Bertindak pada radang membran konjunktivital, hasilkan air mata yang keluar berlebihan. Pesakit lega apabila berada di tempat terbuka. Bendalir keluar dari mata dan hidung. Keluarkan bau yang menusuk hidung, air mata dan hingus yang sedikit, teruk sebelah petang.
Simptom-simptom umum
Penawar utama simptom-simptom mata. Rasa terbakar dan tekanan dalam mata dengan pengeluaran air mata atau tahi mata. Radang kelopak mata, merah terutama permukaan dalam kelihatan menggelembung dan luka. Tahi mata tebal dan terkelupas. Fotofobia. Gatal dan rasa terbakar sebabkan terlalu mengerdip dan menyapu mata. Ulser pada kornea. Sedikit melecur di atas atau berhampiran kornea- discaj acrid dan ada nanah sebabkan penglihatan terjejas, dapat dihilangkan dengan menyapu mata. Air mata dan hingus berterusan keluar.
Serangan radang sebabkan bersin tanpa demam atau sakit-sakit lain yang nampak nyata. Keluar kahak apabila batuk tiba-tiba. Radang pada larinks membahayakan seseorang untuk batuk, diikuti dengan tekanan kuat di bawah tulang dada. Melarat dengan semua simptom di sebelah pagi, petang dan di kawasan tertutup. Lega selepas bangun dari tempat tidur, kawasan terbuka dan selepas makan atau minum pagi.
Patologi: Konjunktivitis; demam sejuk; mata cedera; radang membran mukus; hay fever; berpeluh malam.
Simptom utama: Mata merah, banyak tahi mata, mata berair.
No comments:
Post a Comment