Berguna untuk rheumatik dan rheumatoid dengan simptom utamanya keadaan menjadi teruk bila mula bergerak, lega selepas terus bergerak. Rheumatik teruk semasa sejuk, cuaca basah dan angin sejuk. Penawar untuk sendi yang tergeliat, otot-otot yang terluka dan tendon yang terkehel. Hilangkan kudis selepas nanah terbentuk terutama bila keadaannya menjadi merah gelap. Penyakit kulit dengan rasa gatal dan terbakar. Kayap. Glaukoma. Cirit-birit kerana sejuk, basah atau lembap, najis hitam coklat dan berdarah. Sista ovari.
Fikiran: Resah gelisah sehingga menukar-nukar kedudukan terutamanya sebelah petang dan malam. Lega bila berjalan di tempat terbuka. Tidak sabar, marah dan kesal.
Kepala: Keliru, kelihatan bodoh dan pening. Sakit belakang kepala dan sensitif bila disentuh.
Mata: Radang mata dan kelopak mata; merah dan bengkak.
Telinga: Telinga kiri bengkak.
Hidung: Kerap bersin. Keluar hingus bila bangun pagi. Hidung berdarah di sebelah pagi, malam atau bila bongkok.
Muka: Cengkung dan ada bulatan biru di sekeliling mata. Bibir kering, pecah dan diliputi kerak-kerak merah.
Perut: Sangat dahagakan air sejuk. Lapar dan perut kosong tetapi tidak ada selera. Loya dan muntah selepas makan dan minum.
Kakitangan: Bengkak, menyucuk-nyucuk dan rasa lumpuh dalam sendi-sendi kerana tergeliat. Rasa sakit bila mula bergerak, lega selepas terus bergerak. Kaki rasa lemah dan berat. Paha rasa lemah semasa duduk, mesti selalu tukar kedudukan. Tekanan dan sakit dalam pinggul dan lutut bila duduk, bangun dari duduk atau selepas membuat pergerakan fizikal. Kaki kejang; mesti berjalan terutama sebelah malam.
Umum: Sangat sakit terutama semasa duduk berehat, mesti tukar-tukar kedudan. Sangat sensitif dengan udara sejuk dan musim hujan.
Kulit: Gatal seluruh badan terutama bahagian berbulu dan kudis.
Demam: Sebelah petang dengan badan terketar-ketar. Pagi banyak peluh. Berpeluh bila minum air suam.
Melarat: Duduk; selepas tengah malam; sebelum guruh. Bila bangun dari tempat duduk; hendak mula bergerak; kerana basah; cuaca lembap; selepas minum air sejuk.
Lega: Cuaca kering; terus bergerak.
Patologi: Salah urat; terseliuh rawan sendi; rheumatik; demam; campak; kayap; lebam; scistica; influenza; ruam; sakit kerongkong; glaukoma.
Simptom Utama: Resah (bertukar-tukar kedudukan); lega bila bergerak; kebas di bahagian yang sakit.
No comments:
Post a Comment