Kata orang "belum cuba belum tahu." Ibu tunggal dengan empat orang anak, Rahayu, kembali ke kampung halaman setelah hidup di kota yang serba-serbinya mahal.
Dia kembali ke Machang, Kelantan untuk memulakan bisnes kuih tradisional. Berumur 33 tahun, hanya mendapat RM200 sebulan kerana tidak ada kaedah pemasaran yang berkesan di samping kemahiran pengurusan kewangan yang lemah.
Setelah mendengar program pembangunan usahawan wanita luar bandar yang diadakan oleh United Nations Development Programme (UNDP) dengan kerjasama Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi dan Dewan Perniagaan Melayu, beliau menghabiskan masa enam bulan untuk mempelajari pelbagai teknik dan strategi penting dalam bisnes.
Hidupnya berubah dan dapat berbangga kerana pendapatannya telah meningkat sehingga RM600 sebulan. Kalau musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, pendapatan ini terus bertambah.
Rahayu belajar banyak perkara daripada program ini seperti cara menggunakan kemudahan pinjaman mikro kredit, menjalan bisnes yang produktif, memahami perkara asas dalam kewangan, penjenamaan dan teknik menembusi pasaran baru.
i want like this ! :)
ReplyDelete