Isu-isu semasa boleh menjadi bahan bisnes anda. Perkembangan politik, ekonomi, sosial atau keadaan semasa seperti banjir dan barang naik dapat menjana wang segera dan pantas.
Contohnya perbicaraan kes mahkamah yang menarik dan menjadi tumpuan. Anda boleh mencetak baju T warna putih dengan kata-kata semangat, beremori atau sindiran. Setiap baju boleh dijual dengan harga RM15 hingga RM20. Cara menjualnya pun bukanlah susah sangat. Pamerkan sekerap mungkin di hadapan kedai anda, pasarkan secara online di laman web yang menjadi tumpuan dan tunggulah pesanan anda.
Bagi mendapatkan jualan anda meluncur dengan laju, jemput wartawan dari akhbar harian, buat demonstrasi dan beri sehelai baju kepadanya. Sebaik sahaja berita anda terbit di dalam surat khabar, anda tentu tidak menang tangan untuk melayan pesanan orang ramai.
Ingat! Media mempunyai pengaruh yang besar. Bersedialah dengan tempahan yang mendadak.
Dari mana anda boleh mendapat idea ini? Satu-satunya cara ialah anda mengikuti perkembangan semasa di televisyen, radio, surat khabar dan Internet. Kalau tidak ada kata-kata sendiri yang menarik, ambil saja dialog sedia ada dan buat pengubahsuaian supaya lebih menarik.
Pasaran baju T kreatif sangat besar tetapi bermusim. Untuk menjual produk anda, pastikan bekalannya mencukupi dan pelanggan anda berpuas hati.
No comments:
Post a Comment