Monday, January 19, 2009

Jadilah hamba Allah yang sejati

Penulis: 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit: Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 306

Islam merupakan agama dakwah dan tarbiyah. Setiap muslim tanpa kecuali sama ada lelaki mahupun perempuan dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam hingga ke akhir zaman.

Dengan ketekunan umat Islam dalam berdakwah, agama ini tersebar luas merentasi pelbagai benua. Tanpanya, sukar bagi agama mulia ini untuk berkembang dan ini merupakan antara keistimewaan agama Islam.

Sungguhpun begitu, seorang muslim mestilah memiliki beberapa kriteria yang wajib ada pada dirinya ketika hendak berdakwah. Ini bagi memastikan dakwahnya berkesan dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, dia dikehendaki mempunyai bekalan yang memadai bagi menjalankan tugas yang mulia ini.

Buku ini memuatkan nasihat-nasihat kepada para da'i, juga turut memberi tumpuan kepada kesalahan-kesalahan yang mesti diambil kira oleh para da'i. Perbahasan yang ringkas namun padat dalam buku ini sememangnya patut dijadikan sebagai panduan bagi para da'i dengan harapan kejayaan sentiasa mengiringi setiap langkah mereka dalam berdakwah.

No comments:

Post a Comment