. Keesokan hari, sang murid berangkat ke negeri seberang dan sampailah di hadapan gerbang pintu rumah guru besar Sheikh Kendi. Anak murid ini bertanya: ‘Apakah ini rumah guru besar Sheikh Kendi?’
Rumah yang bagaikan istana, penjaga yang begitu ramai membuatkan keraguan murid Sheikh Kendi. Lalu terdetik di hatinya, ‘Guruku Sheikh Kendi miskin tak punya apa-apa sedangkan guru besarnya seperti ini.’ Bertambah keanehannya di kala melihat di dalam istana itu bangku-bangku emas, mahkota emas dan gemerlapan emas yang ada di dalam rumah.
Akhirnya berjumpalah murid Sheikh Kendi dengan guru besarnya yang bernama Sheikh Sulaiman.
Tiba-tiba beliau berkata, ‘Apakah engkau murid Sheikh Kendi, murid kesayanganku?’
Jawab murid Sheikh Kendi, ‘Benar wahai guru besar.’
‘Beri khabar kepada muridku agar dia lebih zuhud lagi di dunia dan salamkan ini kepadanya.’
Anak murid Sheikh Kendi kebingungan. Fikirnya Sheikh Kendi yang miskin disuruh tambah miskin lagi.
Keesokan hari, dia pulang menuju rumah Sheikh Kendi dan membawa pertanyaan yang membingungkan. Setibanya di rumah, Sheikh Kendi menyambut kedatangannya dengan gembira sambil berkata, ‘Apa khabar yang kau bawa dari guruku tercinta?’
Lalu anak muridnya menceritakan, ‘Wahai guruku, aku diberi khabar agar engkau lebih zuhud lagi hidup di dunia.’
Tiba-tiba Sheikh Kendi menangis, menangis dan menangis lalu mengambil kendi dan memecahkannya sambil berkata, ‘Benar guruku, benar guruku.’‘Ketahuilah wahai muridku, kemewahan dan keindahan Sheikh Sulaiman guruku tak sedikitpun masuk ke dalam hatinya, sedangkan aku selalu mencari-cari kendiku dan aku takut kehilangannya. Ini yang menyebabkan aku kurang zuhud kepada Allah SWT, kerana masih ada di hatiku dunia.’
ingatan@yahoogroups.com
No comments:
Post a Comment