Wednesday, August 12, 2009

Menjual botol terpakai

Hidup di bandar memang memerlukan ketabahan hati dan berani mencari wang untuk perbelanjaan harian. Walaupun mengumpul botol-botol terpakai dari restoran, kedai runcit atau mencarinya di dalam tong sampah, pendapatan dari menjual botol tidaklah banyak mana.

Bagi warga emas, Bidah Awang Padang yang telah lanjut usia, mencari botol dan menjualnya kepada dapat memberinya wang belaja harian.


Biasanya Bidah keluar mencari botol pada awal-awal pagi dan kembali ke rumah pada waktu tengah hari, diteruskan lagi kerja-kerja mencuci dan menjualnya semula. Sekiranya permintaan banyak, wang yang diperolehinya juga banyak dan boleh disimpan.

Kehidupan pencari botol terpakai tidaklah kaya tetapi jika rajin dan mempunyai pemikiran keusahawan, kerja kecil seperti ini dapat menjana pendapatan pasif bagi mereka yang mahu melakukannya.

Mana tahu, berkat kesabaran dan ketabahan berniaga ini, usahawan pencari botol terpakai mampu mengikut jejak langkah Zhang Tin, pengasas Nine Dragons Paper yang berusaha mengumpul kertas kitar semula di Amerika Syarikat, bersusah-payah membawa kertas tersebut ke China dan menukarkannya menjadi kotak.

Itulah keistimewaan kitar semula jika anda ingin mengetahui hasilnya.

Seorang usahawan kitar semula perlu ada fokus. Barang apa yang hendak dikitarnya? Selain itu tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk mencari barang-barang ini melainkan jika bisnes anda telah besar dan mantap. Di negara kita, kitar semula belum lagi menjadi industri, jadi anda perlu berusaha untuk mendapatkan bekalannya.

No comments:

Post a Comment