Bangsa bersifat kabur kerana itu sering kali istilah itu digunakan di berbagai-bagai keadaan. Bagi sesetengah pendapat, bangsa merujuk pada kulit, agama, warganegara, mata, rambut, bahasa atau salasilah keluarga. Ahli pemikir juga tidak sekata apabila memberi definisi bangsa. Sejarawan, ahli psikologi, ahli falsafah dan pembuat polisi lebih banyak membincangkan maksud sampingan bangsa daripada bersetuju dengan definisi bangsa yang lebih tepat.
Di Malaysia, rakyat negara ini didominasi oleh lima bangsa yang utama iaitu Melayu, Cina dan India di semenanjung manakala Iban dan Kadazan di Sabah dan Sarawak. Setiap bangsa ini diklasifikasi melalui pelbagai simbol dan identiti yang sama.
Bangsa Melayu mempunyai definisi yang jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu seorang yang beragama Islam, lazimnya bertuturbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada diPersekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Bangsa Cina dikenali kerana warganegara Republik Rakyat China dan Taiwan, berasal dari China, biologi seperti Cina dan sejarah lama negara China. Bangsa India pula ada kisahnya sendiri. Perkataan India berasal dari ‘indus’ yang diperoleh dari bahasa Parsi lama. Hindu adalah dari perkataan Sanskrit iaitu sindhu. Lazimnya orang India berasal dari negara India.
Walau bagaimanapun ramai ahli sosiologi berpendapat definisi bangsa adalah kabur dan kadangkala tidak ditanggap dengan tepat.
No comments:
Post a Comment