Saturday, August 01, 2009

Pulsatilla

Bertindak pada membran mukus, salur darah, mata, telinga dan organ-organ umum terutama pada perempuan. Sistem saraf menjadi radang dan mendapat tekanan yang menimbulkan masalah penghadaman, pernafasan, sistem kencing dan jangkitan pada mata dan telinga.

Fikiran: Lemah lembut, bergaya, segan dan menangis. Bimbang sebelah malam.

Kepala: Keliru dan pening; lega bila duduk, sebelah pagi bila hendak bangun, mesti baring semula dan rasa loya hendak muntah. Kepala berat semasa tunduk. Sakit sebelah kepala dan rasa mata seperti hendak keluar. Sakit kepala kerana banyak makan.

Mata: Kering. Rasa berat dan sakit semasa membaca. Konjunktivitis dengan tahi mata yang banyak, tebal dan kekuningan. Radang mata (gatal, pedih dan rasa terbakar). Pandangan kelabu.

Telinga: Telinga luar menjadi merah, bengkak dan panas, berdenyut-denyut sebelah malam. Berdengung, berdesing dan bergema.

Hidung: Berair, kerap bersin, hilang keupayaan menghidu, sakit pada lubang hidung, discaj kuning hijau, sejuk, muka pucat, hidung tersumbat sebelah petang.

Mulut: Sakit menyucuk dan tersentak-sentak. Teruk bila petang dan malam; makanan atau minuman panas. Mukus dan tekak kering, hilang rasa dan air liur berkumpul dalam mulut. Roti rasa pahit. Mulut amat kering sebelah pagi tetapi tidak rasa haus.

Perut: Mahu makan tetapi tidak tahu apa yang hendak dimakan. Tidak mahu makanan berlemak, daging, roti, keju dan susu. Pagi rasa loya terutama semasa datang haid atau hamil. Sakit perut selepas satu jam makan. Ada angin dan bunyi seperti bergelegak.

Seks Perempuan: Ketika haid; rasa berat dan sakit perut. Sejuk sebelum datang haid. Sakit menekan-nekan di sebelah kiri usus seperti hendak bersalin. Haid lewat; badan dan kaki rasa sejuk serta menggeletar, darah haid melekat-lekat. Keputihan tebal seperti susu.

Umum: Menggigil dan berdebar-debar seluruh badan; sejuk berpeluh, bimbang dan kelihatan seperti sakit. Badan rasa berat. Simptom dan sakit berubah-ubah.

Tidur: Tidak dapat tahan mengantuk; tengah hari dan awal petang. Sebelah petang tidak boleh tidur. Malam tidur lewat. Mimpi, keliru dan kerap menguap.

Melarat: Sebelah petang dan malam; panas tempat tidur; baring sebelah kiri; bilik panas; selepas makan terutama makanan berlemak; air krim dan buah.

Lega: Tempat terbuka; tempat sejuk; air sejuk; pergerakan yang perlahan.

Konstitusi: Rambut berpasir; mata biru; muka pucat; pendiam; perlahan; marah dan meradang; perempuan kurus; mengikut perasaan; sangat beremosi dan mahukan simpati; kanak-kanak yang menagis dan mahu dipujuk.

Patologi: Jangkitan yang berair (hidung, telinga, mata): masalah penghadaman. Gangguan pada fungsi seks perempuan; simpul biawak; masalah emosi; morning sickness; campak; sakit telinga; haid lambat, tidak tentu atau tidak datang langsung; demam; resdung; radang kelopak mata; kaki atau muka bengkak; darah beku; merendah diri; gangguan semasa berak; urticaria; bengkak arthritis; faraj gatal berulang kali; urat-urat simpul; bengkak jari dan kaki kerana sejuk, jerawat.

Simptom Utama: Perempuan kurus yang mudah menangis.

No comments:

Post a Comment