Wednesday, January 07, 2009

Jual tudung

Tudung adalah keperluan bagi wanita khususnya muslimah. Bisnes tudung ini tak pernah surut malah semakin bertambah. Bagi melariskan jualan, usahawan tudung memanggil rekaan tudung mereka dengan berbagai-bagai nama: fesyen Wardina, Uji Rashid atau .....

Masa paling rancak ialah ketika bulan puasa kerana orang ramai ingin nampak lebih cantik dan lawa semasa berkunjung ke rumah kawan-kawan dan saudara-mara apabila hari raya nanti.

Besarnya bisnes tudung ini memang sangat menakjubkan. Kenalan saya, orang Singapura, sanggup membuka sebiah kilang di Vietnam kerana kos buruh dan kain yang lebih murah di sana. Setiap bulan beliau membawa balik pelbagai jenis tudung untuk diedarkan ke seluruh Malaysia dan Singapura, termasuk Brunei.

Pasaran tudung juga diluaskan hingga ke Indonesia kerana di sana ramai yang bertudung. Jadi tidak menjadi masalah kepada kawan saya ini untuk mencari pelanggan.

Ada juga usahawan yang lebih bijak. Tanpa tudung, dia boleh buat bisnes tudung. Bisnes ini mudah saja. Ambil gambar tudung dan pasarkan secara dalam talian (online). Tak payah keluar modal satu sen pun, cuma buat laman web saja. Kalau guna blog, daftar e-mel anda dan boleh guna secara percuma.

Bagi usahawan Internet, cara begini boleh membantu anda mendapatkan pendapatan pasif secara online tanpa produk.

1 comment:

  1. tahniah !!!produk yg sgt baik.skrg ni tudung berfesyen hampir mnjdi minat di bandar2 besar.dgn adanye tudung yg dijual oleh puan memudahkan lagi org ramai utk memiliki produk ini.ternyata sgt membantu.utk tingkatkan jualan sy cdgkan puan jual di web dibawah.Insyaallah dpt membantu.

    http://al-iklan.com

    ReplyDelete